pengunjung

Friday, July 22, 2011

Stress!!!

Aku stresss!! Gila banyak kerja ;(

Penat gila.Kelmarin overtime dan hari ni terpaksa balik awal sebab printer rosak.Thanks to lobly printer.Sila merosakkan diri anda sentiasa.Bila dah sampai tahap ni,baru aku menyesal amik akaun dari sekolah lagi.Aku memang dah aim tak nak kerja kat audit firm tapi rezeki aku kat sini.Dah la senior agak garang je.Tolong la ajar saya baik2.Saya budak baru belajar.

Dari kecil sampai besar,aku sentiasa dimanjakan.Means,mak ayah aku akan sentiasa tolong aku.Aku memang susah nak hidup susah.Teringat lagi masa aku mula2 masuk asrama dulu,hari-hari mak ayah aku datang.Aku takley independent.Satu hari aku period.Bocor.Habis atas kerusi dan kain aku.Aku nangis dalam kelas.Masa tu form 1 kat skolah Sheikh Malek.Aku tak nak balik asrama.Aku nangis.Tiba-tiba aku terkejut mak aku datang.Keesokan aku senggugut,mak aku datang lagi.Bapak aku datang plak belikan pad.Hari-hari aku nangis nak balik.Last2 skali aku pindah skolah.

Sampai besar,aku rasa aku cukup tough sebab aku rasa,aku brani pergi mana sorang2.Aku duk dalam kelas sorang2.Semua aku boleh buat sorang.Tapi bila dah tiba time kerja cam ni,aku sangat down.Senior marah aku,aku bengang.Buat kerja tu,kerja ni.Kerja menggila.Aku balik kol mak aku,aku nangis.Tu je aku tahu.Aku mintak mak aku cari kerja untuk aku.Tapi aku lupa,aku dah besar.Dah sampai masa,aku kene belajar hidup berdikari.

Balik kerja,aku sangat lonely.Budak rumah aku rajin buat overtime.Lewat malam baru balik.Aku tak biasa lagi.Bila perut aku berbunyi,aku dah tak boleh fokus.Fikiran ke laut je.Walhal balik rumah,makan roti cicah milo.Takde orang sambut aku jgak.So aku skang menggatal ajak boyfren aku kahwin.En.boyfie tu la satu.Nak sngt jadi bisnes man.Byk benda dia kene fokus dulu.

'Sabarlah sayang.Tunggu abang kumpul duet dulu.Nanti nak beli mekap syg la,handbag syg la.Syg tu dah la tak boleh hidup susah'

Aku:

'Syg kan dah keje.Syg boleh beli dgn duet syg la.Syg tak kisah duk umah flat pun.Asal hati syg tenang,ada org jga syg sentiasa.'

Gila betul aku skrang ni.Mungkin aku mmg dah tahap wajib kahwin kot.hahaha.Sebab tu kakak aku dah pesan awal2 suruh aku saving untuk kahwin.

Ya Allah,berikan lah aku kekuatan fizikan dan mental. ;(

Layankan gambar sebelum pergi kerja

plastik sangat kan?Dalam hati,tuhan je tahu

Lily,sila jgn manja sgt.Sila bersyukur dgn apa yang ada

p/s:kdg2 aku terfikir nak kerja yang bukan dlm bidang aku.Boleh?







Tuesday, July 19, 2011

Lagi best

Cun tak myvi baru ni?

Tapi mahal.Nak same harga dengan persona.

Bila ada something yang kita idam-idam kan,baru semangat bekerja datang menggunung.2nd day is much3 better.i love my job.i love being an auditor. ;)

p/s:perlu ke pakai kereta kalau boleh jalan kaki?bahaha




Monday, July 18, 2011

My 1st day

*sigh*

1st day aku kerja ari ni memang suck!!!..Aku tak boleh tidur semalam sebab beralih tempat baru.Gila ar.Dah ar kene bangun pagi.Otak aku dah sewel nak mengadap nombor.Dah dapat satu job ari ni.Kenapa aku rasa tetibe mcm blank?

