pengunjung

Wednesday, January 12, 2011

Seriously

Saya tekad untuk berjimat cermat.Betapa saya menyesal menghabiskan duet dengan benda yang belambak ada dlm almari.Dengan benda yang sama.Sia-sia saya saving untuk beberapa bulan,habis tanpa sedar.Tengok2 dalam bank cuma ada beberapa ratus je. ;(

So untuk merealisasikan impian saya ni,saya akan cuba elakkan dari pergi shopping complex.Memang rasa tak berjaya juga plan untuk window shopping.Arghhh ku menyesal.Semalam banyak kne beleber dengan encik boyfie.

Mungkin dari kecil lagi,saya senang untuk mendapat duet.Just msg je ayah,ayah will transfer the money.Memang susah nak saving.Kalau nak,mesti dapat.Kalau tak dapat mesti menangis.Hahaha.Kene cari jalan untuk bekukan duet.

Jadi jangan goda saya lagi.Handbag ke long skirt ke jacket ke..Sila ketepikan dulu.

p/s:biar lah tak bergaya,asal poket tak kosong.Kenapa baru nak sedar??pity lily


Monday, January 10, 2011

Kalau ku tahu

Kalau ku tahu,aku tak kan jejak rumah perempuan tu.Walaupun itu bukan plan asal kita.Ktorang nak pergi karoke sebenarnya dan ikan bakar itu boleh menjadi isu.

Kalau ku tahu,aku tak kan pergi Shah Alam satu hari tu dan aku tak payah jumpa perempuan itu.Walau benda tu tak dirancang.

Kalau ku tahu,aku tak nak kenal dengan mamat tuh.Walau perkenalan kami tanpa tak disengaja.

Kalau aku tahu semua tu..Tapi aku tahu,tuhan telah tetapkan yang terbaik untuk aku.Jangan menyesal.Sila pandang ke hadapan.

My current obsession

Best kan jadi perempuan?banyak sgt pilihan.hehe...

Saya skrang memang tergila sangat-sangat dengan handbag.Kalau tak dapat beli pom,cuci mata pom jadi.Saya mampu bertahan mengadap laptop smpai berjam-jam semata-mata nak usha handbag.Btw,usha handbag yang sama je tetiap hari.

Macam lelaki usha kereta jgak..

My favee..i promise,u will be mine sooner or later

Ni pom cantek.Tetiap ari tgk taw.Bukan tak mampu tapi si kakak dah bagi hint.Jangan nak mengada.U'r still a student.Baiklah kakak.Ku cuci mata ku saja.Aii bukan apa,nanti setara plak dengan lecturer kan.muehehe.

Semalam kluar pergi midvalley pom beli handbag.cantik sgt handbag kat Charles n Keith.tak boleh tgk je.One day saya nak bke preloved online shop dgn kakak saya.Sebelum keluar dari UKM ni,nak kosongkan almari.fuh penuhhhhh dengan harta karun.

Sebenarnya azam tahun baru saya nak bertaubat dari membazir beli benda alah ni.Handbag setakat pkai 2 3 kali,pastu beli yang lain.Roxy,Guess,Bonia,MNG,Fossil.Setakat yang mampu shj.Kadang2 rse syg sgt.Suke buat collection.Perempuan kan..Tapi start dah geng dgn Sis mama ni,Guess pom tak pandang.Hey!! gedik taw.Nak yg curlast je.Encik boyfie smpai dah cair tahik telinga.Asyik-asyik handbag.

Ada sorang akak tu jual for the new year bargain,coach rm599.gila tak??

Macam banyak duet kan..Lily,Please focus to ur final sem

p/s: assigment dtg mencurah-curah!


Friday, January 7, 2011

Oh,you'r my type

Semalam pergi pasar malam Balakong Jaya,bukan nak beli makanan pom.Dah taw Balakong tu 85% indonesian,so kami memang takkan semakkan diri kat situ lame-lame.Just brenti beli dvd.Lagi pom gerai dvd btol2 tepi jalan.Memang itu tugas kami setiap jumaat.Kebiasaannya malam tu,kami berkumpul depan tv,tgk movie same-same.What a good tyme.

Tapi sebabkan semalam ada rmai org,ktorg postponed dlu tgk movie.Ingat nak beli 2 keping.Saya ni memang jarang beli dvd.Si ayah yg slalu handle bnda cam ni.So tak tahu hrga semasa dvd.Tapi saya dengan yakin ckap,skeping dvd rm5.Bukan rm7 yg dijual oleh abg tu.Bese la,last2 perempuan jgak yg menang.Lagipom aii ni memang handal bab membodek.Walau lame jgak nak memujuk.

Aii rembat Step up 3.Memang agak ketinggalan zaman kan..baru nak tgk sbb bz dgn praktikal dlu.tader mse nak tgk movie even byk kali si ayah tunjuk trailer step up 3 ni kat handphone dye dan....

Wallaaaa..memang best gler!!!!

Aii rse nak goyang-goyang je.ikut diorg dance.

