pengunjung

Friday, December 31, 2010

Seoul Garden vs Hartz Chicken Buffet

Sape tak suke makan buffet angkat tangan???Memang rugi lah.Makan smpai lebam.Kalau bab makan-makan ni,serah je pada saya.Dulu saya dah pernah buat entry pasal Seoul Garden kan.Kali ni nak compare plak dengan Hartz Chicken Buffet.

Kelmarin saya ajak kak mama dan abg juar makan kat luar.Hari ni saya nak belanja.Eceh..So cakap je nak makan kat mane.Ktorg plih Seoul Garden kat One Utama.Kalau kat area KL ni ada 3 je Seoul Garden ni.Satu kat IOI Mall Puchong,kat Plaza Pntai dan kat One Utama.

Seoul Garden ala-ala korean style.Memang selalu ramai orang.Buffet yang menyediakan makanan BBQ dan stim boat.Kau nak mkn apa?Ayam?Udang?Lala?Semua jenis seafood dan makanan ada.Skali dengan nasi,mee goreng,dessert,ABC.Wallah~~

Jom main masak-masak.Coffee Chicken pom ada.Kaw2 rasa kopi taw tapi saya suka terriyaki chicken.

Baru boleh makan lepas Adam dah tidur.Adam tu sibuk nak mengacau je.

My faveee.Sedap.Ada banyak jenis ice-cream taw.

Tak tahu brape satu kepala sebab harga nya berbeza mengikut hari.Tapi hari tu paling mahal sebab public holiday.3 orang makan RM111.75.Kachingggg!!!

Minggu lepas plak,saya dan bff pergi Sunway Piramid.Shopping tyme! Biasalah kan..perempuan.Nak saving pom,abes dalam rm500 gak sehari.Lepas tu dah bertaubat tak nak shopping lagi.Kite tgk je cam ne kesudahannya..hahaha.

So ktorang lunch kat Hartz Chicken Buffet.Restoren menyediakan segale jenis ayam.Crispy ayam ada Spicy ayam ada, Roaster ada dan macam-macam lagi.Dulu kat Times Square pom ada tapi sekarang macam dah tutup je.Tak terjumpa ari tu.

Gambar ku curi dari fb Tirah sayang.hehe.Meh jamu mata yup ;)

Tengok lah tuan tanah makan tak hengat.Sume nak diambil.

Burpppp! tgk pinggan kami.hahaha.Wat malu je..Boleh tahan sedap lah tapi agak muak sebab semuanya ayam.Nasi pom ada tapi berlaukkan ayam.Dessert pom ada jgak.Hrga nya murah sket lebih kurang rm20 satu kepala.

Kalau bab-bab makan ni,tak payah lah berkira jgak.Nanti kempunan susah plak.

p/s :Ya Allah Ya Tuhanku,Kau jauhkan lah aku dari manusia berhati busuk.Aminnn



Thursday, December 30, 2010

Last entry for 2010


Bila 'bff' konon,menjadi the best enemy of the year.

Happy New Year!

=)

p/s: ari ni nak mkn kat seoul garden!!!!

Monday, December 27, 2010

Dear facebook


Untuk new year ini,saya berazam untuk kurangkan tumpuan pada kamu.Sila jauhi diri dari saya.Kamu tak hot pun. Untuk kali ini juga,saya telah mengedit friendlist saya.Agak terkejut sebab dah lebih 1000+.Walhal saya tahu kebanyakan dari online shop.Yang agak annoying,maafkan saya.Kamu tak tersenarai dalam friendlist.Hameeek kau,bajet sgt ak follower kau.

Btw,saya ni no1 follower tuk sume friend kat fb.Fesbuk hack saya kah??hahaha

p/s : boleh tak kalau dalam sehari tak buke fb?

Saturday, December 25, 2010

Goodbye 2010,Welcome 2011


Beberapa hari lagi 2010 akan meninggalkan kita dan hai,2011..

