pengunjung

Monday, June 27, 2011

Marry me-Part Two

Minggu lepas dalam paper kosmo ada menyatakan tentang Program My Idol Raja Sehari.Tentang peluang sape2 nak kahwin free untuk rakyat Kuala Terengganu.Aku pun call adik gugurl aku suruh dia pergi amik borang tu kat Pejabat UMNO Gong Kapas.Dia adalah orang ke-10 yang amik borang tu.Cepat betol beliau bertindak.

Ni lah ghupe borangnya.Aku tak tengok lagi sebab tak balik rumah lagi

Aku mendapat sokongan sepenuhnya dari orang sekeliling aku.Lagipun aku ni kan fresh graduates.Ilmu masih mekar-mekar lagi.Wohhh bab cam gini cepat je kan.Tapi pada hakikat yang sebenar,aku sangatlah tak bersedia dalam bab ni walau aku sentiasa buat ayat desperado nak kahwin.

Tugas aku belum selesai biarpun aku dah habis belajar.
  • Aku nak bawak mak ayah aku pergi umrah.Aku tahu mak ayah aku lebih dari berkemampuan.Aku nak fokus untuk mereka sepenuhnya.Aku nak potong siap-siap gaji aku untuk mereka.Nanti kalau dah kawin memang susah.Lagipun suami akan jadi 1st priority.Itu pun kalau ada suami yang memahami kan.Aku suka fikir kebarangkalian yang negatif dulu.
  • Aku nak kerja kuat-kuat.Nak kumpul harta.Aku kan suka shopping dan nak rasa hasil titik peluh aku.Aku nak beli kereta.Aku kagum orang yang boleh beli dari duit sendri.Apa baran gune duet mak ayah.
  • Nak belajar memasak sepenuhnya.Nanti senang kalau laki aku request nak makan pelik-pelik.Chicken chop?Nasi Goreng USA?Pavlova?Akan ku sedia tanpa rungutan..cewahhh
Bagi aku perkahwinan itu satu perjudian.Kalau kau dapat kahwin dengan orang baik,bonus lah.Kalau tidak,merana jiwa.Masa bercinta semuanya baik.Sebab tu aku mahu kan yang terbaik.Aku akan pastikan ilmu penuh di dada untuk melayari satu perkahwinan.

No wonder en.boyfie cakap aku terlalu ego dan high demand.Aku mahu semua nampak perfect.Sebab aku tahu,hasilnya akan memuaskan hati sendiri.Aku mahu hasilkan anak-anak yang berkualiti dan aku banyak pelajari semua ini dari orang-orang terdekat.

Kalau dah sampai seru cepat,aku terima.Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.Sape xnak kawen best2 kan?Tapi semua tu perlu duet.Tapi bila aku tengok Adam.Tengok Auni,aku sangat teruja nak ada anak sendiri.

Cuma yang aku harapkan semoga urusanku dipermudahkan.

p/s:Aku bangun pagi sebab nak membelogkan diri.




Sunday, June 26, 2011

Marry me ;)

This is the cutest pic i have ever seen in my life

Just like us.Dulu rakan sepermainan.Bila dah besar,terkapel.InsyaAllah akan terkawen.Allah know the best for us.

p/s:nanti nak main buaian dengan awak boleh x?ngeee

Tuesday, June 21, 2011

LDR

Hari ni dalam sejarah sebab hari ni adalah hari terakhir cik Lily sebagai student.Yehuuu..org lain dah lame abes kan..Takpe..Macam tak percaya.4 tahun itu bukan mudah dan tunggu bulan 9,maka grad lah saya ;)

Tapi bukan nak kecoh pasal tu.Nak cakap dah hampir 3 tahun cik Lily bersame en.boyfie dan selama itu jgak memang kami selalu berjauhan.Sedih?mula2 je..skrang dah kalis kot.Lagipun setiap bulan ktorang akan jumpa.Tapi start minggu depan,saya akan sentiasa dekat dengan dia sebab saya dah kembali ke hometown saya.

