pengunjung

Friday, June 10, 2011

Bumblebee

Weekend ni sangat best sebab semua family ada kat kL ni.Mak ayah akan sampai di Subang malam ini jgak.Harap-harap banyak shawl dari Mekah.hihi.Dannnn esok birthday party Adam.Memang busy dua tiga hari ni.

Balik dari kelas terus pergi Ikea.Kak Syasya saya memang wajib singgah Ikea kalau datang sini.Beli barang hiasan rumah.Kemudian terus zasss ke One Utama.Jalan-jalan je.Nak shopim tapi dah bankrap.Pengurus bank tak da memang kene berjimat-cermat.

Buah hati.Buah hati.Tiada budak-budak ni,sunyi hidup saya.

Then jumpa transformer.tak sabar nak tunggu 29 June ni.

Jadi babysitter si Dadam ni kejap.Sementara mak ayah dia pergi solat.Boleh plak dia menjerit,suruh saya letak atas Ducati ni.Aishhh tu bukan gogo la dadam.

Ada budak terlepas.Kejarrrr!

Hai Bumblebee...u'r so handsome ;)

Dah macam bibik ghupenyeee...muehehe

Just a simple me.Now sangat2 tengah mabuk pakai maxi dress.Terjumpa maxi dress yang cun melecun kat Kitschen.


Saya bahagia dan selesa dengan apa yang ada sekarang.Saya ada keluarga yang sangat gojes.Saya taknak bnda ni berubah buat sementara ini.

p/s:harap malam ni jiwe tak berkacau dah

Wednesday, June 8, 2011

Review: X-men First class

Ehem..ehem..akhirnya dapat juga nonton X-men ni.Sape2 yang pernah tgk x-men sebelum ni memang wajib tengok x-men 1st class ni.Memang best!! plan asal nak tunggu ayah saya balik sebab nak nengok dengan dye.Beliau pom suka x-men.Tapi mcm susah je.Orang sibuk balik umrah,kita sibuk nak tengok x-men plak.

X-men 1st class ni menceritakan bagaimana x-men tu wujud.Kenapa professor X bergaduh dengan Magneto?Dulu dia kan bestfren.Macam mana si Hank tu boleh bertukar jadi beast?Macam mana diorang dapat nama semua2 ni.Agak sedih bila part last tu.

Saya ni jenis imaginasi tinggi.Masa kecik2 dulu,saya nak sangat jadi mutan dan sekolah kat situ.Boleh terbang.Boleh main fire-fire.

Tak boleh review banyak2.Kene pergi tengok sendiri.Tak rugi.Esok keluar KL gangster! macam biasa,tunggu astro first laaa...



Tuesday, June 7, 2011

Result

Alhamdulillah ;)

Ayah.................


p/s:sabtu ni birthday party Adam!!!

Sunday, June 5, 2011

Kahwin awal

Kahwin awal? Sudah menjadi trend orang zaman sekarang.Bagi saya umur 21 tahun ke bawah,masih boleh dikira kahwin awal.Tapi umur baya saya 23 tahun,itu biasa-biasa saja. Boleh lah dikatakan umur yang sesuai untuk berkahwin kalau yang mampu.

Dan saya terima banyak jemputan untuk tahun ini.Tapi satu pun tak pergi sebab ada komitmen.Bila dah bertembung dengan komitmen terhadap family,harus lah yang lain bye-bye yup.Sepupu saya pun ada yang nak berkahwin tahun ini.Kalau bercakap dengan en.boyfie pasal ni,dye mengia ja kan.Tapi duet xda.Hokey kesian.

Saya suka kan majlis yang simple tapi penuh dengan bunga segar macam kakak2 saya dulu.

Dengan hiasan bergantungan.Pastel colour is my fav.Not this purple.

A beautiful wedding dress.Penuh dengan ciri-ciri kemelayuan dan lace yang cantik.