Terlalu banyak benda yang terjadi pada 2010 dan saya harap ia pergi dengan cepat.Untuk tahun 2010,saya tak suke kamu.Sila jauhi dari saya cepat2.Jatuh naik,masam manis,ketawa air mata itu memang biasa dilalui setiap orang.Tahun 2010 yang membawa erti byk perpisahan.Semoga 2011 memberi momen indah untuk saya.

Tak banyak yang diharap dari saya,cuma saya mahu yang terbaik
  • Semoga saya bertambah kedekut di masa hadapan untuk mengelakkan pembaziran.Harap-harap dah tak shopping pasni.
  • Grad tahun ini.Semoga tercapai.
  • Saya mahu kawan-kawan saya happy dan sentiasa bersama saya.Walaupun ada orang ckap,kawan datang dan pergi tapi saya tahu mana yang terbaik untuk saya.
  • dan yang keempat.......hanya seseorang je tahu.Harap tercapai apa diingini dan semoga tuhan mempermudahkan urusan kita ;)
2011,please be good to me

p/s: saya tak kan cari pasal kalau org tak start dlu.Nak ketawakan org,tgk diri sendiri dlu.


Thursday, December 23, 2010

Tertembak,Menembak dan Ditembak


Thanks Cik May kerana menembak saya tanpa rasa belas kasihan.sob sob sob..Saya sedang menunggu my bff,cik nizam n cik tirah.ktorg nak kluar bergonjeng.aktiviti wajib setiap weekend.Cik May jangan lah bersedih sebab ktorang pergi sunway je pom bukan mines atau jusco balakong yang biasa kita pergi tuh.hahaha

Kami cuma bertiga tnpa kehadiran Cik May.Saya mesti lah yg tengah,paling hot.Hot ke?haha

Jam sekarang tepat pukul 9.17 pagi.ewaahhhh bangun awal tul.Semangat nak pergi Sunway je pom Cik May.

sila jelaskan kenapa anda suka berblog ?

Nak jelas pendek atau panjang??amboi cik Lily..Semasa saya kecil saya suke tulis diary.Apa yang jadi pada diri saya,apa momen indah yang perlu saya ingat dan pernah satu ketika mak saya baca diary saya.Kantoi lah saya ada suke sorang mamat tuh.Pastu saya bengang dengan diri sendiri dan saya buang diary tu dalam longkang belakang rumah.Kesian diary yang tak bersalah itu.

Sebelum ni saya pernah ada blog kat friendster.Sekarang account friendster pom dah takde.So saya buat blogspot.Bile saya bosan,saya akan baca balik entry2 yang lepas,tahun lepas.Besttt taw..Ada gak keje nak wat bile free.hehe

apa motif anda tarik followers? anda superstar kah?

Saya paling jarang paksa orang follow blog saya sebab niat utama saya,untuk saya baca buat tatapan diri sendiri.Tapi kalau yang berminat,sila kan...Sambil menjana pendapatan.ape la sgt blog cikai ni..dah la buroks..tak best langsung..

cerita sikit perangai anda?

Sebelum ni pom,saya banyak cerita tentang diri saya.Saya ni mcm Cik May jgak.Emosional tapi saya lebih suke memendam dan buat tak kisah.Ada aku kisah??haha.Saya seorang yang agak kasar, sedikit kejam dan tak romantik langsung.Nasib la sape jadi boyfie saya kan.

Saya suka kan budak-budak sebab tu saya terlalu syg kan anak-anak buah saya.Saya jaga dye mcm anak saya.Eh mcm pernah ada anak je..Tapi kalu dah aku geram,abes muke kau dadam.Ku kenyet2 mcm lempeng..fuhhhh

Dannn...saya suka kan kecantikan.Saya suke pkai cantik-cantik,make up cantik-cantik.Padahal tak cantik pom..takpe confident tu mesti ada.

Pernah terfikir nak masuk magazine aka mewarwarkan blog anda?

