pengunjung

Tuesday, August 31, 2010

Hanya tinggal sejarah

Eceh tittle tak boleh blah kan..Lame betul tak godek2 si belog ni.Nak cakap pasal raya tahun ni.Banyak kelainan dan yang paling penting,ni 1st tyme raya kat rumah dan sembahyang kat rumah sebab rumah peninggalan arwah sudah diroboh.So,sudah terhapus tradisi berkumpul pada pagi 1 syawal.Tak sempat saya memperkenalkan tradisi ini untuk anak-anak saya.sob sob

Rumah ini sebenarnya didirikan atas tanah wakaf asalnya. Kemudian kerajaan ambil alih tanah ini.Kampung saya ni tengah2 bandar.Kampung Ladang,sebelah masjid Ladang.Ayah I olls orang bandar giteww.huhu.Sape2 orang Terengganu tahu lah tempat ini.Sampai satu masa,kerajaan suruh la orang kampung berpindah dan membayar wang pampasan atau dapat rumah baru sebab nak buat hotel kat sini kata nya.

Sedih betul tengok rumah ni.Ranap dalam sekelip mata.Ayah mmg sedih.Mane tak nya,tempat dia membesar.

Sedih lagi..Masa ktorg pergi ni, ada lagi yang tak berpindah.Dulu masa kecil2,tempat ni la ktorg main nyorok2 smpai hitam kaki.Menyorok smpai belakang toilet rumah orang,alih2 tak tahu nak balik macam mana.hehe
Kepada yang tak nak wang pampasan,akan dapat rumah baru.rumah tinggi kat blakang dalam gambar tuh.ishkk ade ke orang tua yang nak stay kat rumah tinggi2.harus la tetiap hari pergi mengurut kaki nanti.

Tapi yang paling best raya tahun ini,mestilah sebab ada ramai anak buah.Dua orang jer pom.persediaan banyak untuk budak2 ni.Sejak ada budak2 kecil tu,rumah ni pom dah boleh jadi nursery.buaian ada,walker pun ada.Complete la.Tunggu auntie Lily bagi duet raya k..sposen je..ihik3..

Persediaan raya boleh dikatakan dah siap.Saya tak shopping mane pun bulan puasa ni,lebih2 lagi duk kat trengganu ni haa..Nasib baik sbelum puasa dah shopping kat kL,Johor dan kuantan.Kasut dan handbag pun pakai yang mana ada,Ada lagi yang beli dulu,tak pakai lagi.Saya memang suke betul membazir.Bila tiada duit,baru duk diam.

Aishhh pipi tuan tanah stay bulat even puasa bagai nak rak.Janji hati bahagia.

p/s :Orang buat baik,kite balas baik.ingat tuh!


Tuesday, August 24, 2010

k.a.m.i

Lama betul tak hapdate pasal internship saya ni kan.bukan tak suke,tapi penat betul jadi orang bekerja.Balik umah petang,malam tu tidur je keje.Macam tu la rutin harian.bosan kan??mmg bekerja ni tiada life langsung nak beronggeng.hehe


Kami yang sengal-sengal ubi

Sebenarnya kitorang ni buat sesi fotografi sebab nak tempah kad raya yang ada muka kitorang yang comel2 ni..eh2 tapi ni pose di atas gimik sahaja.tak kan nak letak gmbar sengal ni kan.setakat ni,saya berpuas hati dengan internship ni.kadang2 rasa malas dah nak blajar.kawan2 sgt best,boss yang sporting habes.

MNZWAJA cuti raya dari 9 september smpai 15 september.heaven tak??hihihi

p/s :Alhamdulillah Ramadhan kali ini lebih bermakna ;)


Saturday, August 21, 2010

friendship


we cant stay the same..change is good.sometimes.not always..

Berkawan biar berjuta,bercinta biar satu.pepatah yang biasa kita dengar.kawan.rakan.sahabat.memang senang untuk dicari.kadang-kadang dapat kawan dari kawan kepada kawan.dari kawan bf.kawan yang kite jumpa kat facebook malah juga di blog.seberapa ramai kawan,belum tentu ada yang betul2 ikhlas dengan kita dan manusia akan berubah.

Manusia sekarang,pantang nampak kelemahan orang,pasti akan mengambil kesempatan.Emak cakap saya terlalu mementingkan rakan.Memang betul.tapi dalam berkawan,pasti ada yang busuk hati.ckap belakang.Saya tak kisah.Butakan mata,pekakkan telinga sebab saya memang keras hati.kadang-kadang keras hati itu ada baiknya.Kita tidak boleh mengharap kesempurnaan orang kerana diri kita belum cukup bagus.

Terima Kasih kepada sesiapa yang masih di sisi saya.menyokong dan memahami saya.Untuk emak tersayang,hanya emak yang tahu apa yang lily nak.Untuk gula-gula hati tersayang,terima kasih untuk kesetiaan ini,yang sentiasa bersama ketika diri ini jatuh.untuk kawan-kawan yang dikasihi,terima kasih untuk segalanya.

p/s: orang yang nampak baik,dari keluarga baik belum tentu isi hatinya baik.maybe..



Friday, August 20, 2010

speechless

I give you my heart with a note saying “fragile, handle with care”

p/s: susah betul nak jadi orang berjimat.duit keluar macam air.knape kah??


Friday, August 13, 2010

checklist raya

  • baju raya sudah tempah..4 pasang.yeaayy!!
  • kasut raya dah pun sudah..tapi nak cari satu lagi yang flat.
  • baju raya adam n auni pom dah beres.yeaayy!!
  • duit raya untuk anak buah.INGAT!!
  • tudung belum beres jgak!!
  • nak beli kuih raya sikit..perlu amik perhatian!!


teruja sangat dengan fold over cuff sandal ni.it looks like gladiator tapi lagi cun.sesuai ke buat raya?huhu

i heart dis.saya mmg suke yg glam mcm ni.

sangat heaven kalu dapat mcm ni.susahkan jadi perempuan?? *wink2*

p/s: tahun ni raya paling meriah kot sebab family makin ramai.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan ini

Tahun ini sangat best dan terbaik.tak perlu fikir menu apa untuk berbuka.tak perlu fikir tiket raya.semuanya best.aishhh berpuasa 100% di rumah.tetiap petang pergi ke bazar yang beberapa langkah je dari rumah.heaven betul.i'm gonna miss dis moment.

Sayangnya ramadhan tahun ini disambut dengan bendera merah.Tapi semangat ke bazar sama je dengan orang berpuasa.Selamat berpuasa kepada muslimin muslimat semua.Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelum ini.InsyaAllah.

Pesan pada diri sendiri nak kurangkan berdating di bulan puasa.tapi baru 2 Ramadhan sudah ajak encik boyfie berbuka bersama.aishhhh.oh emak sudah mengajak encik boyfie berbuka bersama-sama.

hahaha.my fav pic ever.si juling kesayangan aunti lily.i miss u sayang

p/s: tak cukup syarat bulan puasa kalu tak pekena bubur lambuk. ;)


Saturday, August 7, 2010

i'm lovin it

i love beauty sweety food












HAPPY FASTING!! ;)