Alhamdulillah,hari ni dalam sejarah.Aku dah dapat gaji pertama walaupun cipot je sebab aku start kerja pun dah tengah bulan.Tapi syukur.Segala penat lelah aku,benci dendam aku..ada hasil nya jugak.gagaga

Alhamdulillah jgak aku dapat 2 lagi interviews minggu depan.Satu kat bangi dan satu lagi kat Bangsar.Bukan aku nak sembang,tapi memang fakta.Sape2 yang amik accounting,insyaAllah peluang pekerjaan mencurah-curah.Ko bayang kan je la banyak mana company kat dalam dunia ni dan setiap company haruslah ada accountant.Lepas tu audit firm dan bank pun banyak.Cuma ko kene banyak usaha.Result aku tak semegah mana pun dan aku tak aktif kat universiti.Setakat ni dah dekat 10 jgak aku dapat interview.
Aku harapkan kerja kat Bangi tu sebab aku dah biasa kawasan tuh.Tapi aku kena tengok jgak gaji yang diorang tawarkan.Kalau rendah dari sekarang,kene banyak kali jgak fikir.Kali ni untuk position accountant.Aku dah malas nak buat audit.Sakit jiwa dan raga.Aku selalu terfikir mcm mana lah orang yang ada family boleh buat audit.Sekarang ni pun dah mcm2 boyfie aku kena.
Doakan yang terbaik untuk aku.Tahun ni aku dah start bagi duet raya kat budak-budak.Kene kuat berusaha.Nak beli baju raya untuk emak aku jgak.Bila dah ada duet sendiri ni,baru lah terasa berkira.Tapi kalau tak cukup,balik-balik cari ayah jgak...muahaha.
Sakit-sakit dahulu.Takde orang berjaya tanpa rasa sakit.Cuma atas kekuatan kita dalam menghadapinya.Dalam pekerjaan ni,baru aku sedar pointer bukan satu ukuran.Pengalaman itu penting.Ramai sgt org memandang rendah kat fresh graduate.Semua nak cari yang berpengalaman.
p/s:gaji pertama nak beli handbag coach boleh?bahahaha

No comments:
Post a Comment