pengunjung

Thursday, August 25, 2011

Kini aku mengerti

Bila dah bekerja ni...

  • baru aku pandai menghargai wang ringgit.Dah mula pandai nak saving.Agak2 nak shopping tuh kene bajet jgak.Kang akhir bulan,makan megi je.
  • baru rasa heaven pegang duet sendiri.Heaven nye lebih dari kau dapat makanan setelah 40 tahun tak makan.Hokey melampau.
  • tahu erti penat lelah.Betapa aku bangga dengan bapak aku yang workaholic tuh.
  • aku dah start tidur awal.Pukul9 malam tu normal la..bahaha.
  • aku dah tak menganggur..Memangla kan sebab dah bekerja..Keling kau lily..*panggg*
  • aku dah start jadi mangsa pow adik bradik,tak lupe jgak kawan.*kesian*
  • aku dah kene bayar zakat...ngee..tapi bapak aku cakap,dia boleh tolong bayarkan.
  • dah kene bagi duet raya.tapi aku tak kawen lagi.Sepatutnya boleh dpt duet raya lagi.ngeee
Sebenarnya aku nak cakap,aku rasa bekerja tu best kot.Baru sedar sekarang. ;)

p/s:tak sabar nak balik raya!!!!!

Sunday, August 21, 2011

Friday, August 19, 2011

Papa John!

Kita sambung entry semalam.Aku baru bangun sahur. Sahur minum air tebu yang semalam je.Bagi aku,kalau sahur makan bagai,mesti aku lapar.Tapi bila minum air+kurma,aku boleh bertahan smpai berbuka dgn rileks je.Superwoman kah aku?hehe

Sebenarnya opis aku buat buka puasa kat HQ Shah Alam.Kalau ko jadi aku,ko nak pergi ke?dgn pilihan satu lagi,ko dapat berbuka dgn kakak tersayang yg dkat sbulan ko xjumpa biarpun ko mampu jumpa esok lusa jgak??Aku plih berbuka dgn kakak aku.Walau aku tahu,bos aku mmg bengang gler.Aku mmg xde mood kot nak pergi.Lain kali tak pyh paksa2 la nak pergi.Aku skrang ni just kerja je kat situ dan ignore negative environment.Asal kerja aku siap,beresss!

Aku suruh abg ipar aku amik kat rumah sewa dan blah je dari situ.Aku kan tak berapa rapat dengan staf2 situ.Tu yang malas.Lagi satu,aku tgk bdk yg aku rapat tu dah naik kpale aku.Mentang2 lah aku ni melayan je ko.Ko nak shopim pom aku ikut.Ko taw tak,dye sepahkan file smpai ble aku tersepak,dye ckap aku tak da mata ke??Chooii gler.Agak2 ko mmg tak reti nak bercakap dgn org lebih tua dari ko ke?Sabar lily sabar.Pastu dah berani cakap dgn aku,aku kau..Aduh2 jgn aku ckap mak bapak ko tak reti ajar plak..haaa aku dah hilang sabar btul.

Sebab benda2 kecik mcm ni,aku mmg tak ingin nak hadap muka diorg.Bila abes tyme opis,aku mmg nak blah buat hal aku.Baik aku spent masa aku dgn family.Tak gitu?

So,kitorang ke IOI Mall Puchong.Niat di hati nak makan kat Seoul Garden.Tapi penuh.Pergi TGI Fridays.Penuh jgak..Last-last..Papa John! 1st tyme aku makan kat situ.ngeee

Chicken Super John Pizza.Best jgak mcm yang kite buat.Eh kite ke?hahaha.Kakak aku cakap best dari pizza hut.Tapi bagi aku,Pizza Hut best lagi.

Byk hari dah aku mengidam taw.Nak makan pasta la spagethi la..Tediaaaa dpt jgak! NYUMMEH!

