pengunjung

Thursday, July 7, 2011

Jobseeker

I am a job hunter..Aummmm

Kerjaa..kerjaa..Nak cari duet untuk sara hidup.Nak cari duet untuk kahwin..Wish me luck for my 1st interview on this monday.Interview dari company tempat saya pratikal dulu tapi di Head Quarters.Takut nye nak pergi kL dalam keadaan huru-hara mcm ni.

Btw,saya dah terlepas 2 interview.Chaiyok2 Lily.Siap ada test bagai.Tiba-tiba kene buka buku audit semula.zzzz

Saya tak memilih kerja tapi sebaiknya saya nak kerja kat Kuala Terengganu.Kalau dapat kerja kat bank pun best..byk betul angan-angan.Time belum kahwin ni lah nak cari pengalamankan.

Di mana ada rezeki ku,di situ lah ada Cik Lily ;)

p/s:walau dalam hati masih tak sedia nak tinggal kg halaman


Wednesday, July 6, 2011

Satu hari lagi..

Satu hari lagi nak berganti puasa..

Kelmarin pun puasa.Penat sangat sebab tak bersahur.Malam tu pun jamah sikit2 je.Bila teringat nak berbuka dengan en.boyfie,baru segar sikit.Kitorang pilih Restoren D'Tunggal kat Jalan Semarak.Betul2 tepi jalan otw nak ke airpoet Kuala Terengganu.Restoren tu memang favee saya dan buah hati setiap kali terasa nak makan tomyam.

Tomyam?Perghhhh sampai malam terasa lagi taw.Pedas!Masam!Semua cukup.

Semalam pun kitorang order siakap 3 rasa.Recommended!! Sedap sangat.Garing je ikan tu.Tak pernah-pernah saya menambah 2 kali nasi.Dah langgar pantang ni.

En.boyfie tu dah la tak puasa.Dye curik lauk-lauk tuh.Aihhh dah la 15 minit ag nak berbuka.Jeling-jeling la kite kat dye.Tarik muncung.Last2 tengok sejemput je tinggal kailam tuh.Eh abg xsengaja la...erkkk sabor je la..

Bab-bab makan ni serah pada tuan tanah.Berat dah naik sekilo.Nak ikut ayah pergi jogging tapi malas nak bangun pagi.

p/s:Weekend ni mcm nak try buat macaroon dgn adik gugurl!



Tuesday, July 5, 2011

Apam Polka Dot

Sekali sekala belog tukar konsep apa salahnya kan.Nak jadi flexible jgak.So ari ni nak share resipi kelmarin.Tuan tanah buat sorang-sorang je taw.Apam polka dot atau lebih mesra dipanggil telur dinosaur.Cubaan pertama..cubaan pertama..Sebarang kritikan diterima.hehe

Tu diaaaaa...tak berapa cantik sangat.Biasalah tangan tak berseni.Ada kembang,ada kuncup.Yang kembang tu mungkin terlame dalam pengukus.Ada yang saya letak filling,ada yang kosong sahaja.

Close up dekat sikit yup.Cantik jgak kan?tapi ingat senang ke nak buat dot dot tuh..

Resepi di snap dengan hp je.Susah jgak nak bwk lappy ke dapur.Thanks Myresepi.Rujukan saya untuk memasak.Kemudian,bahan2 diadun sehingga kembang.Then asingkan untuk buat kaler dan kukus hingga naik.Senang kan?

Dalam duk tunggu adunan tuh kembang,harus lah prepare lunch untuk ayah.Ni aktiviti wajib setiap hari.So menjadi lah ikan setimmm cik lily,sardin dan salad sahaja.Tak sempat lah nak masak meriah.Habis kecah satu dapur.Mak,ampun yaaa.

Bagi saya memasak itu kepuasan walaupun bukan untuk mulut sendiri.Saya ni ada penyakit,kalau masakan sendiri,amik bau pun dah cukup kenyang.Selalu gagal dalam cubaan pertama tapi tak pernah putus asa.Lagi gembira bila orang tersayang cakap sedap ;)

Saya nak suggest untuk membuat filling dalam apam tuh,saya guna this jem.


Steffi's Choice.Pilihan saya dan keluarga.Kat rumah berbalang-balang jem ni sahaja.Best sebab terasa asli buah-buahan dan siap bijik2 buah tuh kita dapat feel mcm makan buah sebenar je.Harganya lebih kurang RM8.50.

Dulu saya pernah buat blueberry cheesecake.Yang ni pun saya guna Steffi's choice.Tengok buah blueberry tuh,nampak jelas kan.Perghhh sedap!Recommended!

p/s:hari ni puasa,tataw la rasa cam ne masakan saya?


Sunday, July 3, 2011

Never say never

Petang tadi keluar dating dengan en.boyfie tercinta.Nak pergi amik gogo pastu nak suruh teman pergi beli dvd.Gogo tak sihat.Tayar bocor.Terus hantar pergi klinik.En.boyfie ikut dari blakang kite.

Sebelum keluar tuh kemain pujuk suruh teman pergi beli dvd.Takmao nye mamat ni sebab nak beli dvd si Bieber ni.En.boyfie tu kan memang marah benar kalau ada pesaing.Tiba-tiba keluar lagu Bieber dalam kereta.Tahan je la mamat tuh dengan awek dye yg sewel ni.bahaha.



Lagi dimarah,lagi nak beli.gagaga

Sampai kat kedai je.Suruh mamat ni tunggu kat luar je.Kang bosan,ada yang tarik muncung 4 inci.Tapi trun teman jgak si awek ke kedai.Nasib baik mood dye hokey hari ni.Mula-mula abg kat kedai cd ni ckap dah habis..Tiba-tiba nak keluar tuh,saya terjumpa plak.Nasib ku sangat baik.

