pengunjung

Friday, July 15, 2011

Happy Birthday Lil Bro Ayie

Happy birthday in advance to Muhammad faris bin Kamaludin

Kak Lily ni baru je balik dari beli kek secret recipe untuk Ayie.Actually esok sebenarnya birthday mamat ni.Tapi aku tahu esok aku dah smpai serdang dan aku tak guna broadband.Baru je potong minggu lepas.menyesal tak sudah.hehe.

Esok ada majlis temu murni bersama ibu bapa kat sekolah faris ni.So emak aku decide nak buat makan-makan sikit sempena birthday dye.Bapak aku ckap mcm perempuan daa sambut birthday.hehe

Faris ni satu-satunya adik lelaki aku dan anak bongsu plak.Tapi ya ampun sangatlah rajin.Aku selalu buli dia suruh vacum rumah.Dia buat je.Basuh pinggan.Buang sampah.Jemur kain.Tu la mak aku.Lelaki ke perempuan tiada diskriminasi dalam kerja rumah.memang aku salute adik lelaki aku ni.Tapi haremmm..tetiap minggu pos baju kotor kat emak.deiii yg tu fail.

Satu lagi aku puji si Faris ni,dia sangatlah alim dan warak.Selalu jadi imam kat rumah.Pergi surau dan pagi-pagi selalu dengar dia mengaji.Alhamdulillah dapat sorang anak lelaki mcm ni pun dah kira sejuk kan.Dia dengan emak aku sangat-sangat lah baik.Anak emak katakan.Nasib lah sape jadi bini dia.hehe

Tapi faris ni kadang-kadang agak panas baran.Dari kecil sampai besar dia memang jenis makan dalam.Tyme kecik dlu,aku gaduh dengan dia pkai pisau beb.tertoreh kat lengan aku.Gila betul permainan kitorang.Haha.

Dia selalu mesej aku cakap rindu.Lama tak jumpa.Yelaa dia stay kat asrama.memang jarang jumpa dia.Tapi kalau bab pelajaran,dia selalu the best.2 kali dah pergi Jepun.terpilih dari sekolah dia.InsyaAllah bulan 9 ni akan ke Perth,Australia sebab dia dapat stret A's mid term hari tu.Alhamdulillah.Dia kalau tak boleh jawab exam mesti dia cari ibu dia.Bimbang ada salah silap smpai dia tak boleh jawab exam.Keberkatan emak itu penting.

Kitorang satu family sangat berharap dia jadi seorang doktor.Tapi dia tu berat nak jadi engineer.Apa2 pun semoga dia mampu jadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.Jangan lupa Allah,ibu dan bapa.InsyaAllah faris..

Ingat..Ayie seorang sahaja lagi harapan emak ayah.Harapan keluarga.Pastikan stret A dalam tangan Ayie.Kak Lily yakin Ayie boleh buat!

p/s;Rindu nak membonceng dengan mamat ni ;)


2 comments:

Cik Areen said...

nape gamba cam distort?

lilylala said...

slh bjet ukuran la ni.hehe