pengunjung

Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa!

Weekdays saya memang selalu sucks dan penat.So harus lah treat diri sendiri dengan baik bila weekend.Of course lah,bila si emak pun ada sekali.Congrates emak dapat pencen awal.InsyaAllah 1 Disember akan datang.Nak kerja apa lagi kan,anak2 dah besar.Masa untuk anak2 plak yang bgi duet kat parent.Kalau kerja pun,byk dapat penat je.

Mak uda buat makan-makan sempena kedatangan kami sekelurga.Owh-aim-gee,mak uda memang terbaik.tak sempat nak amik gambar.So marveles mak uda masak.Ada ketam,ayam marinade,tauhu msk oyster,ikan msk asam dan banyak lagi.Lepas tu layan karoke skali,mak cakap saya ada bakat.Whoahaha! Aii memang la ada bakat.Malas je nak tunjuk.1st tyme nyanyi depan emak.

Then tok su datang bawak durian dan red velvet cuppies.Makan lagiii..It was a small family reunion ;)

excited jumpa boyfren techik ni.byk mulut btol.

Suka buat mulut angelina jolie ni.

Malam tu,sdara abang ipar saya buat majlis kesyukuran.1st tyme saya pergi rumah besar gedabak.Tak tercapai akal ku.Pakcik dya keje akauntan.Akauntan?One day,saya nak jadi mcm tuh.Makanan tok sah nak cakap la..ko sebut je semua ada..kambing panggang,ikan,udang,cream puff,puding..Makan sampai terbongkang.haha

Sempat tapaw balik rumah.Nasi beriani.I fall in love with kambing sgt2.Kerabu wajib bagi orang kelantan yup.Ini hanya 1/4 sahaja dari lauk2 semalam.

Perut dah ke depan.Senyum lebar-lebar.Sampai nak bernyawa pun susah.Then hari ni,makan lauk semalam je dan malam ni,dah order Domino's pizza 3 set.Aku memang gila.oh btw,esok sy ada interview kat bangi.Wish me luck babeh.

Selamat berpuasa untuk semua umat islam.Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu pengertian buat kita.

p/s;pagi2 dah terkujat dgr crita KFC putus tunang.Mengajar aku supaya jgn nak gebang sana sini kisah cinta.Sedangkan org berkahwin pun boleh bercerai,inikan plak org bertunang lagi2 bercinta.Simpan ketat2 buat tatapan sendiri itu lebih baik.Baik yang berkahwin atau tidak.Peringatan untuk diri sendri.






Friday, July 29, 2011

Gaji pertama

Alhamdulillah,hari ni dalam sejarah.Aku dah dapat gaji pertama walaupun cipot je sebab aku start kerja pun dah tengah bulan.Tapi syukur.Segala penat lelah aku,benci dendam aku..ada hasil nya jugak.gagaga

Alhamdulillah jgak aku dapat 2 lagi interviews minggu depan.Satu kat bangi dan satu lagi kat Bangsar.Bukan aku nak sembang,tapi memang fakta.Sape2 yang amik accounting,insyaAllah peluang pekerjaan mencurah-curah.Ko bayang kan je la banyak mana company kat dalam dunia ni dan setiap company haruslah ada accountant.Lepas tu audit firm dan bank pun banyak.Cuma ko kene banyak usaha.Result aku tak semegah mana pun dan aku tak aktif kat universiti.Setakat ni dah dekat 10 jgak aku dapat interview.

Aku harapkan kerja kat Bangi tu sebab aku dah biasa kawasan tuh.Tapi aku kena tengok jgak gaji yang diorang tawarkan.Kalau rendah dari sekarang,kene banyak kali jgak fikir.Kali ni untuk position accountant.Aku dah malas nak buat audit.Sakit jiwa dan raga.Aku selalu terfikir mcm mana lah orang yang ada family boleh buat audit.Sekarang ni pun dah mcm2 boyfie aku kena.

Doakan yang terbaik untuk aku.Tahun ni aku dah start bagi duet raya kat budak-budak.Kene kuat berusaha.Nak beli baju raya untuk emak aku jgak.Bila dah ada duet sendiri ni,baru lah terasa berkira.Tapi kalau tak cukup,balik-balik cari ayah jgak...muahaha.

Sakit-sakit dahulu.Takde orang berjaya tanpa rasa sakit.Cuma atas kekuatan kita dalam menghadapinya.Dalam pekerjaan ni,baru aku sedar pointer bukan satu ukuran.Pengalaman itu penting.Ramai sgt org memandang rendah kat fresh graduate.Semua nak cari yang berpengalaman.

p/s:gaji pertama nak beli handbag coach boleh?bahahaha


Wednesday, July 27, 2011

Hey i'm okey ;)

Lets tell the world..tell the world that i'm okay now ;)

Hari-hari aku update belog ni sebab aku sunyi bila aku balik rumah.Belog ini juga tempat aku luahkan perasaan aku.Sakit atau gumbira akan aku catat satu-satu.One day,anak-anak aku akan baca setiap perit lelah sebagai seorang Liyana Kamaludin.