Hahaha..tak pernah terlintas pom.Ada ke orang nak iklan blog aii yang busok ni..

sila tembak blogger lain

Dush..Dush..Dush..Ku tembak sape saja yang baca entry ni ;)




Wednesday, December 22, 2010

New sem,New life,New year

Me currently at Serdang.Sudah 4 hari di sini.Memang susah nak online,memandangkan berukband ni sangat lah lembabun *_____*

Sem baru dah bermula.Banyak yang diharapkan.Semoga Allah memudahkan urusan ku.Aminn

My bff, Tirah Abdullah datang KL sebab ada interview.So ktorang bergonjeng same2.Shopping!!

Maxi dress baru beli.Terus sentap nak pakai.Saya suka pkai dress bersama jacket.Lebih2 lagi maxi dress+jacket+gladiator.

Cik Tirah sayang.Kesian Laling saya ni,handphone dye hilang atau curi kot.Tiba-tiba je tak dapat dikesan.Sekarang ni macam-macam boleh jadi walaupun kite jaga betul2.

dan yang paling penting,masa saya banyak dihabiskan dgn bf kechik saya ni.Dadam dah mula start swimming.Weekend lepas ktorg pergi swimming kat Cyberjaya.Bukan nak g honeymoon hokey..sadly saya terlupe bwk swimming suit.sob sob sob

Rindu nak jadi student balik.siyes!!

p/s: saya dpt stay kolej!! yeayy!!

Thursday, December 16, 2010

lelaki memasak?

uuuuuu...i like..ini lah ciri-ciri lelaki idaman Cik Lily taw.

Semalam, abg ipar saya masak asam pedas johor.Mak aihhh sodapppp!!!! tu lah kelebihan kahwin dengan orang pndai masak pluss orang jauh.Dapat merasa macam-macam lauk.

BEST!! *gigih abg azil pergi pasar cari ikan duri*

ikan duri?? saya tak kenal pun.hehe

lupe lah nak amik gmba.ni gmba ihsan dari cik yahooo.makasih buk yahoo!

Saya ni bukanlah pndai sangat memasak sebab tu lah nak lelaki yang pandai masak.Kalau stakat sup ke tomyam yang takat celah gigi tu,aii pandai lah.Tapi sejak bekerja dlu,saya dah jarang duk kat dapur.Pemalas kan?ahaa memang pom.

Tapi en.boyfie tu berlagak macam pandai masak je.Kalau kite masak,boleh plak tanya resepi.Nak cek betul tak resepi kita tuh.Apa kes cik abg oiii??

Yes!! dah siap 19 pages report..nak 11 pages lagiii...esok saya dah balik ukm!!

p/s : tak sabar nak jupe dadam.


Tuesday, December 14, 2010

143


so suhweeeettttt.when i see dis pic,i start missing u darling.I'm just ok when i'm with u ;)
ailafyu amiru asyraf

p/s : saya ni ssh nak ckap sayang kat si dia.ahaks



Saturday, December 11, 2010

Minggu terakhir cuti sem

Hey u olls..u olls buat ape tuuuu?Saya sekarang sedang menghabiskan hari-hari terakhir bersama insan-insan tersayang.Minggu depan dah mula kelas.Owh yeah,saya tak dapat kolej.Maybe duk luar sem depan.Boleh main dgn dadam hari-hari.Nak try jgak basuh berak si dadam tu.hehe

Hari tu dah janji dgn adik-adik,nak bwk pergi karoke.Kebetulan sepupu-sepupu kesygn dtg dari kelantan.Apa lagi khennnn...meriah gtewwww..saya memang rapat dengan sedara-mara belah emak saya.dah boleh buat geng walaupun saya paling tua skali.Adik-adik,sila behave sket dgn akak hokey!

Sorang-sorang dah mcm kene rasuk.

