Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua muslimin-muslimat.Tahun ni byk konflik betul.Tak tahu nak balik raya kat mana.Ayah ajak pergi Johor,emak ajak beraya di kampung.Tak pernah lagi jd kes mcm ni.Last2 emak yg menang.So kami pom beraya di Kelantan.Raya puasa ari tu dah beraya kat rumah.
Tahun ni jgak memang lain.Tak pergi tengok org sembelih langsung sebab mak cakap tempat tu jauh.Banyak pacat.Nanti gedik nak balik.So stay kat rumah je dengan ayah smbil melantak nasi dagang.Hari raya kan-Hari gemuk sedunia.
Sebab bosan sgt,maka bermulah photoshoot gedik kami anak-beranak.Rumah kat kg ni sgt best.Sejuk dan tenang.
Rumah kami betul2 dalam kebun getah taw.Hijau keliling rumah.Bile malam,sejuk sangat2.Nak mandi pun gune air bawah tanah.
Dulu masa kecik-kecik,dalam kebun ni mainan je.Tempat cari buah getah.
"Tolong ingatkan aku,kisah kau tersedar.Dengan saku penyeluk masa..lalala" prasan Ana Raffali la konon..inilah aktiviti apabila ditinggalkan oleh ibu bapa.
Tengahari plak my dadam pom sampai.Budak ni sgt aktif.Asyik nak lompat dan sengeh tak henti2.Nanti rindulah kat dadam.Tengok muke dadam pom dah hilang semua masalah.Ada mslh ke??hahaha
Petang tu kitorang pom balik.Singgah rumah Mak mertua kak Mama kejap.
Kalau dah Hari Raya Haji,makan daging tak henti2.Sup tulang,singgang daging dan serba serbi nak letak daging .Yang paling best skali bila dapat pekena Nasi dagang Kelantan.Pernah rase tak??Kalu tak pernah,better pergi rasa...Mahu menambah 2 3 pinggan taw and lastly, Happy Hari Raya ;)
p/s : Singgang daging Kelantan pom best jgak!!!

No comments:
Post a Comment