Lets start with my relationship.Sebenarnya aku yang gila kot.Takde apa-apa pun.Saje je aku yang teremo.Sebab tu aku pelik,kenape aku nak sedih sgt walhal aku yang cari pasal kan.bahaha.

Weekend lepas,aku lepak Sunway Piramid sambil teman cuzzie aku berdating.Cakap kat emak nak pergi OU,last-last sunway jgak.Budak-budak zaman sekarang dating advance.ishk3..risau kat anak-anak mummy nanti.

Archery time.RM9 per game.Cara terbaik kau nak lepas tensen.balik rumah,sakit urat2 aku.Berat wohhhh


Tensen-tensen aku pun tak lupa nak pelahap.Our dinner kat Ice Room Gombak.This is not my 1st time.Snow flakes kat sini best nak mati.1st time try tomyam noodles.OMG sedap hokey!!Pedas n masam.Tomyan dia ada bunga kantan n bendi.Pelik tapi best.Ice Room ni agak mahal la.Yang penting puas hati.

Kerja?Alhamdulillah.2nd job is better.Syarikat construction lagi.Tapi aku tgh usha kerja baru jgak.Cuma satu,aku tak boleh la org ajar aku marah-marah.Please la..aku bukan budak kecik lagi.Aku tak sombong pun tapi aku selesa buat hal aku sendiri.

dan aku rindu gilak















budak ni.............

My Atam

p/s:en.boyfie nak keje kat KL jgak.yeay!!


Tuesday, July 26, 2011

Cinta teragung

"Maafkan aku,sekiranya tak mampu untuk mencurahkan semua isi hati ku.Ternyata tak terkata rindu pada mu....."

"Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya.Namun ku tetap berjanji akan masih mencuba untuk..memujuk hatimu mencintai dengan semua yang ada hanyalah untuk mu..." Hazama

Keadaan aku sekarang ibarat jatuh dihempap lif.Namun aku bersyukur semakin hari aku mampu menerima keadaan sekarang.Suasana baru.Aku minta maaf untuk sesiapa yang aku tersakitkan hati.Mungkin di luar kawalan aku dengan keadaan aku sekarang.Terutama dia.Mungkin keadaan yang aku cipta ini,memburukkan lagi hubungan aku dengan dia.Tapi aku dah janji,i will not tell the world masalah kami.

Cuma satu,kau jangan cuba simbah minyak atas api.Sedangkan kalau kawan kau tgh down pun,kau akan faham.Inikan lagi org yang kau syg.Dlm ceramah kursus kahwin,ustaz tu ada ckap..org lelaki memang kne byk bersabar dengan perempuan.Demi org yg kau syg,demi janji yang kau tabur..kau jgn terlalu ikutkan baran dan keegoan kau.Aku bukan lawan kau.Tak perlu kau nak jatuhkan aku,melihat aku tersungkur.Aku terlalu lemah untuk rasa semua ini.Sekeras2 hati aku,aku perempuan.Cukup hokey..

Hari ni aku pergi kerja dengan mata membengkak.Memang semalam sgt teruk bagi aku.Time kerja pun masih ke laut.Tapi ari ni bos dah janji nak belanja stimboat kat Flaming Kota Kemuning.Aku ni bukan kaki stimboat tapi dah rezeki kan.Sebenarnya birthday big boss,itu yang ada makan2.

Sebelum

Selepas..muehehe

Semuanya staff dari headquarters dan wangsa maju.

Fara,kak lily gemuk tak?..Tak lah..body kak lily sedap!!..sedap??hahaha.sedap celah mana lah.lemak sana sini.huhu.Aku ni kalau stress asyik makan je keje.Timbang2 pun naik jgak.

Fara and me.Fara ni lah tempat aku luah perasaan.Maybe dia adik aku,aku tak kisah nak sembang apa pun.

Dan akhirnya aku sign jgak offer letter ni.Tapi sebelum tu,aku dah kol mak aku.Tanya mcm mana.So mak aku suruh sign dlu.Kang tak bebayar gaji bln ni.hehe

Tapi sekarang aku dah boleh nyanyi-nyanyi kat opis.Dah boleh rasa enjoy.Lebih-lebih lagi tadi aku ada jumpa dengan staf baru yang sama interview ari tu.Dia lagi teruk.Tak tahu terus nak buat audit.Thanks god aku masih lagi bernasib baik.Ku panjat kesyukuran kehadrat Mu illahi.Aku kene kuat.Mak aku selalu kata,kang nak pkai kereta lagi best.hehe.

p/s:Minggu ni tunggu gaji pertama! ;)




Monday, July 25, 2011

U smile,I smile

Hari ni seperti hari-hari lain.Penat dan sakit kepala.Tadi pergi cari opis client smpai tersesat kat Bukit Bintang.Separuh hari atas jalan.Nasib baik jgak.Tak perlu terperap dalam opis lame-lame.Being an auditor is not easy.U need to love ur job.Saya akui saya seorang yang cuai.Kdg2 baca lain,tulis lain.Kira lain.Benda2 kecik pun boleh salah.So mcm mane sy nak jadi auditor?nak cri slh org?kalau diri sendiri sentiasa buat salah.Dats y saya slalu ckap,saya tak boleh buat kerja ni.Even satu2 saya tulis nota..kne anta surat ni..kne buat bnda ni..tpi saya tetap saya yang sama.