Sesi paling menyedihkan.Mummy adam duk nyanyi lagu Twinkle2 Little Star kat Adam.Adam skrang ada kat Kelantan.Duk dgn nenek dye.dah dkat 2 minggu kat sana.Tu laa yang rindu kedaung sgt kat mamat tuh.Adam ni pandai..Ko nyanyi lagu ni,dye smbung kat blakang..Bile dah smpai part..Like a diamond in the..SKYYYYY!! Adam menjerit..Dgr je suara mamat tuh,dah neleh air mata kami ni yang kerinduan..Siap duk i yuuuu..*I love U*

Over all,boleh lah..aku bagi 3 bintang.Harga nya murah sikit dari Pizza Hut.Byk jgak kitorang pilih semalam.Kaching33..poket aku dah bocor..huhu..

p/s:nanti nak smbung episod shoping aku untuk terakhir sempena raya.Akhir ke?

Tahun ini

  1. Aku dah start bagi duit raya.Dah tukar pom setakat yang mampu.Tak banyak tapi cukup lah untuk sepupu-sepapat aku.Anak buah dan adik2 aku itu stok lain.
  2. Aku dah beres dgn jayanya baju raya mak ayah aku.Hasil titik peluh aku kerja khennn
  3. Dah boleh bagi duet kat emak aku..sukeeeeeeeeeee! ;)
  4. Part paling aku suke,aku dah boleh tanya..haa mak nak kirim ape2 lagi?
  5. Dah start beli kuih raya buat balik rumah.

Tu yang best bila kerja.Tapi part tak best bila selalu kene pow..Lily,nanti buka puasa awak blanje.Nak makan kat Seoul Garden..hokey itu tak best sangat!

Buat masa sekarang,aku banyak fokus untuk mak ayah dan adik2 aku.Shopim untuk aku sekadar yang perlu saja sebab masa belajar,aku dah shopim tak ingat sampai dah tak tahu nak beli ape.

Sekian dari aku.Nanti aku nak buat review buka puasa kat Papa John!




Thursday, August 18, 2011

Safi Rania

Ada orang cakap muka aku berseri-seri..Memang naik seri pun,aku kan nak kahwin raya pertama nanti..bahahaa..Sape nak kawen dgn kau dek non oitt??*pang sekali*

Tips aku senang je nak naik seri,senyum sokmoooo..senyum byk2 pom xpe.Lantak lah orang nak cakap aku gilak pom.Tapi aku suke senyum.Yang paling penting kau kene cukup tidur.Sejak aku kerja ni,tyme tidur aku pukul9 malam.Kalah orang baru kahwin taw..muehehe

Ni gambar semalam.Berbuka dgn Linda.mentang2 aku dah kerja kan,kau pow aku puas-puas.hahaha.Seri ke muka aku tu?Busuk je aku tgk

Sekarang aku memang tak gemar pakai mekap sebab leceh.Aku g opis pun,letak setempek je bedak kat muka.Cukup syarat.Watpe nak mekap bagai,staf opis semua perempuan.Boringggggggggg!
Yang aku nak cakap sebenarnya,aku suka sangat2 safi rania gold ni.kwn2 aku mcm pelik je aku guna benda alah ni.Hellowwww i'm 23.Dah sampai masa nak cari pencuci anti kedut dan yang tambah kolagen.Seswai sgt tuk aiii kan...
Mula-mula pakai naik cik wat gedebak.Aku redha.Sekarang baru okai.Patut aku buat demo sebelum dan selepas.Bahahaha...


Tuesday, August 16, 2011

Syukur..syukur

Alhamdulillah..Sempena keberkatan bulan Ramadhan ini.Hidup aku semakin lama,semakin bertambah baik.Much much better.Betul la,kalau kita nak buat keputusan,make sure dalam keadaan bertenang.Memang susah nak terima suasana baru tapi semakin lama,ia akan sebati dengan diri kita.Alhamdulillah.

Sesusah mana hidup aku,ramai orang yang susah lagi dari aku.Ada orang yang tak makan nasi la.Lebih sebulan aku kat sini,banyak benda aku belajar.Hidup ini susah dan takde benda yang datang bergolek.U need to work hard.Memang gojes gle bila dah mampu merasa duit dari hasil titik peluh sendiri.Aku tahu,tak semua yang bernasib baik mcm aku.Belum grad,dah dapat kerja.Alhamdulillah.

