pengunjung

Friday, October 4, 2013

Progressingg

Haiii tetiba rajin sangat nak membelog hari ni. Sudah bulan oktober ye kawang kawang. Sekejap je masa berlalu. Mcm baru je sambut new year. Eh kau sambut ke cik Lily? Ahaks

Tadi msg Bang miro, U percaya tak? dah bulan 10 hokeyy..ada 3 bulan lagi. Mcm tak percaya!! Bang miro reply, ape plak nenek ni...haa nampak tak keromantisan Bang miro..baru kita nak fefeling sikit kan.. Huh!

Preparation untuk big day saya, Alhamdulillah berjalan dengan kaki ehh..berjalan dengan lancor nya. So start awal tahun mmg dah mula prepare sikit2 even masa tu tak letak pun date nikah lagi. Nampak tak merenyam di situ?

Jan-August 2013
Setel hantaran sikit2, set mekap,jam tangan. Bulan 4, beli cincin. Bulan 7, beli cincin kahwin. Aiii request kat Tomei,pening kepala Bang miro wakaka. Cincin Bang miro pun dah setel sebab ada sponsor. Beli yang platinum,nampak kemas sikit aihhh. Rantai tangan je tak setel lagi. Hari tu Bang miro ajak beli sekali satu set, tapi saya masa tu dah pening tengok emas.. Next time la kita beli

Sept 2013
Setel sudah bridal. Bridal saya amik pelamin sahaja sebab baju semua nak tempah. Bridal ni kawan emak saya. So senang la kalau nak request pelik pelik. Ko jangan request theme hutan rimba sudehh. Op pun sudah bayar depo. Saya rasa OP ni terbaik di Kuala Terengganu hehe.Susah jgak nak buat pilihan sbb kene tgk bajet yang tak seberapa huuu

October 2013
Kad kahwin pun dah book!! Yeayy!! Kami buat kat kadkahwinku.com sebab dulu kakak2 saya pun buat kat situ. kemain Bang miro nak kad kahwin mcm scha n awal. hamboii sgt. InsyaAllah siap awal bulan depan. Kawe tak sabor!! Saya tak suka kad yang pelik2, nak just nice, classy and evergreen gtuh haa. Catering,kanopi dan doorgifts saya serah pada emak ayah saya.

Next mission, mencari kain nikah dan kain nyabut natu. Kalau orang luar panggil bertandang. Ada sape sape nak sponsor?? hihi Kira okai la preparation saya kan? Tinggal nak menempah kain je.

Ada orang request tema ni untuk belah sana



Thursday, September 5, 2013

KL Gangster 2 dah keluar?

Saje je tajuk nak gempak..hehe

Hari ni ada free sikit masa nak berbelog. Sekarang ni busy prepare untuk my big day. Preparation sikit2 je baru siap memandangkan saya duk jauh dari family. Emak saya lah yang banyak berjasa, thanks emak. Tiba tiba terasa, eh nak kahwin dah aku? mcm muda lagi...mcm ehh betul ke... haha bodooo lily,pdahal umur dah mudeww sangat tuutttt

Sebab tak caye nak kawen dgn budak yang saya kenal dari umur 4 5 tahun. kecil lagi masa tu,dulu main pasir same same je.Mcm tak de orang lain kan??haha.kalau duk dating mesti sembang pasal ni, sungguh lah hidup kita ni penuh rahsia. Mohon tuhan permudahkan sehingga selesai semua. Aminnn Ok DAH!!!

Sebenarnya nak share tips sikit, tips saya hari ni..cehhh mcm kau dah expert sangat lah kann... pemilihan warna untuk sesuatu majlis itu sangat penting yang boleh menampakkan majlis kita exclusive walhal biasa2 je..warna yang evergreen seperti putih tak lapuk dek masa sangat lah cantikkk..contoh je hokeyy!


This one is my fav kaler; taupe and champagne. Cantik kan?? perasan je lebih haku nii *taupe tu tak reti aku nak sebut tope ke taup ke hape tah*

Warna yang saya pilih dah disetujui oleh pihak lelaki. Cuma sekarang nak beli kain je, InsyaAllah bulan depan moh kita shopping di Bandung. Kenapa eh nak beli barang kahwin mesti kene g Bandung? Tak faham hakuuu..huhu...

Nasib la cik bakal suami tak cerewet, semua saya pilih dia setuju, ASAL BUKAN PINK.PUIIII ok, aku nak sambung kerja; closing akaun tak sentuh hapee pun lagi. wish me luck bebeh!!!




Friday, August 30, 2013

Hari Raya Lily

Raya 2013

Terasa belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kita kan raya sebulan. Perlu lah saya mengempilkan sekeping gambar untuk kenangan. cehhh ayat nak skema je. Raya saya tahun ni sangat simple tapi penuh bermakna gtewww..

Macam biasa kami beraya di Gong Badak, salam2 pergi memziarah saudara mara then esok kan, kami balik kelantan. Ahh malas lahh nak cerita semuaa.. ni tengah mengular time kerja,tiba2 jahh rajin nak update.

Tahun ni open house yang tak berapa nak open sbb tuan rumah siap masak lambat,tetamu datang dulu wakaka..sejak tahun lepas, dah tukar open house raya ke empat. Tahun ni sedikit special sbb malam tuuu..ada org datang meminang kitewww, geli plak huhu...so dah selamat semua..kami mmg tak buat besar besaran sbb kami ikat sekejap jewww *sy mmg suke huruf WWWWW jangan marah yewww*

Apa lagi nak kabo ni... so skrang dlm proses mengecilkan kembali body yang sudah kembang. mengembalikan body yang langsing seperti jlo..harapann!!

ok, tunggu lah entry akan disambung setahun akan datang HAHAHAHA

Tuesday, May 14, 2013

Back again!!

HUAHAHAHA I am back againnn...

Welcome 2013, my 1st entry for this year.ngeeeee..been super duper lazy lately.

;)

Friday, November 16, 2012

Twillight Breaking Dawn Part 2

I just cant wait wooooooooooooo!!
Wajib lah tgk sebab ni last dah. Forever and ever i will vote for Jacob Black sebab dia taff and macho. Aii kan suka lelaki machoo hiksss
Tiket dah mula dijual tapi tayangan start 22hb ni. So copat2 lah

So many emotions when im watching this movie wuwuwu


I love u tay..really love u..

Sweet together




Jumpa kat GSC Mid khamis ni hokey!!


Monday, November 12, 2012

ASK 2012 PART 2





ASK 2012 Part 1


Jumaat lepas, me and the beauties+my rumet dapat tiket free ke Anugerah Skrin 2012. Dekat PWTC. That was my 1st time redah KL dalam hujan dan jamm..Memang hamlau betul la. Nasib lah sempat sampai sebelum pkul 8.30 malam. Thanks to Mamay yang mendapatkan tiket tuk kami. Lets the picass do the talking!! Aiii sekarang memang malas nak hampun nak menaip.






















We olls sebenarnya duduk agak belakang. Stage kedua. Nasib lah kamera Lumix pemberian bapak ni cantik. aiii suke.ihiksss.... Overall boleh la, 1st time tgk live. excited la jgak..kau ada??hahaha.. Suka tgk part Rita n Adiputra. uihh memang rmai yang tergila Adiputra..

Next picass will be upload.. daa~~~