Sejak stress melanda,saya kerap bermurung.En.boyfie memang sasaran saya.Dia sentiasa jadi mangsa smpai sy dlete pesbuk dye.Tak nak dia kacau saya langsung.Bila dlm keadaan mcm ni,sy xboleh org bergurau bodoh.Nak main2 lagi nak menyakitkan hati saya.Sesaje dapat maki free dari tuan tanah.So better saya senyap kan diri dari beliau.

'Awak buang ego tu.Jadi perempuan yang penyabar dan lembut.Cuba tengok drama melayu tu'

Bahaha..tergelak aku baca msg mamat ni.Ayat tu boleh tak jgn mcm drama petang2?eh mcm kenal ayat ni.ngee

Dah awak tu cube tengok crite asmara n nora elena ar?Ada dia cakap mcm tu.Org lelaki kene byk sabar.saya lembut je sbenarnye..muehehe

Saya biasa lah..mane boleh kalah kan

On the way balik ke rumah sewa semalam,saya naik teksi.Uncle tu sgt baik dan dia cakap yang dia lebih suka lepak dgn kawan kat luar dari duk kat rumah sebab wife dye slalu nak mrh2.Cari salah dia dan dye tanya saya,kenapa perempuan suka buat keputusan ikut perasaan?Kita tak sempat cakap,dia dah membantah.Oh terkena batang hidung sendiri.Bila saya sampai di rumah sewa,saya sedar..i just need somebody yg pjuk sy..ckap dgn sy..dont give up syg..u can do it.And i know,i just need him.Susah atau senang.Saya tak boleh takde beliau.I'm sorry dear.So sorry.I'm too emotional.

Saya sedar ramai yang kisah pasal saya.Terutama mak ayah,kakak saya dan kawan-kawan saya.They keep telling me,be strong! But they'r not in my shoes.Hanya tuhan saja yang tahu keadaan saya.Tiap2 hari mak kol dan mak usaha untuk saya dapatkan kerja lain.Kwn sy siap pesan,jgn brenti dlu.Nanti nak kerja dgn ko.Kite duk rumah sme2 k.I love u guys.So much.Thanks God for giving all of u to make me smile.Memang susah nak terima suasana baru tapi saya kene terima sebab saya sendiri yang memilih jalan ni.Cuma satu yang saya harap,saya masih baru dlm kerja ni.Saya perlu seseorang yang mengajar saya dengan baik.Dun expect me too much even boss saya cakap saya ni pandai.No!! Saya bukan macam tu dan saya tak boleh terima org yang nak ajar saya dengan marah2.Saya bukan pendiam dan sombong tapi bila saya tak suka suasana dan org itu,saya memang tak suka bercakap.Mengata lah banyak2 belakang saya.I dun care.Dapat kerja yang lagi best,saya bawak lah diri saya.

Btw,I'm just a kid..muehehe

p/s;Cepatlah kerja baru dtg pada ku

Saturday, July 23, 2011

Gagaga


Kerja yg susah,xda masalah.Boleh diajar.Tapi senior kerek nak mati,itu mmg x boleh ajar.ok,bye!

Friday, July 22, 2011

Stress!!!

Aku stresss!! Gila banyak kerja ;(

Penat gila.Kelmarin overtime dan hari ni terpaksa balik awal sebab printer rosak.Thanks to lobly printer.Sila merosakkan diri anda sentiasa.Bila dah sampai tahap ni,baru aku menyesal amik akaun dari sekolah lagi.Aku memang dah aim tak nak kerja kat audit firm tapi rezeki aku kat sini.Dah la senior agak garang je.Tolong la ajar saya baik2.Saya budak baru belajar.

Dari kecil sampai besar,aku sentiasa dimanjakan.Means,mak ayah aku akan sentiasa tolong aku.Aku memang susah nak hidup susah.Teringat lagi masa aku mula2 masuk asrama dulu,hari-hari mak ayah aku datang.Aku takley independent.Satu hari aku period.Bocor.Habis atas kerusi dan kain aku.Aku nangis dalam kelas.Masa tu form 1 kat skolah Sheikh Malek.Aku tak nak balik asrama.Aku nangis.Tiba-tiba aku terkejut mak aku datang.Keesokan aku senggugut,mak aku datang lagi.Bapak aku datang plak belikan pad.Hari-hari aku nangis nak balik.Last2 skali aku pindah skolah.

Sampai besar,aku rasa aku cukup tough sebab aku rasa,aku brani pergi mana sorang2.Aku duk dalam kelas sorang2.Semua aku boleh buat sorang.Tapi bila dah tiba time kerja cam ni,aku sangat down.Senior marah aku,aku bengang.Buat kerja tu,kerja ni.Kerja menggila.Aku balik kol mak aku,aku nangis.Tu je aku tahu.Aku mintak mak aku cari kerja untuk aku.Tapi aku lupa,aku dah besar.Dah sampai masa,aku kene belajar hidup berdikari.