Dan yang paling penting hero dye sgt hensem.Lomah iman den nengoknye.Rick Malambri,u'r my type darling ;)

Sape yang tak tgk lagi,sila tgk cpat-cpat.Sape nak pinjam dvd dgn saya pom boleh.Satu kelemahan saya ni,saya tak boleh tgk orang hensem.Saya boleh jadi tak diam.Memang kecoh lah tgk dgn saya.Agak lambat kegilaan saya ni.kesian betul.

p/s : Nak siap2 pergi rumah jiran.Ada makan-makan!


Wednesday, January 5, 2011

Gemuk??euwwww

Soalan paling sensitip.Paling terasa hingga ke lubuk hati.Eh dah berisi skrang?amboi sihat nya..kalau yg terlalu jujur tu,eh Lily dah gemuk la..zzz..Muke otai pluss bengis cam ni pom terasa taw.Kalau bnda lain boleh tahan lagi,yg part ni nape entah sensitip sgt.

Tapi tu dulu kala..masa berat mencecah 55kg.Gila kan??Lengan berketul-ketul,pipi bak pau ayam.Perut tak payah nak cakap laaa...

hamekkk kau.Membesar bagai johan!

Saya ambil masa hanya beberapa bulan untuk mengurangkan 5 kg.Alhamdulillah dengan bantuan En.Boyfie dan dia lah sebab utama saya jadi kurus.Bila dah selalu gaduh bagai nak rak,tgk nasi ayam pom mcm batu kering tepi jalan.

Sekarang berat memang bawah 50kg.Lagi psycho bila si ayah beli penimbang elektronik.Perbezaan gram pom boleh jadi isu.Tapi smpai sekarang jgak,sy masih sensitip bila org bercakap pasal berat walau ada orang ckap sy dah btul2 kurus.

Bagi saya nak kurus ni kne disiplin.Kalau saya,saya memang jenis kurang pada makanan bersantan,berlemak dan saya suka minum teh.Hanya sup atau tomyam pilihan saya sebab kat rumah pom makanan mcm tuh.Say no to extra rice!! Sedap mcm mana pom,jangan ajar tambah nasi dan paling penting saya memang membuang tetiap hari.Taknak simpan toksin banyak-banyak dlm perut.Dulu saya rajin jgak bersenam,sekarang dah malas.

Tak perlu makan pil kurus ke buat treatment ke tu ke.Orang dulu-dulu mane ade buat semua ni kan.Body cun-melecun jgak.Banyak makan bnda berkhasiat.Kena lah jaga body kan,nanti nak kawen barulah cantik pkai baju kawen.ade shape gteww.Nak cari seluar pom senang.

Sebenarnya kritikan orang yang buat saya terasa betul-betul nak kurus.Saya tak nak gemuk! Gemuk itu busuk! Gemuk buat kita ssh nak cari saiz baju! Gemuk buat kite rasa seksi (seksa)! Tapi ada je org gemuk ni confident.Pakai je apa saja yang dye nak.Tapi siyes buruk bagi saya.

p/s: Tapi sedap bila org ckap,gemuk itu senang hati *_______*

Sem baru

New sem untuk 2011,insyaAllah bakal menjadi sem akhir bagi ku.Baru terasa student bila dah Sem akhir.Siang malam asyik discussion.I'm gonna miss dis moment.Btw,library is my second room.Nasib baik lah stay kolej.Kolej plak depan fakulti dan library je.Jalan kaki sudey!

Alhamdulliah,tuhan memudahkan urusan ku ;)

Tak pernah saya termimpi nak duk flatlet.Akhirnya berjaya jgak tidur malam keseorangan walaupun bertemankan lampu.

Saya sibuk dengan kelas.En.boyfie sibuk dengan tesisnya.


p/s: 2011,mungkin banyak yang diharapkan.

Saturday, January 1, 2011

Bila Si kakak sudah bertanya

'Bila awak nak bertunang??'

'InsyaAllah, #$%^&*($%^&* ni.......'

Conversation women-to-women.Mesti dan harus lah berbau peribadi.

Kapel lame-lame pom bukan elok sgt kan.Bertambah dosa je.

My Wish.Hari tuh dah jumpa kat Bukit Bintang.Gojes sangat.

Memang dah ramai yang bertanya tentang ni.Nak mengikat dengan sesorang tu memang senang cuma komitmen tu susah sikit.Saya tak mintak majlis yang besar-besaran.Cuma dihadiri ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat sahaja.Tapi yang pasti majlis berjalan dengan lancar tanpa menyusahkan orang lain.Yelaa saya tak nak nanti,bila majlis..tanye org tu.eh ada tak ni,ada tak tu..mcm2 tak cukup.Nanti ada plak suara sumbang kan.

Simple dan cantik.Majlis yang grand pom tak semestinya cantik kan.Sebab tu harus saving dari skrang..Makk aihhh gila gedik entry kali ni.

Btw,saya dah cash out nuffnang.So skrang nak tgu cek je.Thanks sape2 yang byk menyumbang pada blog ni.Semua ni untuk tabung kahwin saya.Ingat buat blog ni saje2 ke?Orang tataw ape2 baik diam dari berkata-kata.Kan nampak bodoh sangat. ;)

p/s : Skrang ni bila tgk bnda cantik je,sume nak buat hantaran.hahaha.