Amik kau..Kalau org kenal mamat sbelah saya ni mesti terkejut beruk.dye ni pendiam hokey mcm bapak dye tapi ble dpt micr,dah mcm sasau.Dye ni lgu english je layan.Aku pom dah tak faham ape dye sebut.huhu

We olls yang maintan bersame walaupun dah besar memanjang.Dulu masa kecik2 main kejar2,skang dah jadi geng lepak.Kdg2 ada jgak msa kecil kemain rapat,ble dah besar bwk diri masing2.Walhal kite tak sdar,ahli keluarga lah yang paling membantu bila ada masalah atau nak buat majlis ke..So,yang jauh kite rapatkan,yang dekat kite eratkan ;)

tgk..dah mcm sardin dlm tin.terhimpit-himpit.nasib baik aiii kurus taw.haha.Ktorg ni ada panggilan masing-masing.takde panggil name original.Ada nama Ayub,Kodak,Babylon,Tokpek dan mcm-mcm.Sengal giler.Saya plg rapat dgn Si driver,firdaus.Firdaus ni boleh harap sgt2.Sesuai lah nak buat menantu.Semua benda dye boleh buat.Promote sket.muehehe.

Sekian saja untuk hari ni.Weekend u olls mcm mane plak??Saya dah mula packing untuk balik ukm.InsyaAllah khamis ni.Report LI tak siap lagi.

p/s : byk kerja sbelum berangkat ni.aishhh



Thursday, December 9, 2010

Cuti-Cuti Kelate

Hari tu plan nak balik kg.bosan lah duduk kat rumah je.Dah la musim hujan.So kami satu family plan nak balik kg,sblom balik kg tu singgah lah kat mane yg best kat Kelantan.Walaupun kg kami kat kelantan je,bukan slalu taw balik kg ni.

Hari pertame stay kat kota bharu.Tidur kat hotel temenggong.Memang lame tak dtg KB.Last skali tyme sy skulah.Mase nenek sy skt.So kne jga arwah kat hospital kota bharu.

hari kedua singgah rantau panjang.beli brg yang org kirim je.

tak tahu nak beli ape.snap2 pic je.bosan kan.hihihi

Kalau mse kecik dulu,meraung lah nampak benda2 mcm ni.

aii beli keronsang je.mcm cantek plak.saya suke betul yg rambu ramba.

smbil tgu kakak sy beli brg yg org kirim

Gambar tuan tanah harusssssss!

Adik boboy saya dah balik dari jepun.Hari tu pegi amik dye lah kat airport kota bharu.dye trun kat sane.seeee...aiii dpt chip n dale.sbenarnye ade 2 ekor,satu lagi nak bagi kat awek dye kte nye.hampeh btol.nasib baik dah dapat baju uniqlo sehelai.so elmo dah ada kawan.nanti nak pow barney plak dgn encik boyfie ;)


Ada 2 3 entry tak post.yg g MAHA ri tu la.haha.bongoks aku ni.

p/s : sblum balik ukm,nak bwk adik2 berkarokkkkk!!


Sunday, December 5, 2010

Review wishlist

Bosannnnnnnn nya cuti-cuti ni tanpa buat apa-apa.Dah la musim hujan.Berbungkus dlm selimutlah jawapan nya.Semua orang tidur.Tinggal abang2 ipar saya yang sedang berfoya-foya main game bola depan saya.Saya?? baru je bangun tidur.hehe

Sekarang dah bulan disember.Tinggal beberapa minggu je lagi nak masuk bulan januari.Aiii suke taw bulan januari.ihik3.Tapi yang tak best nye aii mestilah dah makin tua.23 tahun taw.Setiap awal tahun berlambak azam duk canang.Entah tercapai atau tak.cekidauddd

kurus?? Agak2 dah kurus lah..Saya dah malas nak fikir sebab saya ni langsung tak berdisiplin tentang makanan.Tapi since saya ada mslh dgn en.boyfie dulu, berat turun mencurah2.wahhh best jgak kan.Try la lagi buat mcm tu,harus lah ku dapat body yg slim melimmmm.

Eh Adam datang mengaco mak cik dye plak..