Balik kerja,aku sangat lonely.Budak rumah aku rajin buat overtime.Lewat malam baru balik.Aku tak biasa lagi.Bila perut aku berbunyi,aku dah tak boleh fokus.Fikiran ke laut je.Walhal balik rumah,makan roti cicah milo.Takde orang sambut aku jgak.So aku skang menggatal ajak boyfren aku kahwin.En.boyfie tu la satu.Nak sngt jadi bisnes man.Byk benda dia kene fokus dulu.

'Sabarlah sayang.Tunggu abang kumpul duet dulu.Nanti nak beli mekap syg la,handbag syg la.Syg tu dah la tak boleh hidup susah'

Aku:

'Syg kan dah keje.Syg boleh beli dgn duet syg la.Syg tak kisah duk umah flat pun.Asal hati syg tenang,ada org jga syg sentiasa.'

Gila betul aku skrang ni.Mungkin aku mmg dah tahap wajib kahwin kot.hahaha.Sebab tu kakak aku dah pesan awal2 suruh aku saving untuk kahwin.

Ya Allah,berikan lah aku kekuatan fizikan dan mental. ;(

Layankan gambar sebelum pergi kerja

plastik sangat kan?Dalam hati,tuhan je tahu

Lily,sila jgn manja sgt.Sila bersyukur dgn apa yang ada

p/s:kdg2 aku terfikir nak kerja yang bukan dlm bidang aku.Boleh?







Tuesday, July 19, 2011

Lagi best

Cun tak myvi baru ni?

Tapi mahal.Nak same harga dengan persona.

Bila ada something yang kita idam-idam kan,baru semangat bekerja datang menggunung.2nd day is much3 better.i love my job.i love being an auditor. ;)

p/s:perlu ke pakai kereta kalau boleh jalan kaki?bahaha




Monday, July 18, 2011

My 1st day

*sigh*

1st day aku kerja ari ni memang suck!!!..Aku tak boleh tidur semalam sebab beralih tempat baru.Gila ar.Dah ar kene bangun pagi.Otak aku dah sewel nak mengadap nombor.Dah dapat satu job ari ni.Kenapa aku rasa tetibe mcm blank?

Rumah sewa aku depan Wangsa Walk Mall.Sape tak kenal wangsa walk itu amat kesian.Ramai bebenor orang shooting kat sini.Depan sikit lagi ada carrefour.Bila aku cuci mata kat sini baru hilang stress aku.Terapi tu penting.Walhal takde pape pom kat sini.Kalau nak cari levis outlet paling murah,sini la best.ori baiii.Rm8o selaii.

Aku pergi kerja jalan kaki je.10 minit nak sampai opis.Opis aku blakang NZ Curry House.Kat sini makan memang mahal tapi ada lah satu warung makcik ni.RM2.50 nasi dengan ikan keli.Jimatt.Sedap pun sedap!

Kepala aku sakit sebab tak cukup tidur.Tiba-tiba jadi stress bila tak boleh buat kerja.Memang rasa nak nangis.Aku balik kerja awal ari ni sebab nak pergi KWSP.Sampai je rumah,aku kol mak aku.Mintak dia carikan kerja lain untuk aku.Hahaha.

Sebenarnya aku homesick.Aku dah lame stay dengan family.Tiba-tiba kene independent.Ari ni masak sardin je.Uhuk3.Tiba-tiba rasa nak kahwin cepat.Boleh ada orang jaga sentiasa.Tidur pun berteman.Kakak aku 1st dye tanye,duet gaji nak wat pe..kahwin ke?hahaha..mcm best jeww.

Sebenarnya aku nak cakap,kerja memang tak best.Belajar lagi best hokey!




Friday, July 15, 2011

Happy Birthday Lil Bro Ayie

Happy birthday in advance to Muhammad faris bin Kamaludin

Kak Lily ni baru je balik dari beli kek secret recipe untuk Ayie.Actually esok sebenarnya birthday mamat ni.Tapi aku tahu esok aku dah smpai serdang dan aku tak guna broadband.Baru je potong minggu lepas.menyesal tak sudah.hehe.

Esok ada majlis temu murni bersama ibu bapa kat sekolah faris ni.So emak aku decide nak buat makan-makan sikit sempena birthday dye.Bapak aku ckap mcm perempuan daa sambut birthday.hehe

Faris ni satu-satunya adik lelaki aku dan anak bongsu plak.Tapi ya ampun sangatlah rajin.Aku selalu buli dia suruh vacum rumah.Dia buat je.Basuh pinggan.Buang sampah.Jemur kain.Tu la mak aku.Lelaki ke perempuan tiada diskriminasi dalam kerja rumah.memang aku salute adik lelaki aku ni.Tapi haremmm..tetiap minggu pos baju kotor kat emak.deiii yg tu fail.