Kadang2 naik geli tengok orang duk sedih sbb duk jauh.Tengok aii ni..ok what..hahaha.Gaduh?biasa lah.Sedangkan lidah lagi kan tergigit.Jujur saya cakap saya bukan jenis yang bergayut 24 jam.mesej setiap masa sebab saya malas.Sebab tu saya pun dah tak pkai line.Skrang Rm10 pun boleh cukup 3 minggu.

Cara saya berjimat senang je.Saya cari lah alternatif yang free.

FRING!!!

Setakat ni memang terbaik.Bukan saja I-phone je boleh ada fring.Henpon cikai cam cik Lily punye pom boleh asalkan ada wireless atau line internet.truttt..truttt..bunyi dye..boleh 3G mcm biasa.

Dan semestinya Skype ;)

Skype tak pernah mengecewakan saya dari mula-mula kapel sampai sekarang.Sampai emak pom dah taw habit saya ni.Tertidur depan webcam itu perkara biasa sebab tu laptop selalu rosak.hehe

Kalau dah takde line internet,baru gigih dengan henpon.Tapi saya ni jenis kalau keluar,tak suke bermesej dan koling2.Semak plak.Nak jalan-jalan pun susah.Cukup lah beliau tahu saya di mana.Lagipun saya ni jenis banyak keluar dengan family.Budak baik katakan..hahaha.

Tapi semua ni kene bayar gak.Cukup bulan sampai lah bil.Saya perasan sekarang stremyx sangat teruk semenjak2 ada unifi ni.adess selalu limited kekdah nya.Ayah,unifi plishhhh....

So kepada sesiapa yg LDR tu banyak2 kan bersabar.Bukan anda seorang saja yang begitu dan jarak bukan satu masalah.Nak seribu daya,tak nak seribu alasan.

p/s:Ayah datang next week angkut barang2.Lambatnyeeee!

Friday, June 17, 2011

GCB is back!!

Hari ni semangat membara nak makan McD sebab GCB kembali lagi!! Yehuuu...My faveee..Ape2 je burger yang best semua nya fevret aku.Heh.pagi lagi dah ajak kak Mama pergi Jusco Cheras Selatan.Kak mama ni on je asalkan aku yang belanja.Cesss..Aku memang dilahirkan untuk menjadi mangsa pow.Kesian sangat!

Adam makan tak hengat.Fries dan bubur ayam makanan wajib dia.Tapi tak bagus ajar budak2 makan cam ni.

Lepas je makan singgah Watson.U noe wuttttttt!! I jupe blogger terkenal tuh.Si Maria Elena.hikhikhik.Tapi tak sempat nak tegur.Dia sorang-sorang je.Motif keluar ari ni pun sebab nak potong rambut jgak!!

Dah lame gila tak memanjakan diri.Selalunya orang bila dah bertukar ke status single baru sibuk nak cantik tu la ni la..patut lah semua janda meletup2 je kan..Ini fakta bukan auta.Tapi hari ni sebab tak tahan rambut dah macam bapak singa memang kene potong jgak.Aku ni fail betul bab memanjakan diri.Nak buat treatment untuk rambut pun berfikir banyak kali.Padahal rambut rosak.Asyik menggugurkan diri je.

Then singgah memory land.Nak beli kad untuk ayah sempena Father's day ni.

En.boyfie tanya..ayah sempat bace ke kad syg tuh?

Sungguh lah orang lelaki tak kan sama dengan perempuan.Kita bagi something kat orang lain biar lah dengan hati yang ikhlas.Jangan nak fikir banyak alasan sangat.Dats why lah kelebihan kalau ada anak perempuan yang ramai.hehe

Tu dia..cucu pun nak menyemak.Hari Datuk takde lagi setakat ni Adam.

Selamat Hari Bapa untuk ayah saya.Sedih nya kalau tiada bapa.Baik buruk bapa anda,beliau tetap bapa anda.Sesungguhnya bapa tiri ke bapa mertua ke tak kan sama dengan bapa kandung kita.Hargailah bapa anda selagi dia masih hidup.Bila kah kali terakhir anda mencium dia?

*Last saya cium ayah kat KLIA depan orang ramai.Ayah cari saya bila dia dah nak fly.terharu!

Dari kecil sampai besar,saya memang suka letak nama penuh sekali dengan nama ayah tanpa ada binti sebab saya rasa nama ayah adalah nama saya.Orang akan kenal saya sekali dengan nama ayah.Simple tapi penuh sentimental.

p/s:belog ni dah bercampur aku dan saya.Lantak!