Sambung lagi..Nak beli kasut banyak2?? mcm dah takde azam baru kan aku ni.aihhh..Memang azam ini tercapai dengan jaya nya dan hampir beberepa kasut masih baru dalam kotak.

Praktikal kat terengganu?? Ini semestinya sudah tercapai.Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan ku sehingga tamat latihan industri ini.Ingat senang ke?? 6 bulan taw..aii malas betul nak bangun pagi.

Make over untuk diri sendiri?? Agak2 berjaya ke? entah lah..setakat ni berpuas hati dengan apa yang ada.Impian nak buang lemak tercapai ke?hahaha.Gila melampau keinginan aku kan.Lemak tu bagus ape,boleh jadi penebat di kala musim hujan ni.

Tak nak gaduh lagi dengan roro?? Ahhaaa..sedang bergaduh kot skang.hahaha.Alhamdulillah selama satu tahun yang penuh suka duka,air mata dan ketawa,aku masih mampu bertahan sehingga kental hati aku ni.Smpai akhir tahun ni,saya dah tak heran dan lebih redha.Kalau ada jodoh,tak ke mana la kan.Kau bercinta bagai nak rak tapi dah tercatit dia bukan milik kau,kau kene trime jgak kan.So rileks-rileks sudey...

And last one..nak saving for future?? sekarang saving untuk shopping ada lah..yang ni memang gagal tanpa bertanding.Kesian kau lily...booooooo

Kakak Auni yang sentiasa buat aunty lily dye senyum.Eh kenape kamu makin lasak ea?

Adik gugurl saya terlampau rajin ari ni.tadaaa biskut ape-entah dari beliau.Sedap n senang je tau.Masak coklat n whipping cream.then pecah kan biskut marie.So gumpal2 dan tabur gula-gula urai.Crunchy ;)

p/s : esok saya cuti-cuti cinta.yeayyy!!

Saturday, December 4, 2010

RFC!!

Tettttttt.....syg,jom la kua.kua makan2.Jap syg bersiap,nak mandi dlu.Lebih kurang pkul 7.45 malam,en boyfie kol sy.Yeayy,lebih kurang 2 minggu tak jupe mamat ni.Yelaa ngah perang lagi ni.Tapi kejap ok,kejap tak ok.Bese la tu kan..

Plan asal ktorg nak pergi terjah Radix Fried Chicken yang baru buke kat Kuala Terengganu.Tempat ni agak ssh nak jumpa sbb tersorok.Saya pernah dtg sebelum ni sebab associate opis praktikal sy kat sini.Haaa RFC ni mmg dipercayai 100% sebab buantan orang tempatan dan dari ayam organik.Ayam tu pom diletak dlm air-con.Memang tanpa was-was.So korang,ape tunggu lagi ;) *sy bkn ahli HPA hokey*

Malam tu ktorang pergi memang dengan penuh excited.Smpai je sana,mak aihhhhh..Ramai sgt orang.Sangat2.Maybe sebab baru buke kan.Mula2 saya dah give up,ajak en boyfie makan kat lain.Tapi mamat ni kalu bab makan memang tak pernah give up.Kate nye nak try jgak.Tapi last2 give up gak sebab orang beratur smpai kat luar.ishkkkk kempunan...

Sebelah RFC ni ad tempat karoke.Lepas kenyang,bleh la try test power suara anda yep

Gmbar sumber ihsan dari encik yahooooo! sebab malam tu gaduh takda mood nak bergambar.hehe

Last2 KFC jgak...Ni en.boyfie psl la.heh..

Walaupun malam tu agak hangit dengan tragedi yang macam2 tapi saya tetap enjoy.Untuk beberapa minggu lagi yang tinggal sebelum saya balik ukm,spend la masa kite sebaiknya wahai encik tersayang.Buang kan segala ego dan amarah mu.Eh macam kene kat btg hidung sendiri je.hehe.Lupa kan cerita2 lame,orang lain dan fikirkan tentang kita je.

p/s: kdg2 sy sengaja pkai bju pelik2,nak test org tu kisah ke tak.