Satu lagi aku puji si Faris ni,dia sangatlah alim dan warak.Selalu jadi imam kat rumah.Pergi surau dan pagi-pagi selalu dengar dia mengaji.Alhamdulillah dapat sorang anak lelaki mcm ni pun dah kira sejuk kan.Dia dengan emak aku sangat-sangat lah baik.Anak emak katakan.Nasib lah sape jadi bini dia.hehe

Tapi faris ni kadang-kadang agak panas baran.Dari kecil sampai besar dia memang jenis makan dalam.Tyme kecik dlu,aku gaduh dengan dia pkai pisau beb.tertoreh kat lengan aku.Gila betul permainan kitorang.Haha.

Dia selalu mesej aku cakap rindu.Lama tak jumpa.Yelaa dia stay kat asrama.memang jarang jumpa dia.Tapi kalau bab pelajaran,dia selalu the best.2 kali dah pergi Jepun.terpilih dari sekolah dia.InsyaAllah bulan 9 ni akan ke Perth,Australia sebab dia dapat stret A's mid term hari tu.Alhamdulillah.Dia kalau tak boleh jawab exam mesti dia cari ibu dia.Bimbang ada salah silap smpai dia tak boleh jawab exam.Keberkatan emak itu penting.

Kitorang satu family sangat berharap dia jadi seorang doktor.Tapi dia tu berat nak jadi engineer.Apa2 pun semoga dia mampu jadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.Jangan lupa Allah,ibu dan bapa.InsyaAllah faris..

Ingat..Ayie seorang sahaja lagi harapan emak ayah.Harapan keluarga.Pastikan stret A dalam tangan Ayie.Kak Lily yakin Ayie boleh buat!

p/s;Rindu nak membonceng dengan mamat ni ;)


Thursday, July 14, 2011

Aku tengah EMO

Aku sebenarnya baru je habis short sem bulan 6 lepas.4 tahun aku bertungkus lumus nak habiskan ijazah perakaunan ni.Emak ayah aku memang banyak membantu aku.Aku ni belajar guna loan ptptn je.Tapi aku amik separuh.Ada la dalam rm1500 satu sem.Sikit kan?Bapak aku lah banyak support aku.Tetiap 2 minggu bapak aku bagi duet kat aku.

Malu tu memang malu.Tapi nak wat cam ne.Tu je sumber aku.Sampai aku habis belajar pun,aku still mintak duet dengan mak ayah aku.Nak keluar je,mintak duet.Minggu lepas RM80,esok kan RM50..Pastu RM150..baru semalam RM200 dari bapak aku.Banyak sgt sampai mak aku hari tu bagi kad bank dye je.Sebab tu aku nekad nak cari kerja.Part tyme atau full tyme..

Lepas habis belajar,aku siapkan resume.Aku dikira nasib baik sebab aku ada kakak yang banyak tolong aku.Kak mama aku tolong baiki resume,speaking aku dan bagi pendapat kerja tu,kerja ni.Aku ni memang sangat lemah dalam speaking dan low confident.Nampak je aku ramah.Aku apply semua tempat.Cikgu tadika pun aku apply.Aku percaya rezeki ada di mana-mana.Niat aku satu,aku nak kerja jgak.

Sampailah aku diterima kerja kat MNZWAJA.Aku menangis tyme aku dengar Puan Azni cakap,awak diterima kerja.Yang aku tahu,aku jawab..ok..ok..ok..Aku turun bawah cari mak aku.Mak aku wish tahniah.Bapak aku mcm biasa,diam takde perasaan.Haha.Memang dah rezeki aku,Alhamdulillah.Kawan aku apply jgak tapi tak dapat.

Gaji kat firma audit memang tak banyak tapi kerja menimbun.Ada la mulut sumbang berbunyi,'gila gaji tak smpai rm3000 nak idup cam ne?Bf aku gaji rm4000 pun tak cukup'.Aku balik cerita kat emak aku.Hellowww..ko tak rasa apa aku rasa,baik ko diam.Ko ingat senang nak cari kerja.Ko duk promote diri ko sana sini dengan result cam gtewww je.Dah kira bersyukur sangat ada org nak trime ko.Kdg2 aku rasa mulut busuk tu,datang dari diri ko sendiri.Bukan dari org lain.

Bukan aku bengang cuma aku terkilan sahaja.Ko tu blajar pun tak habis.Asyik tersangkut je.Nak demand bagai.Sebagai kawan,ko patut cakap bnda yang tak patahkan semangat aku.Cukuplah aku buat kerja halal.Ko taw gaji audit firm kat Terengganu brape?RM800 tu standard wesss..Sebab tu aku bersyukur sangat2.Walaupun aku rasa apa yang aku dapat tu dah lebih dari aku jangkakan.Rumah pun 10 minit jalan kaki dari ofis.Aku sedekahkan skuter aku untuk bapak aku naik pergi jogging je.Sangat2 bernasib baik kan?...

Sebab aku percaya kalau niat kita betul,tuhan akan permudahkan segala urusan kita.Bila aku dapat gaji nanti,mak ayah aku akan utamakan.Walaupun mak ayah aku dah banyak duit tapi aku rasa keberkatan tu penting.Apa salahnya belanja makan ke beli baju ke..