Aku ada junior kat sini.Budak praktikal.Aku paling rapat dengan dia dan aku tak tahu mcm mana kalau dia dah abes internship nanti.Mak ayah dia dah bercerai.Sekarang baru aku tahu betapa pentingnya family.Mak,Ayah aku.Bila dia cerita psl family dia,aku sgt2 terkilan.Betapa dia nak sgt2 keluar beli baju raya dengan ayah dia.Aku plak kalau boleh nak beli baju sendiri.Teruk kan aku?huhu

Setiap hujung minggu,aku pasti pulang ke rumah makcik aku.Syukur sangat aku ada makcik yang baik hati dan pandai masak.Marveles gler.Mak saudara ni kan dah mcm emak kedua kita.Aku kalau tak puas hati kat opis,makcik aku lah tempat aku luah.Dia layan je kan.Tengkiyu Mak Uda.

Byk lagi benda yang aku perlu syukuri.Bapak aku still masukkan duet untuk aku bulan ni sebab bimbang duet aku tak cukup.Baik kan bapak aku?Kau ada?huahaha..Yang paling aku bersyukur bila aku stay kat rumah sewa ni.Kalau dulu,aku selalu bimbang dengan berat badan aku.Bila aku stay kat sini dengan akak2 yang comel+gebu,baru aku tahu aku ni kuwos je..muehehe..No need to worry bnda yang remeh temeh.

Hidup ini tuhan telah atur yang terbaik untuk kita.Jatuh bangun itu biasa untuk menguji kita.Aku masih dalam mencari kerja baru tapi buat masa sekarang,aku just ikut je aturan hidup seperti biasa.Walau aku ada la menyampah kat sorang tu..Betul2 annoying.Kau ingat kau cantik ke?bluweekkk!!!sabar lily sabar..

p/s:byk aku merapu..zzzz

Saturday, August 13, 2011

Ayah,Lily nak kahwin

Bila ramai kawan yang dah nak berkahwin,maka miang2 tu tempias lah kat tuan tanah.Lagi-lagi kawan rapat,kawan lepak,kawan huha-huha bersama..

Kalau bab kahwin ni,saya selalu sembang dengan emak.Dengan ayah?Never.Bukan apa,saya takut dia tahu ada lelaki lain selain dia dalam hati saya.Cewahhh..Ayah tetap no 1 saya.

Sebab tu kalau nak dating slalu ckap..

Ayah,Lily nak keluar dengan kawan.
Ayah,malam ni ayah tak payah hantar lily.Kawan lily hantar.

Tapi ayah selalu tanya kat emak,
Lily keluar dengan sape tu?
Dengan Miero la..sape agi..

Mcm ayah tahu kan...hihihi

Sebab tu jgak saya memang selalu hide status berbaur gatal kat facebook.Takut ayah baca.Banyak kali dah bawak buah hati jumpa ayah tapi bukan secara formal.Ayah,ni boyfriend lily..Owh tidak..ku masih belum bersedia.hihi

Ayah saya ok je.Tak garang.Tapi normal lah,seorang ayah mula bimbang kalau anak dara dia ada boyfriend.Ayah lagi stret dari emak.Kalau keluar malam,mesti ayah tunggu saya smpai balik.Tu yang takut balik lewat.huahaha.Sekali ayah bersuara,takutttttttt...

So tahniah buat Nur Izzati Fatimah yang bakal mengakhiri zaman bujangnya raya ketiga ni.Tak percaya dirimu kahwin awal dari ku..*pasrah*

p/s:bila dah kerja ni,skala miang lagi bertambah.



Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan

Sudah 10 Ramadhan.Memang cepat masa berlalu dan ini yang sentiasa aku nantikan.2 3 hari aku agak diam dari dunia berbelog.Sungguhlah aku tak percaya ramai yang perasan aku ni stress dan tertekan dengan keadaan sekarang.Sampai bapak aku pun dah perasan,kenapa aku stress sgt?Bapak aku kan suka stalk aku kat fesbuk.Emak dan boyfren aku je tempat aku luah masalah.Tempat aku lepas segalanya.Sowie makk..