Friday, December 3, 2010

Makan jangan ikut sedap mulut je

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.

Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIMJusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus. , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana:-

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Diharapkan dengan perkongsian ini kita sebagai umat Islam akan lebih berhati-hati dan waspada selalu,jangan pulak bila kita nampak restoran yang luarannya meragukan statusnya tapi disebabkan ada orang melayu yang kita rasa Islam sedang makan didalam restoran tersebut kita terus je masuk makan.Cari la restoran yang lebih meyakinkan kita.

Saya kalu bab2 benda ni takut sgt2 sebab saya ni kaki makan kat luar mcm kat Old Town White Coffee ari tu.Siap gaduh dgn En.Boyfie lagi psl ni.Kate nye tak halal,kate saya halal sbb ade pekerja melayu.Last2 pekene je nasi lemak kat situ.Pastu terbace kat internet,ade sorg student jumpa kaki katak dlm mee goreng diorg.euuwwwwww...

So lebih baik makan di rumah sahaja.restoren tepi jalan pom belum tentu kesahihan halalnya lebih lagi restoran thai yang gune perencah dari siam.Sebab tu la tomyam tu sedap giler sehinggan menjilat mangkuk.Ni pesanan wajib dari mak saya.Family saya memang tolak mentah2 lah kalau kedai cam ni.Kalau nak sangat makan kat luar,masak kat rumah,then picnic kat luar.hehe

Pasni tak payah gedik2 nak makan kat tmpt exclusive konon lah i love exclusive restaurant.bluwekkkk.2 org makan dah ratus2.makan entah hape2.haaa saya lah tuh..Chillis ke TGI Friday's ke Madam kwan ke..Pilihan di tangan anda ;)

p/s : i msk lagi best kot..muehehe





Thursday, December 2, 2010

Buah Hati



1st tyme saya letak video.Testing2.

Anak buah kesayangan saya,Auni Insyirah dan Adam Hafiy.Masing-masing semakin besar dan pandai.Auni dah boleh berdiri.Skrang belajar bertatih.Adam plak nak merangkak.Budak2 kalau peralihan bulan mesti demam kan.Nak belajar sesuatu yang baru.Auni banyak mulut.Dia suke sebut Atatatehhh..entah ape mksud la..Adam plak suke makan apa saja.Asyik jilat n makan.

p/s : cuti tinggal 2 minggu lagi


Thursday, November 25, 2010

.........

Of hate, pressure, judgements, fake smiles and stupid lies. Enough of this world, of this misery, of this ignorance, of this feelings. Of this pain. Enough of you. Enough of me. Enough, just enough.

Off to the place where i belong.Maybe.Why are you so rude,I'm just a girl.

p/s : Any suggestion for this holiday??I'm quiet bored.

Sunday, November 21, 2010

Yabedabeduuuuu

Sudah habes praktikal.Heaven gile.Tak perlu alarm phone lagi sbb nak bgn pagi.Skrang dah mule packing brg2 untuk balik KL.Jumaat ni dah gerak ke KL untuk hantar my lil bro ke Jepun.

Owh next sem maybe tak stay kolej.Duk kat umah kak mama kot.Skrang ngah plan nak masuk streamyx kat rumah.Jimat sket duk kat luar.Boleh main dgn dadam tetiap hari.Yeay!!

Celebrate hari last dgn officemate.gonna miss u guys ;)

p/s: Auni dah ade kat rumah.lasak btol bdk ni


Thursday, November 18, 2010

2nd raya

with my gurls.lots of love ;)

Suka sama-sama.Sakit sama-sama.

Tak cukup sorang lagi.Cik May sayang.Tak plan pun nak pkai serba hitam.

bestfriends

Next month kita lepak lagi hokey.Then ngedate dgn en.boyfie.Thanks sbb belanja syg facial cleanser.Dah sengkek sgt ni.hehe.Hari yang terindah.Terima Kasih tuhan.

p/s :I just love my life


Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua muslimin-muslimat.Tahun ni byk konflik betul.Tak tahu nak balik raya kat mana.Ayah ajak pergi Johor,emak ajak beraya di kampung.Tak pernah lagi jd kes mcm ni.Last2 emak yg menang.So kami pom beraya di Kelantan.Raya puasa ari tu dah beraya kat rumah.

