pengunjung

Tuesday, August 31, 2010

Hanya tinggal sejarah

Eceh tittle tak boleh blah kan..Lame betul tak godek2 si belog ni.Nak cakap pasal raya tahun ni.Banyak kelainan dan yang paling penting,ni 1st tyme raya kat rumah dan sembahyang kat rumah sebab rumah peninggalan arwah sudah diroboh.So,sudah terhapus tradisi berkumpul pada pagi 1 syawal.Tak sempat saya memperkenalkan tradisi ini untuk anak-anak saya.sob sob

Rumah ini sebenarnya didirikan atas tanah wakaf asalnya. Kemudian kerajaan ambil alih tanah ini.Kampung saya ni tengah2 bandar.Kampung Ladang,sebelah masjid Ladang.Ayah I olls orang bandar giteww.huhu.Sape2 orang Terengganu tahu lah tempat ini.Sampai satu masa,kerajaan suruh la orang kampung berpindah dan membayar wang pampasan atau dapat rumah baru sebab nak buat hotel kat sini kata nya.

Sedih betul tengok rumah ni.Ranap dalam sekelip mata.Ayah mmg sedih.Mane tak nya,tempat dia membesar.

Sedih lagi..Masa ktorg pergi ni, ada lagi yang tak berpindah.Dulu masa kecil2,tempat ni la ktorg main nyorok2 smpai hitam kaki.Menyorok smpai belakang toilet rumah orang,alih2 tak tahu nak balik macam mana.hehe
Kepada yang tak nak wang pampasan,akan dapat rumah baru.rumah tinggi kat blakang dalam gambar tuh.ishkk ade ke orang tua yang nak stay kat rumah tinggi2.harus la tetiap hari pergi mengurut kaki nanti.

Tapi yang paling best raya tahun ini,mestilah sebab ada ramai anak buah.Dua orang jer pom.persediaan banyak untuk budak2 ni.Sejak ada budak2 kecil tu,rumah ni pom dah boleh jadi nursery.buaian ada,walker pun ada.Complete la.Tunggu auntie Lily bagi duet raya k..sposen je..ihik3..

Persediaan raya boleh dikatakan dah siap.Saya tak shopping mane pun bulan puasa ni,lebih2 lagi duk kat trengganu ni haa..Nasib baik sbelum puasa dah shopping kat kL,Johor dan kuantan.Kasut dan handbag pun pakai yang mana ada,Ada lagi yang beli dulu,tak pakai lagi.Saya memang suke betul membazir.Bila tiada duit,baru duk diam.

Aishhh pipi tuan tanah stay bulat even puasa bagai nak rak.Janji hati bahagia.

p/s :Orang buat baik,kite balas baik.ingat tuh!


Tuesday, August 24, 2010

k.a.m.i

Lama betul tak hapdate pasal internship saya ni kan.bukan tak suke,tapi penat betul jadi orang bekerja.Balik umah petang,malam tu tidur je keje.Macam tu la rutin harian.bosan kan??mmg bekerja ni tiada life langsung nak beronggeng.hehe


Kami yang sengal-sengal ubi

Sebenarnya kitorang ni buat sesi fotografi sebab nak tempah kad raya yang ada muka kitorang yang comel2 ni..eh2 tapi ni pose di atas gimik sahaja.tak kan nak letak gmbar sengal ni kan.setakat ni,saya berpuas hati dengan internship ni.kadang2 rasa malas dah nak blajar.kawan2 sgt best,boss yang sporting habes.

MNZWAJA cuti raya dari 9 september smpai 15 september.heaven tak??hihihi

p/s :Alhamdulillah Ramadhan kali ini lebih bermakna ;)


Saturday, August 21, 2010

friendship


we cant stay the same..change is good.sometimes.not always..

Berkawan biar berjuta,bercinta biar satu.pepatah yang biasa kita dengar.kawan.rakan.sahabat.memang senang untuk dicari.kadang-kadang dapat kawan dari kawan kepada kawan.dari kawan bf.kawan yang kite jumpa kat facebook malah juga di blog.seberapa ramai kawan,belum tentu ada yang betul2 ikhlas dengan kita dan manusia akan berubah.

Manusia sekarang,pantang nampak kelemahan orang,pasti akan mengambil kesempatan.Emak cakap saya terlalu mementingkan rakan.Memang betul.tapi dalam berkawan,pasti ada yang busuk hati.ckap belakang.Saya tak kisah.Butakan mata,pekakkan telinga sebab saya memang keras hati.kadang-kadang keras hati itu ada baiknya.Kita tidak boleh mengharap kesempurnaan orang kerana diri kita belum cukup bagus.

Terima Kasih kepada sesiapa yang masih di sisi saya.menyokong dan memahami saya.Untuk emak tersayang,hanya emak yang tahu apa yang lily nak.Untuk gula-gula hati tersayang,terima kasih untuk kesetiaan ini,yang sentiasa bersama ketika diri ini jatuh.untuk kawan-kawan yang dikasihi,terima kasih untuk segalanya.

p/s: orang yang nampak baik,dari keluarga baik belum tentu isi hatinya baik.maybe..



