pengunjung

Sunday, December 5, 2010

Review wishlist

Bosannnnnnnn nya cuti-cuti ni tanpa buat apa-apa.Dah la musim hujan.Berbungkus dlm selimutlah jawapan nya.Semua orang tidur.Tinggal abang2 ipar saya yang sedang berfoya-foya main game bola depan saya.Saya?? baru je bangun tidur.hehe

Sekarang dah bulan disember.Tinggal beberapa minggu je lagi nak masuk bulan januari.Aiii suke taw bulan januari.ihik3.Tapi yang tak best nye aii mestilah dah makin tua.23 tahun taw.Setiap awal tahun berlambak azam duk canang.Entah tercapai atau tak.cekidauddd

kurus?? Agak2 dah kurus lah..Saya dah malas nak fikir sebab saya ni langsung tak berdisiplin tentang makanan.Tapi since saya ada mslh dgn en.boyfie dulu, berat turun mencurah2.wahhh best jgak kan.Try la lagi buat mcm tu,harus lah ku dapat body yg slim melimmmm.

Eh Adam datang mengaco mak cik dye plak..

Sambung lagi..Nak beli kasut banyak2?? mcm dah takde azam baru kan aku ni.aihhh..Memang azam ini tercapai dengan jaya nya dan hampir beberepa kasut masih baru dalam kotak.

Praktikal kat terengganu?? Ini semestinya sudah tercapai.Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan ku sehingga tamat latihan industri ini.Ingat senang ke?? 6 bulan taw..aii malas betul nak bangun pagi.

Make over untuk diri sendiri?? Agak2 berjaya ke? entah lah..setakat ni berpuas hati dengan apa yang ada.Impian nak buang lemak tercapai ke?hahaha.Gila melampau keinginan aku kan.Lemak tu bagus ape,boleh jadi penebat di kala musim hujan ni.

Tak nak gaduh lagi dengan roro?? Ahhaaa..sedang bergaduh kot skang.hahaha.Alhamdulillah selama satu tahun yang penuh suka duka,air mata dan ketawa,aku masih mampu bertahan sehingga kental hati aku ni.Smpai akhir tahun ni,saya dah tak heran dan lebih redha.Kalau ada jodoh,tak ke mana la kan.Kau bercinta bagai nak rak tapi dah tercatit dia bukan milik kau,kau kene trime jgak kan.So rileks-rileks sudey...

And last one..nak saving for future?? sekarang saving untuk shopping ada lah..yang ni memang gagal tanpa bertanding.Kesian kau lily...booooooo

Kakak Auni yang sentiasa buat aunty lily dye senyum.Eh kenape kamu makin lasak ea?

Adik gugurl saya terlampau rajin ari ni.tadaaa biskut ape-entah dari beliau.Sedap n senang je tau.Masak coklat n whipping cream.then pecah kan biskut marie.So gumpal2 dan tabur gula-gula urai.Crunchy ;)

p/s : esok saya cuti-cuti cinta.yeayyy!!

Saturday, December 4, 2010

RFC!!

Tettttttt.....syg,jom la kua.kua makan2.Jap syg bersiap,nak mandi dlu.Lebih kurang pkul 7.45 malam,en boyfie kol sy.Yeayy,lebih kurang 2 minggu tak jupe mamat ni.Yelaa ngah perang lagi ni.Tapi kejap ok,kejap tak ok.Bese la tu kan..

Plan asal ktorg nak pergi terjah Radix Fried Chicken yang baru buke kat Kuala Terengganu.Tempat ni agak ssh nak jumpa sbb tersorok.Saya pernah dtg sebelum ni sebab associate opis praktikal sy kat sini.Haaa RFC ni mmg dipercayai 100% sebab buantan orang tempatan dan dari ayam organik.Ayam tu pom diletak dlm air-con.Memang tanpa was-was.So korang,ape tunggu lagi ;) *sy bkn ahli HPA hokey*

Malam tu ktorang pergi memang dengan penuh excited.Smpai je sana,mak aihhhhh..Ramai sgt orang.Sangat2.Maybe sebab baru buke kan.Mula2 saya dah give up,ajak en boyfie makan kat lain.Tapi mamat ni kalu bab makan memang tak pernah give up.Kate nye nak try jgak.Tapi last2 give up gak sebab orang beratur smpai kat luar.ishkkkk kempunan...

Sebelah RFC ni ad tempat karoke.Lepas kenyang,bleh la try test power suara anda yep

Gmbar sumber ihsan dari encik yahooooo! sebab malam tu gaduh takda mood nak bergambar.hehe

Last2 KFC jgak...Ni en.boyfie psl la.heh..