Tahun ni jgak memang lain.Tak pergi tengok org sembelih langsung sebab mak cakap tempat tu jauh.Banyak pacat.Nanti gedik nak balik.So stay kat rumah je dengan ayah smbil melantak nasi dagang.Hari raya kan-Hari gemuk sedunia.

Sebab bosan sgt,maka bermulah photoshoot gedik kami anak-beranak.Rumah kat kg ni sgt best.Sejuk dan tenang.

Rumah kami betul2 dalam kebun getah taw.Hijau keliling rumah.Bile malam,sejuk sangat2.Nak mandi pun gune air bawah tanah.

Dulu masa kecik-kecik,dalam kebun ni mainan je.Tempat cari buah getah.

"Tolong ingatkan aku,kisah kau tersedar.Dengan saku penyeluk masa..lalala" prasan Ana Raffali la konon..inilah aktiviti apabila ditinggalkan oleh ibu bapa.

Tengahari plak my dadam pom sampai.Budak ni sgt aktif.Asyik nak lompat dan sengeh tak henti2.Nanti rindulah kat dadam.Tengok muke dadam pom dah hilang semua masalah.Ada mslh ke??hahaha

Petang tu kitorang pom balik.Singgah rumah Mak mertua kak Mama kejap.

Kalau dah Hari Raya Haji,makan daging tak henti2.Sup tulang,singgang daging dan serba serbi nak letak daging .Yang paling best skali bila dapat pekena Nasi dagang Kelantan.Pernah rase tak??Kalu tak pernah,better pergi rasa...Mahu menambah 2 3 pinggan taw and lastly, Happy Hari Raya ;)

p/s : Singgang daging Kelantan pom best jgak!!!


Saturday, November 13, 2010

hari bersamanya

Weekend ni sgt best sebab ada benda nak buat.Tak mcm biasa,tdo je keje.Sibuk merayap dan shopping.Shopping is my part tyme job kan.hehe.Minggu ni bff sy pulang bercuti.So,memang epy sgt dapat lepak dgn dye.

Dua hari dgn cik tirah.sgt2 best.last2 sy pujuk dye tdo rumah sy.Lagi best dpt pillow talk dgn cik kesayangan.habis sume dah crite.kering tekak duk bercakap je keje.Try bju tu,bju ni.Gossiping.Thanks syg sebab teman i merayap even byk abes duit dan kaki pom dah naik sengal2 ni.

Lame tak letak gmba tuan tanah.perasan sgt kan tuan tanah ni.hihi

Kawan-Kawan,perempuan-perempuan dan laki-laki..kalau ada benda tak puas hati,cakap je la.Saya tak kisah.Saya boleh je buat muke tader pape mslh atau muke paling annoying dan jgn risau sy tak kan terjun bangunan.tak mungkin.Lagipom yuran universiti saya bukan gune duit awak pom.Dari kau diam,pendam sorang2. Sakit sorang2.Kan susah tu.*baru nak bersuara kan*

Dan sy rse dlm persahabatn tu jgn la touching sgt.Biar ada jarak yg mampu menyelamatkan kita.Jangan nak berkira dan plg penting biarlah ikhlas.Gelak sme2 dan sakit sme2.Maaf silap dan salah ;)

p/s: Mule pasang niat nak saving.Go Lily GO!