Perasaan aku ni bermacam-macam.jadi memang aku terasa bila ada org cuba down kan aku.Aku takut sangat2 aku xboleh handle kerja aku.Takut tak boleh terima suasana baru.Tapi aku dah kol awal2 senior kat tempat sane.Diorang pun dah kenal aku even aku tak masuk kerja lagi.Aku kan mesra alam.hehe

Aim aku tahun ni nak beli kereta.Mak aku dah cakap awal2.Simpan duet sikit2 nak buat deposit.InsyaAllah.kene buat aim awal2,nanti semangat sikit nak kerja.Chaiyok Liyana!!! u can do it!!

p/s:Tapi skrang duet habuk pom xda,Nak beli tilam pun mintak dgn ayah.gaga



Wednesday, July 13, 2011

My 1st career

Dua hari dah tunggu kol selepas interview hari tu.Memang sangat2 susah hati sebab saya sangat berharap status penganggur itu hilang dari kamus hidup saya.Padahal baru sebulan lebih tanam anggur.hehe

Dan petang kelmarin,sedang enak bergolek atas katil,dapatlah jgak panggilan dari HQ yang saya diterima kerja.Muahaha.Perasaan tak boleh nak cakap hokey.Speechless.Walaupun aku tahu,hidup aku akan berubah mulai minggu depan.Terima dengan redha.
Dulu saya praktikal kat sini tapi di cawangan Kuala Terengganu.Sangat penting ye adik-adik memilih tempat praktikal yang terbaik supaya anda mampu diserap masuk kembali.So jangan cakap..ek eleh..praktikal je baru..ingat tuh..

Saya minta kerja di bawah jabatan audit.Berani kau nak odit yup..silap nanti,nahas kau..Pagi tadi tetiba ada perasaan bimbang.Mcm mane kalau saya tak boleh buat?Tapi kalau tak cuba,mcm mane nak tahu.

Semalam ngedate dgn en.boyfie.yelaa ada 2 ari je lagi kat rumah ni.Semalam beliau sgt diam.Sedih nye.huk3.Tak puas lagi nak ngedate,dah kene tinggal lagi.Beliau bimbang benda yang ngarut2.Takut sy jumpa org lain la..I pergi kerja hokey..huhu

Tak start packing lagi..Penat balik kelmarin tak habis lagi,kene pergi kL lagi esok..

p/s:dah takde nak enjoy lagi..wootttt

Last weekend

Minggu lepas ada macam-macam perasaan.Tak tahu nak cakap cam ne.Sbtu saya bertolak ke Shah Alam sebab ada interview isnin lepas.Alhamdulillah saya berjaya dapat kerja tu tapi saya pilih nak cawangan di Wangsa Maju.yeay!!

Dah setel semua urusan saya.Alhamdulillah tuhan memudahkan urusan saya di Shah Alam mahupun di UKM.Sakit sikit-sikit tu biasala kan.Lepas siap semua urusan,saya memang suka merayap sorang-sorang.This is not my 1st tyme.Dulu pernah saya lepak kat Mid.

Hari ni terasa nak amik angin kat the mines.Mines ni dekat giler dgn rumah kakak saya.So tak heran sape2 yang nampak saya kat situ.Kadang2 saya pergi tengok wayang sorang2.Shopping sorang2.Makan sorang2.

Best jgak spent masa sorang2.Rasa tenang je.Saya dah terbiasa jadi lone ranger.Itu buat saya jadi lebih berdikari.

Saya suka lepak kat the mines sebab saya suke tengok ikan-ikan yang kussss semangat.Gemuk-gemuk.Comel je kan..

Mak..byk nye ikan serang kite..takuttt.Eh masak lomak pom sodap ni

Kruk..kruk..eh bunyi ayam plak

Jangan berebut.Tuhan marah

Terleka plak tengok ikan-ikan ni.Tapi rse enjoy je..

Kat the mines ni tak best sgt shopping tapi butik kitschen tak pernah gagal memuaskan nafsu ku.hahaha.terembat dress satu.Suke2..

next week dah start busy.Welcome to audit's life!!

Wish me luck babeh ;)


Thursday, July 7, 2011

Jobseeker

I am a job hunter..Aummmm

Kerjaa..kerjaa..Nak cari duet untuk sara hidup.Nak cari duet untuk kahwin..Wish me luck for my 1st interview on this monday.Interview dari company tempat saya pratikal dulu tapi di Head Quarters.Takut nye nak pergi kL dalam keadaan huru-hara mcm ni.

Btw,saya dah terlepas 2 interview.Chaiyok2 Lily.Siap ada test bagai.Tiba-tiba kene buka buku audit semula.zzzz

Saya tak memilih kerja tapi sebaiknya saya nak kerja kat Kuala Terengganu.Kalau dapat kerja kat bank pun best..byk betul angan-angan.Time belum kahwin ni lah nak cari pengalamankan.

Di mana ada rezeki ku,di situ lah ada Cik Lily ;)

p/s:walau dalam hati masih tak sedia nak tinggal kg halaman


Wednesday, July 6, 2011

Satu hari lagi..

Satu hari lagi nak berganti puasa..