Kalau nak pakai kerudung boleh tak?Saya kan ada darah2 indonesia sikit.hihi

I'll be your princess and u'll be my prince

Hey mr.groom! I cant wait to sit next to you.

i prefer a simple ring.Tak suke cincin lelaki yang meriah.Biarlah kosong dan nampak muda sangat.

Majlis yang cantik dan meriah memerlukan usaha yang tinggi.So sila banyak bersabar.Biasalah perempuan kan.Mak saya kata,perempuan mesti nak over.hahaha.Hidup perkahwinan itu memang bukan satu yang mudah.

Haa ni baru je lepas berperang.Dari kecil sampai besar,saya ni jenis kalau saya nak,mesti dapat punya.Sebab tu saya ada semua set barbie,playdoy,baby alive.Bila dah besar ni,terbawak2 plak.Kalau tak dapat,mesti nak gaduh je.Hokey budak2 sangat kan.Abang,nak cincin habib tuuuuuuuuuuuu.....huhu

p/s: Kisah angan-angan si Lily

Saturday, June 4, 2011

Takda cuti cari cuti sendiri


Ni lagu evergreen yang dari dulu, kini dan selamanya yang aku suka.Tapi betul lah,sorry tu memang susah nak diungkapkan dan aku rasa orang lelaki memang susah nak cakap sorry.Konon tak macho kot.Kenapa ea?

Sebagai contoh..ko cakap perempuan tu tak guna..tapi ko duk msg..duk kol..bila dia tak layan,ko maki hamun.Realitinya,stiap salah ko,langsung ko tak mintak maaf kan..Satu tips aku nak bagi kalau ko suka perempuan,murahkan dengan ungkapan sorry ;)

So samalah aku rasa si Gambit Saifullah tu kene mintak maaf dengan video separuh lucah tu.Ah tapi ku suka Gambit Xmen.Gila sangap nak tengok xmen 1st class tu.

Aku sekarang ada kat terengganu.Bosan jgak.Kereta masuk bengkel.Dek penangan adik aku ari tu.Siap jadi kes polis.V6 lawan waja.Tapi V6 yang rabak..sengeh je la bapak aku nanti.hehe.

p/s:aku jadi guru displin kat rumah memantau adik aku nak exam.muehaha

Wednesday, June 1, 2011

All about him

Layankan aje bila bosan... senyum2 selalu ;)

Kisah akhir zaman

Kisah budak 14 tahun yang mengaku dah takde dara yang semakin hangat.Tiba-tiba budak tu glemer sekelip mata dengan pengakuan berani mati.Giler ar..Baru 14 tahun tapi mase dye buat pengakuan tu,tahun lepas..Blog Adinda yang tetibe jadi femes kejap adakah benar atau propa sajork!!

Kes-kes macam ni yang buat aku takut nak ada anak.Ya Allah semoga kita dan keturunan kita dilindungi yang Esa.Aku memang paling menyampah tengok bebudak skrang.Konon up la tuh lepak kat KLCC mahupun Pavi.Duet pun cukup2 buat tambang.Ape ke heyyyyy.Kata ar aku kolot tapi aku tak kisah.Asal kan aku tahu asal usul aku.

Lagi plak dengan kisah video klip yang diarah oleh Gambit Saifullah buat aku loya saje.Aku pasti sape yang tengok rasa cam aku rasa. Tetibe plak menyampah dengan abg asmara.Si Gambit memang lame aku tak suke start tgk Awan Dania lagi sebab aku suka si Benjy tu.hehe

Hidup ini kalau berlandaskan agama pasti selamat.Tak payah nak tiru barat sangat.Aku tak tunding jari kat sape-sape. Aku pom tak perfect dan sedang membaiki perlahan-lahan. Ingat tuhan,ingat mak ayah. InsyaAllah..

Aku ni dah batuk seminggu.Dah macam ubat aku gune.Makan madu la ubat batuk la ubat sapu..nan hado yang jadi nye.Seksa betul bila tyme nak tidur.Tuhan baru uji aku sikit,dah tak larat aku tanggung.

p/s:ape plan terbaik untuk adik2 tyme cuti sekolah yup?