Wednesday, November 10, 2010

Terima Kasih Cinta


Terima Kasih Cinta. Ini sebab panahan cerita Asmara setiap Selasa Malam.Ada terkeluar lagu ni semalam.Suke gila cerita Asmara tu.Ada kot lelaki romantik cam tu kan.Sape2 tak tengok lagi,sila lah tengok.Sweet sgt Asmara.Nak hubby mcm tu plishhhh ;P

Perempuan memang suka dihargai dan dilayan seperti tuan puteri.Hint2.haha! Saya bersyukur je dengan En.boyfie even kadang2 dye agak sengal. Sabar je laaa.Tapi dye lah lelaki yg selalu ada untuk saya walaupun pkul 4 pagi semata2 melayan saya yang terjaga dari mimpi kene kejar monster.hehe.

p/s : ada tinggal seminggu lagi nak praktikal!!! yeay!! :)


Sunday, November 7, 2010

take tea

Sekarang kan musim hujan tapi kat Terengganu hujan tidaklah begitu tegar.hujan kadang2.Alhamdulillah.Hari ni ngidam sangat nak makan sotong celup tepung.Ajak en.boyfie,dye diam je.Merajuk kes tengah hari tadi la.Mamat tu kuat giler merajuk.Malas nak pujuk lah..ingat comel lah wat cam tu.

Demi memujuk hati ku yang kempunan nak makan sotong celup tepung,gigih saya buat sendiri.hamikkk kau!.Siap alarm lagi handphone taw.Takut tertido.Semangat cik Lily!!

Tadaaa...gila buruk sotong ku.Tapi takpa,rase nye sama sebijik mcm kat kedai.Cuma tader bunyi ombak ala2 tepi pantai.Takde air kelapa sama seperti kat port makan kami di Pantai Airport tuh.

Sekali lagi nak cakap,buat sendiri taw.Lepas tu kol ayah,tanya bila nak balik.Ayah still kat Kemaman.Ayah selalu outstation.sibuk dgn kerja.Tak suke taw.Terpaksa makan sorang2.sob sob sob.

p/s: sekarang dah jarang betul memasak.zzzzz

Saturday, November 6, 2010

psssssttttt..

My wish

Birthday saya hanya tinggal 2 bulan je,so ape lagi...muahahaha.Memang perempuan sangat kan..Tak nak lah brand mahal2 sgt pom.Bobbi brown,MAC,Stage pom dah cukop!! Gedik sgt kan..

Hari-hari hujan.Hujan hari-hari.tidur pun sedap.

p/s: kuantan-Johor-KL-UKM ;)


Friday, October 29, 2010

oh liyana

pesanan buat diri sendiri,

oh Liyana,tolong jangan nak emo sangat.tolong jangan nak tunjuk sgt emo.sila jadi cool.tolong jangan nak buat status entah-hape2 kat facebook yg menampak kan kamu emo.dun be loser,liyana.

LOSER,DOUBLE LOSER,MORON!!!

Teringat ada sorang kawan saya pesan,jangan nak banyak tunjuk kita ada masalah.jangan tunjuk kamu ni loser.thanks even saya ni bengang gila dengan kawan saya sorang ni.yelaaa.kalau kawan tu kawan jgak.memang susah nak cari best friend kan.

p/s : tak suka lah kalu dah berjanji tapi memungkiri!!


Thursday, October 28, 2010

my fruit heart

Missing u so much.Tak sabar nak tunggu bulan depan.Atuk cakap nak pergi Johor,jumpa kakak Auni.Atuk excited sgt nak jalan2 dengan kereta baru dia.Kakak Auni dah besar.Aunty Lily nak beli toys lak plak kali ni untuk Kakak Auni.Barbie doll nak?? ;)

ololor comel nya dia makan fries.nak cket!!

Sebelum jumpa kakak Auni,mesti lah jumpa Dadam dulu kat Kelantan kan.Tembam nye pipi kamu.Gigit kang!!

Today is friday!!mesti lah bangun lewat.Esok dah keje.grrr..and my breakfast is

Toblerone!!sungguh melemakkan.haha.Dah malas nak diet.Lantak kau lah nak gemuk ke tak.Asal kan hati senang,takde masalah.yela sangat kan...

p/s : Ayah asyik outstation je ;(