Kelmarin pun puasa.Penat sangat sebab tak bersahur.Malam tu pun jamah sikit2 je.Bila teringat nak berbuka dengan en.boyfie,baru segar sikit.Kitorang pilih Restoren D'Tunggal kat Jalan Semarak.Betul2 tepi jalan otw nak ke airpoet Kuala Terengganu.Restoren tu memang favee saya dan buah hati setiap kali terasa nak makan tomyam.

Tomyam?Perghhhh sampai malam terasa lagi taw.Pedas!Masam!Semua cukup.

Semalam pun kitorang order siakap 3 rasa.Recommended!! Sedap sangat.Garing je ikan tu.Tak pernah-pernah saya menambah 2 kali nasi.Dah langgar pantang ni.

En.boyfie tu dah la tak puasa.Dye curik lauk-lauk tuh.Aihhh dah la 15 minit ag nak berbuka.Jeling-jeling la kite kat dye.Tarik muncung.Last2 tengok sejemput je tinggal kailam tuh.Eh abg xsengaja la...erkkk sabor je la..

Bab-bab makan ni serah pada tuan tanah.Berat dah naik sekilo.Nak ikut ayah pergi jogging tapi malas nak bangun pagi.

p/s:Weekend ni mcm nak try buat macaroon dgn adik gugurl!



Tuesday, July 5, 2011

Apam Polka Dot

Sekali sekala belog tukar konsep apa salahnya kan.Nak jadi flexible jgak.So ari ni nak share resipi kelmarin.Tuan tanah buat sorang-sorang je taw.Apam polka dot atau lebih mesra dipanggil telur dinosaur.Cubaan pertama..cubaan pertama..Sebarang kritikan diterima.hehe

Tu diaaaaa...tak berapa cantik sangat.Biasalah tangan tak berseni.Ada kembang,ada kuncup.Yang kembang tu mungkin terlame dalam pengukus.Ada yang saya letak filling,ada yang kosong sahaja.

Close up dekat sikit yup.Cantik jgak kan?tapi ingat senang ke nak buat dot dot tuh..

Resepi di snap dengan hp je.Susah jgak nak bwk lappy ke dapur.Thanks Myresepi.Rujukan saya untuk memasak.Kemudian,bahan2 diadun sehingga kembang.Then asingkan untuk buat kaler dan kukus hingga naik.Senang kan?

Dalam duk tunggu adunan tuh kembang,harus lah prepare lunch untuk ayah.Ni aktiviti wajib setiap hari.So menjadi lah ikan setimmm cik lily,sardin dan salad sahaja.Tak sempat lah nak masak meriah.Habis kecah satu dapur.Mak,ampun yaaa.

Bagi saya memasak itu kepuasan walaupun bukan untuk mulut sendiri.Saya ni ada penyakit,kalau masakan sendiri,amik bau pun dah cukup kenyang.Selalu gagal dalam cubaan pertama tapi tak pernah putus asa.Lagi gembira bila orang tersayang cakap sedap ;)

Saya nak suggest untuk membuat filling dalam apam tuh,saya guna this jem.


Steffi's Choice.Pilihan saya dan keluarga.Kat rumah berbalang-balang jem ni sahaja.Best sebab terasa asli buah-buahan dan siap bijik2 buah tuh kita dapat feel mcm makan buah sebenar je.Harganya lebih kurang RM8.50.

Dulu saya pernah buat blueberry cheesecake.Yang ni pun saya guna Steffi's choice.Tengok buah blueberry tuh,nampak jelas kan.Perghhh sedap!Recommended!

p/s:hari ni puasa,tataw la rasa cam ne masakan saya?


Sunday, July 3, 2011

Never say never

Petang tadi keluar dating dengan en.boyfie tercinta.Nak pergi amik gogo pastu nak suruh teman pergi beli dvd.Gogo tak sihat.Tayar bocor.Terus hantar pergi klinik.En.boyfie ikut dari blakang kite.

Sebelum keluar tuh kemain pujuk suruh teman pergi beli dvd.Takmao nye mamat ni sebab nak beli dvd si Bieber ni.En.boyfie tu kan memang marah benar kalau ada pesaing.Tiba-tiba keluar lagu Bieber dalam kereta.Tahan je la mamat tuh dengan awek dye yg sewel ni.bahaha.



Lagi dimarah,lagi nak beli.gagaga

Sampai kat kedai je.Suruh mamat ni tunggu kat luar je.Kang bosan,ada yang tarik muncung 4 inci.Tapi trun teman jgak si awek ke kedai.Nasib baik mood dye hokey hari ni.Mula-mula abg kat kedai cd ni ckap dah habis..Tiba-tiba nak keluar tuh,saya terjumpa plak.Nasib ku sangat baik.

7 in 1 terus.Bosan-bosan boleh layan movie lain.Senyum sampai telinga hari ni.Thanks kekanda ku.Balik je terus tengok.Nape aku tengok sampai nangis ar?Gilo!

p/s:Adakah mimpi semalam bawa petanda?Sama2 kita doakan





Saturday, July 2, 2011

I have that fever




Love me,love me say that you love me.Fool me,fool me Oh how you do me.Kiss me,kiss me say that you miss me.