Thursday, June 16, 2011

Birthday Party Adam

Fuhhhh..malas nye aku nak godek belog ni.Ada la dua tiga hari aku off kan belog ni,rupe nye ada jgak yang request suruh hapdate lagi belog murahan ni.gagaga.Kadang-kadang sakit hati gak tengok belog ni sebab tak cantek hokey.Tapi tak reti nak godek.Lantaklulah!

Dua tiga hari ni aku busy sebab parents aku dah balik dari umrah.Stay kat Serdang dua tiga hari.Teman bapak aku pergi shopping2.Sempatlah mengepow sikit2.Haaa promotion Stage dah habes 14 jun hari tu.Sempat jgak aku beli 4 lipsticks dan satu foundation.hoho.Memang hobi aku menghabiskan duit.Lepas tu ku campak2 saje sape yang nak.Pakainya idak.Mak aku la penghulur utama.Pemurah khennn..*konon*

Ni aku letak sepam dua gambar party hari tu.Ramai jgak yang datang.Mak aku memang suka sangat lah buat makan-makan.Toksah nak cakap lah.Tetiap tahun mesti ada makan-makan kat rumah aku fully made by my lovely mom.Rajin kan mak aku?Menu utama ialah nasi tomato pedas yang hamat,laksa kelantan dan kuey tiaw sup.

Birthday boy moody plak.Disemburnya lilin.Bersepah air liur.hahaha.

Foundation Stage sangat best.Cover habis parut marut ku.Skrang aku dah pandai mengugut cik dadam ni..Ckap ayiyiee cantik dlu??hahaha

Murah rezeki budak kecik ni.suke memanjang.Budak ni dah pandai buat pe'el dah.Hari ni melalak sampai malam sebab nak main kat luar.Mandi pom sambil melalak.


Si kakak dah tak tahan panas.Ni lah buah hati aku.Pengarang jantung.Si kakak tu baik sangat2.Sumpah aku gerammm gler.Dah reti wish terima kaseh (acehhh)..Tak melalak kalau mak ayah dia takde..kemungkinan aku dah biasa main wachaa2 dengan si dadam.tu jadi lain dengan si kakak.huhu

My bff pom datang.Thanks sangat.beliau datang dengan buah hati beliau yang sempoi itu.Tak lame lagi nak kawen..ngeee...

Ni minggu last aku sebagai student.Rase sedih plak sebab aku sangat tak bersedia nak bekerja.Then 2 minggu lagi bapak aku datang pick up aku dan segala barang-barang aku.Sob sob sob..

Best sebenarnya jadi student.orang yang cakap xbest tu,mesti takde life.Aku skrang suka sangat jadi lone ranger.Pergi mid sorang2.Mines sorang2.Rase cam best plak.*mmg cri nahas dgn bf aku*

p/s;Hari bapa ahad dpn kan??



Sunday, June 12, 2011

Aku orang ganu la

meh saya nak cakap satu dunia..saya bangga menjadi seorang anak jati terengganu!!!! sudah 4 tahun saya kat negeri orang,tapi loghat saya memang tebal.Saya bukan duk kat setiu ke besut ke hulu terengganu ke,rumah saya 15 minit je dari kuala terengganu.Lidah dah terbelit mcm ni.tapi saya bangga wooooooo.....

Terengganu menang besar bola semalam apabila menumpaskan kelantan 2-1 beb!!! Alhamdulillah rezeki bertambah lagi apabila Terengganu juara keseluruhan Sukan Malaysia.Jadi lebih ramai lah kita melahirkan atlet-atlet negara yang berasal dari terengganu.

Terengganu bukan sahaja cemerlang dalam arena sukan.Malah dalam pelajaran juga terbaik.Sekolah mana terbaik SPM tahun lepas??Sekolah saya lah tuhhhh..UPSR dah bertahun-tahun terengganu pegang.Fuyooo..Dats y kakak saya excited nak lahirkan Adam kat terengganu.