Rumah sewa aku depan Wangsa Walk Mall.Sape tak kenal wangsa walk itu amat kesian.Ramai bebenor orang shooting kat sini.Depan sikit lagi ada carrefour.Bila aku cuci mata kat sini baru hilang stress aku.Terapi tu penting.Walhal takde pape pom kat sini.Kalau nak cari levis outlet paling murah,sini la best.ori baiii.Rm8o selaii.

Aku pergi kerja jalan kaki je.10 minit nak sampai opis.Opis aku blakang NZ Curry House.Kat sini makan memang mahal tapi ada lah satu warung makcik ni.RM2.50 nasi dengan ikan keli.Jimatt.Sedap pun sedap!

Kepala aku sakit sebab tak cukup tidur.Tiba-tiba jadi stress bila tak boleh buat kerja.Memang rasa nak nangis.Aku balik kerja awal ari ni sebab nak pergi KWSP.Sampai je rumah,aku kol mak aku.Mintak dia carikan kerja lain untuk aku.Hahaha.

Sebenarnya aku homesick.Aku dah lame stay dengan family.Tiba-tiba kene independent.Ari ni masak sardin je.Uhuk3.Tiba-tiba rasa nak kahwin cepat.Boleh ada orang jaga sentiasa.Tidur pun berteman.Kakak aku 1st dye tanye,duet gaji nak wat pe..kahwin ke?hahaha..mcm best jeww.

Sebenarnya aku nak cakap,kerja memang tak best.Belajar lagi best hokey!




Friday, July 15, 2011

Happy Birthday Lil Bro Ayie

Happy birthday in advance to Muhammad faris bin Kamaludin

Kak Lily ni baru je balik dari beli kek secret recipe untuk Ayie.Actually esok sebenarnya birthday mamat ni.Tapi aku tahu esok aku dah smpai serdang dan aku tak guna broadband.Baru je potong minggu lepas.menyesal tak sudah.hehe.

Esok ada majlis temu murni bersama ibu bapa kat sekolah faris ni.So emak aku decide nak buat makan-makan sikit sempena birthday dye.Bapak aku ckap mcm perempuan daa sambut birthday.hehe

Faris ni satu-satunya adik lelaki aku dan anak bongsu plak.Tapi ya ampun sangatlah rajin.Aku selalu buli dia suruh vacum rumah.Dia buat je.Basuh pinggan.Buang sampah.Jemur kain.Tu la mak aku.Lelaki ke perempuan tiada diskriminasi dalam kerja rumah.memang aku salute adik lelaki aku ni.Tapi haremmm..tetiap minggu pos baju kotor kat emak.deiii yg tu fail.

Satu lagi aku puji si Faris ni,dia sangatlah alim dan warak.Selalu jadi imam kat rumah.Pergi surau dan pagi-pagi selalu dengar dia mengaji.Alhamdulillah dapat sorang anak lelaki mcm ni pun dah kira sejuk kan.Dia dengan emak aku sangat-sangat lah baik.Anak emak katakan.Nasib lah sape jadi bini dia.hehe

Tapi faris ni kadang-kadang agak panas baran.Dari kecil sampai besar dia memang jenis makan dalam.Tyme kecik dlu,aku gaduh dengan dia pkai pisau beb.tertoreh kat lengan aku.Gila betul permainan kitorang.Haha.

Dia selalu mesej aku cakap rindu.Lama tak jumpa.Yelaa dia stay kat asrama.memang jarang jumpa dia.Tapi kalau bab pelajaran,dia selalu the best.2 kali dah pergi Jepun.terpilih dari sekolah dia.InsyaAllah bulan 9 ni akan ke Perth,Australia sebab dia dapat stret A's mid term hari tu.Alhamdulillah.Dia kalau tak boleh jawab exam mesti dia cari ibu dia.Bimbang ada salah silap smpai dia tak boleh jawab exam.Keberkatan emak itu penting.