Aku memang gila kat Bieber sejak dye wujud.Aku tak tahu kenapa.Comel sangat hokey!Adoyaii tercintan kat budak tak bersunat plak.Tak kisah lah abang cakap bieber tak kenal syg pom,syg tetap pilih Bieber.Bahaha.

p/s:kalau aku ada kereta sendiri,cd Bieber 1st aku beli.Ok,sekian!



Friday, July 1, 2011

Mak ckap..

Mak nak sambung rumah..nak bagi 3 tingkat..Aku xdapat nak bayang lagi.Akan siap sebelum raya dan mak aku tak habis nak bertukang dengan Pakcik Ex boyfren aku.Deiiii mcm dah tak de tukang lain.....

Dan aku akan dapat bilik sendiri.Bahaha...Masa untuk mencari bahan-bahan nak hias.

Aku dah ckap kat emak.Aku cuma nak katil queen,floor lamp dan dressing table.Kat mane yup di Terengganu ni nak cari floor lamp yang murah-murah mcm kat Ikea tu?


p/s:Aku paling tak suke ada wallpaper.Rimas sebab aku suka modern style ;)

Finally ;)

YES!! Me at home!! Back to the roots.Nak tunggu result semua sekali.Then,kalau good-good,insyaAllah akan konvo bulan 9 ni.Amin.Mak ayah aku datang nak amik aku dan barang-barang aku hari rabu lepas dan baru je sampai kat rumah petang ni.Bayangkan 4 tahun aku tak pernah bwk balik brg2 aku.Aku tinggal umah kakak aku je.fuhhhh

Sebelum balik,aku dah buat wishlist siap-siap apa yang aku nak buat.Nak makan apa,nak shopping ape.Yelaa kang aku duk menetap Terengganu,meroyan plak bila kempunan.here my wishlist:-
  • Aku nak melantak J.co dan Auntie Anne pepuas.Nasib baik umah kakak aku dekat je dengan dengan The Mines dan Jusco Balakong.Kalau kempunan tu,terus je pergi beli.

Aku lagi suke J.co berbanding Big Apple.J.co ni lagi gebussss dan lembut.Arghh ku terbayang setiap kunyahan dalam mulutku.Perghhhh


Oh xsempat nak snap gambar sebenar.Ini juadah wajib ku setiap kali jenjalan.My fav flavour is Onion n Sour Cream.Nyummehhhhh...Aku pergi Jusco sesorang semata-mata nak cari benda alah ni.

  • Shopping raya.Lagi-lagi tyme parents aku datang ni kan.Ni lah masa aku nak pow diorang.Lagipun sekarang Megasales.Minggu lepas dah beli sikit kat pavilion dan kelmarin sambung kat Midvalley.Aku mintak kasut raya dan seluar Jeans je.Baju dah banyak kan.

2 pasang je aku beli.Kotak lain tu yang lame.Aku sebenarnya kurang sikit brand Nose ke Vincci ke charles n keith sebab kasut nya lebih mementingkan kecantikan.Tapi sakit ya ampun.Last-last aku pakai yang biasa aku pakai hari-hari jgak.Memandangkan untuk raya dan tak memerlukan tenaga untuk berjalan,aku beli je laa.Boleh tambah koleksi.bahaha
  • Shopping make up stuffs!!!

Ni bukan untuk raya je.Untuk sepanjang aku berada di Terengganu nanti.Tak lah aku tergigih nak cari lipstick favee aku.Tapi tadi ktorang singgah Kuantan jap.Ada jgak Stage kat situ dan masih ada promo.Lagi murah taw.Kate nye nak habiskan stock.Bagi aku stage ni sangat best.

Vitamin untuk kulit haku!Compact powder pun aku beli siap-siap.The faceshop tak pernah hampakan aku.Sleeping mask dye terbaik dan mask tuh agak-agak kalau kau malas sangat nak letak telur dan timun kat muka,boleh lah try.Aku ada members card.Banyak dapat less.Kulit kita kalau banyak sangat mekap memang tak elok jgak.

Habis sudah wishlist aku.Poket pun dah kering.Aku perlukan kerja part-time.Aku masih buntu dengan pilihan aku.Nak kerja atau nak sambung belajar lagi.Bapak aku dah banyak kali suruh aku belajar.Amik master atau sijil profesional.Hurmmm buntu.

Bila dah besar ni,kasut dan handbag adalah keutamaan bila raya.Mak aku tak habes-habes dengan Bonia dye.Puas aku pengaruh suruh beli brand lain.Makcik sangat-sangat kan.Bonia kat Kuantan ada sales gegiler.Mak dah separuh pitam.Handbag raya aku akan sampai next week.Fossil lagi.Itu je yang mampu.

Hamik kau baju-baju aku.Ni baru 1st trip.Ada 3 trip lagi dan ada berlambak baju-baju aku tak nak.Sape2 yang nak,aku boleh bagi free je.Betul ni..Aku sekarang lebih selesa pakai blouse.Lagi-lagi duk Terengganu ni.WTH lah aku nak pakai pelik-pelik.Nanti orang cakap aku mangsa fesyen plak.

p/s:Wish aku kat rumah nak join bapak aku jogging tetiap pagi.Kurus apa yang patut dikuruskan!