Saya berharap saya dapat kerja kat Terengganu.Dapat berjodohan dengan orang terengganu.Hujan emas di negeri sendiri laa.Alhamdulillah.Semoga tuhan lindungi Terengganu.Walaupun kami takda Midvalley ke pavilion,kami tak kisah.Yang penting semangat kami.Budaya kami.Adat kami.

Tak dapat pergi pun tengok bola sebab sabtu lepas buat birthday party Adam.Apa2 pun memang puas hati.

p/s:minggu depan balik ganu plok.


Friday, June 10, 2011

Bumblebee

Weekend ni sangat best sebab semua family ada kat kL ni.Mak ayah akan sampai di Subang malam ini jgak.Harap-harap banyak shawl dari Mekah.hihi.Dannnn esok birthday party Adam.Memang busy dua tiga hari ni.

Balik dari kelas terus pergi Ikea.Kak Syasya saya memang wajib singgah Ikea kalau datang sini.Beli barang hiasan rumah.Kemudian terus zasss ke One Utama.Jalan-jalan je.Nak shopim tapi dah bankrap.Pengurus bank tak da memang kene berjimat-cermat.

Buah hati.Buah hati.Tiada budak-budak ni,sunyi hidup saya.

Then jumpa transformer.tak sabar nak tunggu 29 June ni.

Jadi babysitter si Dadam ni kejap.Sementara mak ayah dia pergi solat.Boleh plak dia menjerit,suruh saya letak atas Ducati ni.Aishhh tu bukan gogo la dadam.

Ada budak terlepas.Kejarrrr!

Hai Bumblebee...u'r so handsome ;)

Dah macam bibik ghupenyeee...muehehe

Just a simple me.Now sangat2 tengah mabuk pakai maxi dress.Terjumpa maxi dress yang cun melecun kat Kitschen.


Saya bahagia dan selesa dengan apa yang ada sekarang.Saya ada keluarga yang sangat gojes.Saya taknak bnda ni berubah buat sementara ini.

p/s:harap malam ni jiwe tak berkacau dah

Wednesday, June 8, 2011

Review: X-men First class

Ehem..ehem..akhirnya dapat juga nonton X-men ni.Sape2 yang pernah tgk x-men sebelum ni memang wajib tengok x-men 1st class ni.Memang best!! plan asal nak tunggu ayah saya balik sebab nak nengok dengan dye.Beliau pom suka x-men.Tapi mcm susah je.Orang sibuk balik umrah,kita sibuk nak tengok x-men plak.

X-men 1st class ni menceritakan bagaimana x-men tu wujud.Kenapa professor X bergaduh dengan Magneto?Dulu dia kan bestfren.Macam mana si Hank tu boleh bertukar jadi beast?Macam mana diorang dapat nama semua2 ni.Agak sedih bila part last tu.

Saya ni jenis imaginasi tinggi.Masa kecik2 dulu,saya nak sangat jadi mutan dan sekolah kat situ.Boleh terbang.Boleh main fire-fire.

Tak boleh review banyak2.Kene pergi tengok sendiri.Tak rugi.Esok keluar KL gangster! macam biasa,tunggu astro first laaa...



Tuesday, June 7, 2011

Result

Alhamdulillah ;)

Ayah.................


p/s:sabtu ni birthday party Adam!!!

Sunday, June 5, 2011

Kahwin awal

Kahwin awal? Sudah menjadi trend orang zaman sekarang.Bagi saya umur 21 tahun ke bawah,masih boleh dikira kahwin awal.Tapi umur baya saya 23 tahun,itu biasa-biasa saja. Boleh lah dikatakan umur yang sesuai untuk berkahwin kalau yang mampu.

Dan saya terima banyak jemputan untuk tahun ini.Tapi satu pun tak pergi sebab ada komitmen.Bila dah bertembung dengan komitmen terhadap family,harus lah yang lain bye-bye yup.Sepupu saya pun ada yang nak berkahwin tahun ini.Kalau bercakap dengan en.boyfie pasal ni,dye mengia ja kan.Tapi duet xda.Hokey kesian.

Saya suka kan majlis yang simple tapi penuh dengan bunga segar macam kakak2 saya dulu.

Dengan hiasan bergantungan.Pastel colour is my fav.Not this purple.

