Minggu lepas dalam paper kosmo ada menyatakan tentang Program My Idol Raja Sehari.Tentang peluang sape2 nak kahwin free untuk rakyat Kuala Terengganu.Aku pun call adik gugurl aku suruh dia pergi amik borang tu kat Pejabat UMNO Gong Kapas.Dia adalah orang ke-10 yang amik borang tu.Cepat betol beliau bertindak.

Ni lah ghupe borangnya.Aku tak tengok lagi sebab tak balik rumah lagi
Aku mendapat sokongan sepenuhnya dari orang sekeliling aku.Lagipun aku ni kan fresh graduates.Ilmu masih mekar-mekar lagi.Wohhh bab cam gini cepat je kan.Tapi pada hakikat yang sebenar,aku sangatlah tak bersedia dalam bab ni walau aku sentiasa buat ayat desperado nak kahwin.
Tugas aku belum selesai biarpun aku dah habis belajar.
- Aku nak bawak mak ayah aku pergi umrah.Aku tahu mak ayah aku lebih dari berkemampuan.Aku nak fokus untuk mereka sepenuhnya.Aku nak potong siap-siap gaji aku untuk mereka.Nanti kalau dah kawin memang susah.Lagipun suami akan jadi 1st priority.Itu pun kalau ada suami yang memahami kan.Aku suka fikir kebarangkalian yang negatif dulu.
- Aku nak kerja kuat-kuat.Nak kumpul harta.Aku kan suka shopping dan nak rasa hasil titik peluh aku.Aku nak beli kereta.Aku kagum orang yang boleh beli dari duit sendri.Apa baran gune duet mak ayah.
- Nak belajar memasak sepenuhnya.Nanti senang kalau laki aku request nak makan pelik-pelik.Chicken chop?Nasi Goreng USA?Pavlova?Akan ku sedia tanpa rungutan..cewahhh
Bagi aku perkahwinan itu satu perjudian.Kalau kau dapat kahwin dengan orang baik,bonus lah.Kalau tidak,merana jiwa.Masa bercinta semuanya baik.Sebab tu aku mahu kan yang terbaik.Aku akan pastikan ilmu penuh di dada untuk melayari satu perkahwinan.
No wonder en.boyfie cakap aku terlalu ego dan high demand.Aku mahu semua nampak perfect.Sebab aku tahu,hasilnya akan memuaskan hati sendiri.Aku mahu hasilkan anak-anak yang berkualiti dan aku banyak pelajari semua ini dari orang-orang terdekat.
Kalau dah sampai seru cepat,aku terima.Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.Sape xnak kawen best2 kan?Tapi semua tu perlu duet.Tapi bila aku tengok Adam.Tengok Auni,aku sangat teruja nak ada anak sendiri.
Cuma yang aku harapkan semoga urusanku dipermudahkan.
p/s:Aku bangun pagi sebab nak membelogkan diri.

3 comments:
oit lili..hihi aku ni..~ iela raziela. silent reader blog mu..hehe
woiii..xamek tuk saim ni sorg..haishhh...
ziela:ye zielaa...welcome to my blog..huhu
dayah:rse nye mu xlayak sbb zepah gaji lebih rm1.5k.ye tuk org xbekerja bley la..
Post a Comment