7 in 1 terus.Bosan-bosan boleh layan movie lain.Senyum sampai telinga hari ni.Thanks kekanda ku.Balik je terus tengok.Nape aku tengok sampai nangis ar?Gilo!

p/s:Adakah mimpi semalam bawa petanda?Sama2 kita doakan





Saturday, July 2, 2011

I have that fever




Love me,love me say that you love me.Fool me,fool me Oh how you do me.Kiss me,kiss me say that you miss me.

Aku memang gila kat Bieber sejak dye wujud.Aku tak tahu kenapa.Comel sangat hokey!Adoyaii tercintan kat budak tak bersunat plak.Tak kisah lah abang cakap bieber tak kenal syg pom,syg tetap pilih Bieber.Bahaha.

p/s:kalau aku ada kereta sendiri,cd Bieber 1st aku beli.Ok,sekian!



Friday, July 1, 2011

Mak ckap..

Mak nak sambung rumah..nak bagi 3 tingkat..Aku xdapat nak bayang lagi.Akan siap sebelum raya dan mak aku tak habis nak bertukang dengan Pakcik Ex boyfren aku.Deiiii mcm dah tak de tukang lain.....

Dan aku akan dapat bilik sendiri.Bahaha...Masa untuk mencari bahan-bahan nak hias.

Aku dah ckap kat emak.Aku cuma nak katil queen,floor lamp dan dressing table.Kat mane yup di Terengganu ni nak cari floor lamp yang murah-murah mcm kat Ikea tu?


p/s:Aku paling tak suke ada wallpaper.Rimas sebab aku suka modern style ;)

Finally ;)

YES!! Me at home!! Back to the roots.Nak tunggu result semua sekali.Then,kalau good-good,insyaAllah akan konvo bulan 9 ni.Amin.Mak ayah aku datang nak amik aku dan barang-barang aku hari rabu lepas dan baru je sampai kat rumah petang ni.Bayangkan 4 tahun aku tak pernah bwk balik brg2 aku.Aku tinggal umah kakak aku je.fuhhhh

Sebelum balik,aku dah buat wishlist siap-siap apa yang aku nak buat.Nak makan apa,nak shopping ape.Yelaa kang aku duk menetap Terengganu,meroyan plak bila kempunan.here my wishlist:-
  • Aku nak melantak J.co dan Auntie Anne pepuas.Nasib baik umah kakak aku dekat je dengan dengan The Mines dan Jusco Balakong.Kalau kempunan tu,terus je pergi beli.

Aku lagi suke J.co berbanding Big Apple.J.co ni lagi gebussss dan lembut.Arghh ku terbayang setiap kunyahan dalam mulutku.Perghhhh


Oh xsempat nak snap gambar sebenar.Ini juadah wajib ku setiap kali jenjalan.My fav flavour is Onion n Sour Cream.Nyummehhhhh...Aku pergi Jusco sesorang semata-mata nak cari benda alah ni.

  • Shopping raya.Lagi-lagi tyme parents aku datang ni kan.Ni lah masa aku nak pow diorang.Lagipun sekarang Megasales.Minggu lepas dah beli sikit kat pavilion dan kelmarin sambung kat Midvalley.Aku mintak kasut raya dan seluar Jeans je.Baju dah banyak kan.

2 pasang je aku beli.Kotak lain tu yang lame.Aku sebenarnya kurang sikit brand Nose ke Vincci ke charles n keith sebab kasut nya lebih mementingkan kecantikan.Tapi sakit ya ampun.Last-last aku pakai yang biasa aku pakai hari-hari jgak.Memandangkan untuk raya dan tak memerlukan tenaga untuk berjalan,aku beli je laa.Boleh tambah koleksi.bahaha
  • Shopping make up stuffs!!!

Ni bukan untuk raya je.Untuk sepanjang aku berada di Terengganu nanti.Tak lah aku tergigih nak cari lipstick favee aku.Tapi tadi ktorang singgah Kuantan jap.Ada jgak Stage kat situ dan masih ada promo.Lagi murah taw.Kate nye nak habiskan stock.Bagi aku stage ni sangat best.

Vitamin untuk kulit haku!Compact powder pun aku beli siap-siap.The faceshop tak pernah hampakan aku.Sleeping mask dye terbaik dan mask tuh agak-agak kalau kau malas sangat nak letak telur dan timun kat muka,boleh lah try.Aku ada members card.Banyak dapat less.Kulit kita kalau banyak sangat mekap memang tak elok jgak.

Habis sudah wishlist aku.Poket pun dah kering.Aku perlukan kerja part-time.Aku masih buntu dengan pilihan aku.Nak kerja atau nak sambung belajar lagi.Bapak aku dah banyak kali suruh aku belajar.Amik master atau sijil profesional.Hurmmm buntu.

Bila dah besar ni,kasut dan handbag adalah keutamaan bila raya.Mak aku tak habes-habes dengan Bonia dye.Puas aku pengaruh suruh beli brand lain.Makcik sangat-sangat kan.Bonia kat Kuantan ada sales gegiler.Mak dah separuh pitam.Handbag raya aku akan sampai next week.Fossil lagi.Itu je yang mampu.

Hamik kau baju-baju aku.Ni baru 1st trip.Ada 3 trip lagi dan ada berlambak baju-baju aku tak nak.Sape2 yang nak,aku boleh bagi free je.Betul ni..Aku sekarang lebih selesa pakai blouse.Lagi-lagi duk Terengganu ni.WTH lah aku nak pakai pelik-pelik.Nanti orang cakap aku mangsa fesyen plak.

p/s:Wish aku kat rumah nak join bapak aku jogging tetiap pagi.Kurus apa yang patut dikuruskan!