Aku memang tak boleh terima keadaan aku sekarang.Aku sgt lah dalam dilema sebab aku dapat interview memang banyak tapi aku tak dapat attend since bila ko kerja audit ni,masa tu sgt berharga.Lagi2 kalau ko dapat majikan yang asyik push KPI ko kan..Hamik kau..aku siap nangis lagi depan bos.Dah lah banyak benda aku nak belajar khennn..aku pun stress bila asyik tanya collection aku kan.Maybe betul tempat aku bukan kat situ.

Ramadhan banyak menguji aku.Ya Allah,sempena bulan keberkatan ni,aku mohon Kau makbulkan doa aku.Amin..Amin..

Kehidupan seharian aku memang menyedihkan.Aku berbuka lauk kat bazar.Haremm tak sedap langsung.Cuma semalam,schoolmates aku ajak berbuka ramai-ramai.Buffet kat Flaming lagi.Dah yang tu je dekat kan..RM26.90 per pax.Cuma satu je,memang membazir bawak aku mkn buffet sbb aku cepat kenyang.Lagi satu,aku punya pantang larang memang tak boleh langgar.No nasi tambah hokey!!

My schoolmates.Gila hilang mslh aku taw.

Sorang engineer.sorang auditor.sorg budak master.time is flying too fast.

Nasib aku ada boifren yang memahami.Next week dah janji nak datang kat aku.Sampai aku cakap kat dia,hidup aku dah terumbang-ambing.Dah mcm hujung nyawa..cewahhh...konon kan..

p/s:jadi budak kecik kan senang.


Friday, August 5, 2011

Cuci mata

Rick Malambri, I LOVE U

Hobi saya suka usha orang handsome.Sape tak suka kan?*wink3*

Lelaki tinggi memang nampak sexy kan?*wink3 lagi*

Indah sungguh ciptaan tuhan.Sape2 tak kenal dia ni,sila lah tengok step up 3.I wish lah,dia ada tepi saya dan cakap,syg..jom kita kahwin..muehehe...

Cos u'r my type..oh..na..na..na..na..

p/s:Bahaha! Kelaut jgak kadang2.


Don't cry Silly Lily

Hidup ini memang ada jatuh dan bangun.Bila jatuh,baru nak sedih.Nak nangis.Tapi bila bangun,hidup bermegah tanpa sedar diri.Hari-hari sekarang seperti biasa..Tetap haremmm..sucks..He always asks me..How's ur work today?..Sucks!dats the only my answer.

Kenapa saya tak suka kerja saya??

Sebab tak best..Sebab org sekeliling saya tak best.Saya mengharap setiap hari dengan keajaiban.Call dari somebody..Liyana,awak diterima kerja...Ur wish..huhu

Yes..I will..

Tapi masih ramai yang lagi susah.itu je aku tak sedar.

Sudah cerita sedih..Sila move on Liyana.


Puasa kali ni memang menyedihkan.Tengok tadi baru kata nak move on.Silly Lily.Hari-hari beli kat bazar.Memang sekarang kena banyak berjimat sebab nak raya.Bila dah kerja baru terasa duit itu mcm ayaq.Kalau dulu ada sugar daddy,senang je nak mintak duit.

Berbuka dengan housemate.Betapa saya rindukan masakan ibu.Betapa saya rindukan suasana berbuka di rumah sendiri.Betapa saya rindukan ramadhan yang lalu,berbuka dengan buah hati.Tepi pejabat pos,bwh ujan renyai-renyai.Kesedapan yang dirasai lebih bermakna dari makan buffet ramadhan di hotel 5 bintang.Betapa saya rindu suara ayah mengejutkan sahur setiap pagi.Tak dapat digubah dengan kata-kata.

Semoga setiap yang saya lalui penuh dengan keberkatan ibu bapa.Penuh dengan doa dan semangat tanpa luntur supaya saya terus gagah.Walau diri tak seteguh itu.Saya perlukan kekuatan.

Moh kita gelek-gelek montot dulu


p/s:bos cakap saya bakal dapat bonus.Sekian,terima kasih!

Tuesday, August 2, 2011

Ya Allah

Ya Allah,Semoga kesulitan aku hanya sementara dan diiringi dengan kesenangan tanpa aku rasa lupa diri pada-Mu Ya Allah.Aminnn