Walaupun malam tu agak hangit dengan tragedi yang macam2 tapi saya tetap enjoy.Untuk beberapa minggu lagi yang tinggal sebelum saya balik ukm,spend la masa kite sebaiknya wahai encik tersayang.Buang kan segala ego dan amarah mu.Eh macam kene kat btg hidung sendiri je.hehe.Lupa kan cerita2 lame,orang lain dan fikirkan tentang kita je.

p/s: kdg2 sy sengaja pkai bju pelik2,nak test org tu kisah ke tak.



Friday, December 3, 2010

Makan jangan ikut sedap mulut je

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.

Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIMJusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus. , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana:-

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Diharapkan dengan perkongsian ini kita sebagai umat Islam akan lebih berhati-hati dan waspada selalu,jangan pulak bila kita nampak restoran yang luarannya meragukan statusnya tapi disebabkan ada orang melayu yang kita rasa Islam sedang makan didalam restoran tersebut kita terus je masuk makan.Cari la restoran yang lebih meyakinkan kita.

Saya kalu bab2 benda ni takut sgt2 sebab saya ni kaki makan kat luar mcm kat Old Town White Coffee ari tu.Siap gaduh dgn En.Boyfie lagi psl ni.Kate nye tak halal,kate saya halal sbb ade pekerja melayu.Last2 pekene je nasi lemak kat situ.Pastu terbace kat internet,ade sorg student jumpa kaki katak dlm mee goreng diorg.euuwwwwww...

So lebih baik makan di rumah sahaja.restoren tepi jalan pom belum tentu kesahihan halalnya lebih lagi restoran thai yang gune perencah dari siam.Sebab tu la tomyam tu sedap giler sehinggan menjilat mangkuk.Ni pesanan wajib dari mak saya.Family saya memang tolak mentah2 lah kalau kedai cam ni.Kalau nak sangat makan kat luar,masak kat rumah,then picnic kat luar.hehe

Pasni tak payah gedik2 nak makan kat tmpt exclusive konon lah i love exclusive restaurant.bluwekkkk.2 org makan dah ratus2.makan entah hape2.haaa saya lah tuh..Chillis ke TGI Friday's ke Madam kwan ke..Pilihan di tangan anda ;)

p/s : i msk lagi best kot..muehehe





Thursday, December 2, 2010

Buah Hati



1st tyme saya letak video.Testing2.

Anak buah kesayangan saya,Auni Insyirah dan Adam Hafiy.Masing-masing semakin besar dan pandai.Auni dah boleh berdiri.Skrang belajar bertatih.Adam plak nak merangkak.Budak2 kalau peralihan bulan mesti demam kan.Nak belajar sesuatu yang baru.Auni banyak mulut.Dia suke sebut Atatatehhh..entah ape mksud la..Adam plak suke makan apa saja.Asyik jilat n makan.

p/s : cuti tinggal 2 minggu lagi


Thursday, November 25, 2010

.........

Of hate, pressure, judgements, fake smiles and stupid lies. Enough of this world, of this misery, of this ignorance, of this feelings. Of this pain. Enough of you. Enough of me. Enough, just enough.

Off to the place where i belong.Maybe.Why are you so rude,I'm just a girl.

p/s : Any suggestion for this holiday??I'm quiet bored.

Sunday, November 21, 2010

Yabedabeduuuuu

Sudah habes praktikal.Heaven gile.Tak perlu alarm phone lagi sbb nak bgn pagi.Skrang dah mule packing brg2 untuk balik KL.Jumaat ni dah gerak ke KL untuk hantar my lil bro ke Jepun.

Owh next sem maybe tak stay kolej.Duk kat umah kak mama kot.Skrang ngah plan nak masuk streamyx kat rumah.Jimat sket duk kat luar.Boleh main dgn dadam tetiap hari.Yeay!!

Celebrate hari last dgn officemate.gonna miss u guys ;)

p/s: Auni dah ade kat rumah.lasak btol bdk ni


Thursday, November 18, 2010

2nd raya

with my gurls.lots of love ;)

Suka sama-sama.Sakit sama-sama.

Tak cukup sorang lagi.Cik May sayang.Tak plan pun nak pkai serba hitam.

bestfriends

Next month kita lepak lagi hokey.Then ngedate dgn en.boyfie.Thanks sbb belanja syg facial cleanser.Dah sengkek sgt ni.hehe.Hari yang terindah.Terima Kasih tuhan.

p/s :I just love my life