pengunjung

Sunday, May 2, 2010

emak oh emak

tak dapat tidur lagi malam ni.tiba-tiba mood mengarang tu datang.cuti kali ni tak seperti cuti slalu dan khamis ni sudah mula praktikal.takut.cuak.neves pom ada.tak tahu sape yang boleh tolong hantarkan saya ke ofis.(ecehh kau ingt kau budak sekolah ke nak main hantar2 ni).sepatutnya ayah yang hantarkan memandangkan ofis ayah depan ofis saya je tetapi ayah saya sakit dan bercuti sebulan dua.lame tuh..jwb nya pergi dengan gogo la.

sementara cuti tuh,lepak-lepak kat rumah.makan.tidur.3 hari kat rumah,berat dah naik 1 kg.confirm berat akan naik mcm dlu kan.tabah lily tabah.emak,sudah2 la masak best2 tuk lily.buat abes beras emak je.

tak lame lagi nak sambut hari ibu.tak tahu nak bagi apa kat emak.ari tu emak pernah sinis kat saya.dalam anak2 emak,mama sorang je slalu bagi hadiah kat emak.(sambil belek2 handbag Robinson yg kak mama bagi).saya tahu emak perli saya tuh.bukan tak pernah bagi hadiah kat emak.pernah skali saya bagi kain pasang.emak kate panas la tebal la.lepas tu saya merajuk la tak nak bagi hadiah.susah jgak dpt emak high taste.

pagi tadi emak bergosip dgn saya.anak jiran sbelah,boyfren dia pkai toyota celica.ternganga la emak.haaa kalu nak cari boyfren,cari la yg mcm tuh.sindir lagi tuh.takpe mak.takpe.biar pkai kancil pom,asal hati mahu baik.haa diam mak.

duduk kat rumah ni,kerja asyik bergosip dgn mak.tu la,ni la..kesian kat emak.hari-hari ckap rindu kat cucu dia.tak sabar tgu cuti sekolah la.emak nak pergi mane-mane sekarang asyik ajak saya smpai kita nak lepak dgn kawan2 pom susah.baru keluar 15 minit,mak ajak balik pergi kedai emas.aishhh..takpe mak,lily suke jgak.nanti bila dah jauh,saat ni la yang lily rindu skali.selamat hari ibu emak.


No comments: