pengunjung

Sunday, June 12, 2011

Aku orang ganu la

meh saya nak cakap satu dunia..saya bangga menjadi seorang anak jati terengganu!!!! sudah 4 tahun saya kat negeri orang,tapi loghat saya memang tebal.Saya bukan duk kat setiu ke besut ke hulu terengganu ke,rumah saya 15 minit je dari kuala terengganu.Lidah dah terbelit mcm ni.tapi saya bangga wooooooo.....

Terengganu menang besar bola semalam apabila menumpaskan kelantan 2-1 beb!!! Alhamdulillah rezeki bertambah lagi apabila Terengganu juara keseluruhan Sukan Malaysia.Jadi lebih ramai lah kita melahirkan atlet-atlet negara yang berasal dari terengganu.

Terengganu bukan sahaja cemerlang dalam arena sukan.Malah dalam pelajaran juga terbaik.Sekolah mana terbaik SPM tahun lepas??Sekolah saya lah tuhhhh..UPSR dah bertahun-tahun terengganu pegang.Fuyooo..Dats y kakak saya excited nak lahirkan Adam kat terengganu.

Saya berharap saya dapat kerja kat Terengganu.Dapat berjodohan dengan orang terengganu.Hujan emas di negeri sendiri laa.Alhamdulillah.Semoga tuhan lindungi Terengganu.Walaupun kami takda Midvalley ke pavilion,kami tak kisah.Yang penting semangat kami.Budaya kami.Adat kami.

Tak dapat pergi pun tengok bola sebab sabtu lepas buat birthday party Adam.Apa2 pun memang puas hati.

p/s:minggu depan balik ganu plok.


No comments: