pengunjung

Saturday, January 28, 2012

Sekali dalam sebulan

Aku mesti naik angin entah hape-hape.Semua orang aku nak marah.Tanpa kawalan.Teutama En.Boyfie.

bf: syg ni kalau dtg bulan mula nak marah tak tentu pasal
gf: ahh nasib lah!

Aku mesti emo tak bertempat.Sikit2 nak merajuk.Sikit nak tersentap.eii geli nya bila aku ingat balik.Sekali dgn bos aku pun dah jadi mangsa.Padan muka kau.

gf: malam ni nak mkn chicken chop.jommm!!
bf: tgk lah dulu..ot ni..
gf: kalau syg ajak,mcm2 lah alasan *padahal mmg dia ot pun* huwaaaa *siyes aku nangis kau*

Sekali dalam sebulan,aku mesti sakit kepala sampai nak pengsan.Dah 3 kali aku MC sebab ni.Bukan main-main hokey.Masa tu aku rasa nak tidur je.Semua orang aku nampak terhuyung-hayang.Dah byk doc aku jumpa.

Dan aku rasa,ni bukan 1st entry aku pasal 'bulan'.Walaun aku pernah mengadu kat doc,kenapa 'bulan' aku ni terlalu teruk berbanding perempuan lain.Kalau tang senggugut dan angin,toksah nak cakap lah..doc cakap jgn bimbang jewww..awak muda lagi..sebab aku muda dan tak kawen lagi la aku bimbang ok!!

Seksanya jadi perempuan.Oleh itu,hargai perempuan di sekeliling anda *pesanan penaja*

ahhaaaa dan aku mintak maaf lah kepada yang menjadi mangsa 'bulan' aku..terutama en.boyfie dan bos aku.Bos aku tu padan muka kau lah..!!

p/s:bimbang jgak 'bulan' aku tu membantut kesuburan aku.ampunn mintak dijauhkan


Monday, January 23, 2012

What's in your handbag-Part 2

Part two pun ada.Ahaks

Handbag dah mcm stor.Sunsilk tak buang sejak kerja dgn Marriot dulu.Guna jari pun boleh.Compact powder dua.Satu yang overshading.Satu natural punya.Perempuan sangat kan??




Berat nanang

Mungkin dah berpuluh entry aku pasal berat.Aku pun dah naik benci tengok depan cermin.Lagi-lagi bila aku duk rumah,lagi-lagi aku ni kerja company food and beverages cam ni kan..Sampai istilah lapar pun aku dah tak kenal,asyik kenyany memanjanggggg! oh btw,aku dapat makan free kat company aku ni.Best kan?Menangis lah tgk penimbang

Mula aku sampai kat rumah ni,berat aku 47kg.Tup tup..sebulan lebih ni naik 52kg taw tak??haaa kau mampu??.....

Lihat diri ku yang membesar bagai johan.*Eh kawan sekolah rendah

Tak sempat nak work out.Balik kerja pun dah penat. Bila cuti,membuta je kerja aku.Kesian kan aku???En boyfie tu kurang ajar betul.Suka cakap perut aku ada six pack.

Hidup aku tak berapa disiplin lagi memandang aku baru duk rumah.Tak de workout langsung.Makan pun ikut nafsu.Sekarang ni dah beransur turun 2 kg..Nak ikut ayah pergi jogging pun malas.boooooo lily!Nanti laki kau cari lain baru tahu.*eh??

p/s:go lily go


Wednesday, January 18, 2012

Makan-makan

Sejak saya duk rumah ni,memang hobi saya makan je.Semua restoran aii nak try.Of coz lah en.boyfie yang duk teman ke hulu ke hilir.Aii kan dah boleh jadi host JJCM kat Terengganu ni.Ahaks

My emak pun cakap,kalau bab makan2,serah je kat Lily.Serah pada yang pakar.

This one is my fave laksa penang.Umar Kopitiam.Kat sini maggy ketam best sangat.Bandung 3 layer tu mmg marveles.Servis pun baik.kalau servis lambat memang boleh cari gaduh.

Mee Sup tok Jembal.Yang ni pun okay lah.Tapi saya lagi suka mee sup balakong jaya.Rindunya nak makan kat situ.Makan sampai menangis.Ari tu pesan kat mak belikan mee sup balakong jaya,tapi xdpt ;(

Ini pun faveee.Kalau aku,semua pun fave.hehe.D'Tunggal seafood.Tgk aku makan tak pandang orang okey!

Tom yam kat sini kaw2 lah.Memang kat sini selalu tempat dating we olls.Ikan bakar pun best!

Banyak lagi tempat yang ktorang cuba.Tak sempat nak amik gambar,terus telan masuk dalam perut.Berat saya pun dah naik.Lantaklah.Asal hati senang.Gumbira.Tak kacau orang.Kadang2 makanan adalah terapi paling mujarab selain dari shopping.

p/s:stress kerja itu biasalah.



Saturday, January 14, 2012

Busy

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

sihat sebelum sakit
kaya sebelum sempit
lapang sebelum sibuk
muda sebelum tua
hidup sebelum mati

Friday, January 6, 2012

What makes you beautiful

Tup..tup..dah dekat 4 tahun aku dengan mamat ni.Rasa mcm baru semalam,duk malu-malu nak kenal.Kenal dah lama,tapi berkasih tu baru 4 tahun.

Dalam dekat 4 tahun tu,memang mcm2 cerita lah.Aku rasa sama lah dengan orang lain.Ada pasang surut,nangis ketawa.Orang ketiga keempat itu ada je yang menyinggah.Dari LDR smpai lah sekarang duduk berdekatan.Tapi aku rasa semua tu buat aku kenal dia sepenuhnya.

Thanks to mamat ni yg slalu bersama aku.Susah atau senang.Busuk atau wangi.Buruk atau cantik.Thanks sayang ;D

Ini tahun 2009.Perghhh gamba retro.

Btw thanks kepada sesiapa yg mendoakan aku cepat kawen.Lagi best kalau ada org nak sponsor.Skrang masing2 dah bekerja.so??jeng333

p/s:nanti aku kawen,aku jemput kau hokey!susah2 membebel kat blog aku.



Thursday, January 5, 2012

Tracking IP

Kalau aku bosan-bosan,ni lah kerja aku.Tapi sekarang,aku dah jarang berblog.Malas ya Ammmpunnn..Idea dtg je mencurah2.Nuffnang aku pun dah tak naik mcm dulu.

Bila aku berblog,automatik aku akan cek readers blog aku.Aku guna benda alah ni.Ape tah name dia...Aku suka usha menatang ni.

Kat sini kau boleh tahu readers kau dtg dari mane.contohlaa sorang ni dtg dari Negeri Sembilan.Dia gune celcom broadband je.Ko siap boleh trace lagi dia duk mana.haaaaa zoom dekat2 smpai nampak btg hidung..

Pastu boleh tgk readers mane yg slalu visit tanah kau..Ni of coz akak aku suke sgt stalk aku.hahaha..


p/s:ada org xsenang tgk aku happy.siap kesian lagi kat aku.aku lagi kesian kat kau