Friday, August 20, 2010

speechless

I give you my heart with a note saying “fragile, handle with care”

p/s: susah betul nak jadi orang berjimat.duit keluar macam air.knape kah??


Friday, August 13, 2010

checklist raya

  • baju raya sudah tempah..4 pasang.yeaayy!!
  • kasut raya dah pun sudah..tapi nak cari satu lagi yang flat.
  • baju raya adam n auni pom dah beres.yeaayy!!
  • duit raya untuk anak buah.INGAT!!
  • tudung belum beres jgak!!
  • nak beli kuih raya sikit..perlu amik perhatian!!


teruja sangat dengan fold over cuff sandal ni.it looks like gladiator tapi lagi cun.sesuai ke buat raya?huhu

i heart dis.saya mmg suke yg glam mcm ni.

sangat heaven kalu dapat mcm ni.susahkan jadi perempuan?? *wink2*

p/s: tahun ni raya paling meriah kot sebab family makin ramai.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan ini

Tahun ini sangat best dan terbaik.tak perlu fikir menu apa untuk berbuka.tak perlu fikir tiket raya.semuanya best.aishhh berpuasa 100% di rumah.tetiap petang pergi ke bazar yang beberapa langkah je dari rumah.heaven betul.i'm gonna miss dis moment.

Sayangnya ramadhan tahun ini disambut dengan bendera merah.Tapi semangat ke bazar sama je dengan orang berpuasa.Selamat berpuasa kepada muslimin muslimat semua.Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelum ini.InsyaAllah.

Pesan pada diri sendiri nak kurangkan berdating di bulan puasa.tapi baru 2 Ramadhan sudah ajak encik boyfie berbuka bersama.aishhhh.oh emak sudah mengajak encik boyfie berbuka bersama-sama.

hahaha.my fav pic ever.si juling kesayangan aunti lily.i miss u sayang

p/s: tak cukup syarat bulan puasa kalu tak pekena bubur lambuk. ;)


Saturday, August 7, 2010

i'm lovin it

i love beauty sweety food












HAPPY FASTING!! ;)


quote

"No matter how independent you are, sometimes, we just want someone who’s brave enough to take care of us every once and awhile."



Thursday, August 5, 2010

saya rasa

dia handsome!!! ;)

saya memang sangat2 tak boleh tengok lelaki body macam ni.auwwww gugur iman kejap.bak kate orang body sedap.tak tahu la sedap kat mane.ishk3.lelaki yang tinggi automatic nampak ensem dan kite plak rase hot je jalan berdampingan dgn spesies ini.oh entry paling teruk setakat ini.hehe


p/s:nasib baik encik boyfie tinggi.



Wednesday, August 4, 2010

sorry

The couple that fights the most is the one most in love..it shows they care enough to notice the other one screwed up and care enough to mention it to the person so they can fix it. When you stop fighting, it means you stopped caring..


“Where there is great love, there are always wishes.”
-Willa Cather


No matter how far apart life drags us, you'll always be in my heart, the one I love & the one I count down the days for. Loving you & Missing you as always my ♥

kadang-kadang benda kecil sebesar zarah pun boleh bergaduh.terpakai baju yang tak berkenan oleh si lelaki.terpakai kain licin.terlambat reply msg.tercepat angkat kol pom boleh jadi isu.ego.keras kepala dan semalam saya gaduh teruk dgn en.boyfie and last,i win!! lelaki yang selalu mengalah ni la bakal jadi suami mithali.hehe

p/s:i love u,miero.i love u sooo much.i love u more than CR. ;)


lame tak hapdate

pom pom!!..fuh semak samun btol kat sini.yelaa lame gle tak hapdate.bkn tader story,tp bz bekerja.eceh gedik sgt tuh.practical la.1st of all,saya nak wish happy birthday to my eldest sis.sis syasya.bday dia ari ni.

minggu lepas,sempat ponteng kerja nak jupe auni.puas hati.ape lagi yang terbest selain dari spent your weekend dengan insan2 tersayang.auni da semakin berat.sudah pandai merangkak dua tiga kerat.lepas tu bumm jatuh.takpe,auni clever girl.then,tershopping jgak.tak nak shopping pom abes dekat 5ratus.heh

my sis,bday woman.me and nuni.*sorry kamera cap hayam*

and the important thing,mnzwaja sudah berpindah ke opis baru.ke tempat yg lagi best.lagi besar dan lagi syok.hehe.opis kami kat masjid ladang.atas BSN Ladang.

ini la bilik saya.meja yang agak bersih.kali ni dapat bilik.tu bos saya yang sedang mengular.sorry kak lida.hehe.so kami di tempatkan di audit department.bilik ni khas tuk audit saje.kemas kan??

yang ini plak..ishk3..mengucap panjang hokey.account department.cam ni la bilik org buat keje akaun.macam mane nak menang bilik tercantik ar??siap ada bantal busuk ag.

haa ni akak senior yang selalu buli saya.dia lah yang duk kat account department tu.kikiki.mesti dia marah kaw2 ni.macam tak biasa lak..dia sedang mengemas fail tax tu.

p/s:best jgak opis baru.dekat dgn 7e.tiap kejap mesti turun bawah beli air.hehe.