A beautiful wedding dress.Penuh dengan ciri-ciri kemelayuan dan lace yang cantik.

Kalau nak pakai kerudung boleh tak?Saya kan ada darah2 indonesia sikit.hihi

I'll be your princess and u'll be my prince

Hey mr.groom! I cant wait to sit next to you.

i prefer a simple ring.Tak suke cincin lelaki yang meriah.Biarlah kosong dan nampak muda sangat.

Majlis yang cantik dan meriah memerlukan usaha yang tinggi.So sila banyak bersabar.Biasalah perempuan kan.Mak saya kata,perempuan mesti nak over.hahaha.Hidup perkahwinan itu memang bukan satu yang mudah.

Haa ni baru je lepas berperang.Dari kecil sampai besar,saya ni jenis kalau saya nak,mesti dapat punya.Sebab tu saya ada semua set barbie,playdoy,baby alive.Bila dah besar ni,terbawak2 plak.Kalau tak dapat,mesti nak gaduh je.Hokey budak2 sangat kan.Abang,nak cincin habib tuuuuuuuuuuuu.....huhu

p/s: Kisah angan-angan si Lily

Saturday, June 4, 2011

Takda cuti cari cuti sendiri


Ni lagu evergreen yang dari dulu, kini dan selamanya yang aku suka.Tapi betul lah,sorry tu memang susah nak diungkapkan dan aku rasa orang lelaki memang susah nak cakap sorry.Konon tak macho kot.Kenapa ea?

Sebagai contoh..ko cakap perempuan tu tak guna..tapi ko duk msg..duk kol..bila dia tak layan,ko maki hamun.Realitinya,stiap salah ko,langsung ko tak mintak maaf kan..Satu tips aku nak bagi kalau ko suka perempuan,murahkan dengan ungkapan sorry ;)

So samalah aku rasa si Gambit Saifullah tu kene mintak maaf dengan video separuh lucah tu.Ah tapi ku suka Gambit Xmen.Gila sangap nak tengok xmen 1st class tu.

Aku sekarang ada kat terengganu.Bosan jgak.Kereta masuk bengkel.Dek penangan adik aku ari tu.Siap jadi kes polis.V6 lawan waja.Tapi V6 yang rabak..sengeh je la bapak aku nanti.hehe.

p/s:aku jadi guru displin kat rumah memantau adik aku nak exam.muehaha

Wednesday, June 1, 2011

All about him

Layankan aje bila bosan... senyum2 selalu ;)

Kisah akhir zaman

Kisah budak 14 tahun yang mengaku dah takde dara yang semakin hangat.Tiba-tiba budak tu glemer sekelip mata dengan pengakuan berani mati.Giler ar..Baru 14 tahun tapi mase dye buat pengakuan tu,tahun lepas..Blog Adinda yang tetibe jadi femes kejap adakah benar atau propa sajork!!

Kes-kes macam ni yang buat aku takut nak ada anak.Ya Allah semoga kita dan keturunan kita dilindungi yang Esa.Aku memang paling menyampah tengok bebudak skrang.Konon up la tuh lepak kat KLCC mahupun Pavi.Duet pun cukup2 buat tambang.Ape ke heyyyyy.Kata ar aku kolot tapi aku tak kisah.Asal kan aku tahu asal usul aku.

Lagi plak dengan kisah video klip yang diarah oleh Gambit Saifullah buat aku loya saje.Aku pasti sape yang tengok rasa cam aku rasa. Tetibe plak menyampah dengan abg asmara.Si Gambit memang lame aku tak suke start tgk Awan Dania lagi sebab aku suka si Benjy tu.hehe

Hidup ini kalau berlandaskan agama pasti selamat.Tak payah nak tiru barat sangat.Aku tak tunding jari kat sape-sape. Aku pom tak perfect dan sedang membaiki perlahan-lahan. Ingat tuhan,ingat mak ayah. InsyaAllah..

Aku ni dah batuk seminggu.Dah macam ubat aku gune.Makan madu la ubat batuk la ubat sapu..nan hado yang jadi nye.Seksa betul bila tyme nak tidur.Tuhan baru uji aku sikit,dah tak larat aku tanggung.

p/s:ape plan terbaik untuk adik2 tyme cuti sekolah yup?