Kitorang satu family sangat berharap dia jadi seorang doktor.Tapi dia tu berat nak jadi engineer.Apa2 pun semoga dia mampu jadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.Jangan lupa Allah,ibu dan bapa.InsyaAllah faris..

Ingat..Ayie seorang sahaja lagi harapan emak ayah.Harapan keluarga.Pastikan stret A dalam tangan Ayie.Kak Lily yakin Ayie boleh buat!

p/s;Rindu nak membonceng dengan mamat ni ;)


Thursday, July 14, 2011

Aku tengah EMO

Aku sebenarnya baru je habis short sem bulan 6 lepas.4 tahun aku bertungkus lumus nak habiskan ijazah perakaunan ni.Emak ayah aku memang banyak membantu aku.Aku ni belajar guna loan ptptn je.Tapi aku amik separuh.Ada la dalam rm1500 satu sem.Sikit kan?Bapak aku lah banyak support aku.Tetiap 2 minggu bapak aku bagi duet kat aku.

Malu tu memang malu.Tapi nak wat cam ne.Tu je sumber aku.Sampai aku habis belajar pun,aku still mintak duet dengan mak ayah aku.Nak keluar je,mintak duet.Minggu lepas RM80,esok kan RM50..Pastu RM150..baru semalam RM200 dari bapak aku.Banyak sgt sampai mak aku hari tu bagi kad bank dye je.Sebab tu aku nekad nak cari kerja.Part tyme atau full tyme..

Lepas habis belajar,aku siapkan resume.Aku dikira nasib baik sebab aku ada kakak yang banyak tolong aku.Kak mama aku tolong baiki resume,speaking aku dan bagi pendapat kerja tu,kerja ni.Aku ni memang sangat lemah dalam speaking dan low confident.Nampak je aku ramah.Aku apply semua tempat.Cikgu tadika pun aku apply.Aku percaya rezeki ada di mana-mana.Niat aku satu,aku nak kerja jgak.

Sampailah aku diterima kerja kat MNZWAJA.Aku menangis tyme aku dengar Puan Azni cakap,awak diterima kerja.Yang aku tahu,aku jawab..ok..ok..ok..Aku turun bawah cari mak aku.Mak aku wish tahniah.Bapak aku mcm biasa,diam takde perasaan.Haha.Memang dah rezeki aku,Alhamdulillah.Kawan aku apply jgak tapi tak dapat.

Gaji kat firma audit memang tak banyak tapi kerja menimbun.Ada la mulut sumbang berbunyi,'gila gaji tak smpai rm3000 nak idup cam ne?Bf aku gaji rm4000 pun tak cukup'.Aku balik cerita kat emak aku.Hellowww..ko tak rasa apa aku rasa,baik ko diam.Ko ingat senang nak cari kerja.Ko duk promote diri ko sana sini dengan result cam gtewww je.Dah kira bersyukur sangat ada org nak trime ko.Kdg2 aku rasa mulut busuk tu,datang dari diri ko sendiri.Bukan dari org lain.

Bukan aku bengang cuma aku terkilan sahaja.Ko tu blajar pun tak habis.Asyik tersangkut je.Nak demand bagai.Sebagai kawan,ko patut cakap bnda yang tak patahkan semangat aku.Cukuplah aku buat kerja halal.Ko taw gaji audit firm kat Terengganu brape?RM800 tu standard wesss..Sebab tu aku bersyukur sangat2.Walaupun aku rasa apa yang aku dapat tu dah lebih dari aku jangkakan.Rumah pun 10 minit jalan kaki dari ofis.Aku sedekahkan skuter aku untuk bapak aku naik pergi jogging je.Sangat2 bernasib baik kan?...

Sebab aku percaya kalau niat kita betul,tuhan akan permudahkan segala urusan kita.Bila aku dapat gaji nanti,mak ayah aku akan utamakan.Walaupun mak ayah aku dah banyak duit tapi aku rasa keberkatan tu penting.Apa salahnya belanja makan ke beli baju ke..

Perasaan aku ni bermacam-macam.jadi memang aku terasa bila ada org cuba down kan aku.Aku takut sangat2 aku xboleh handle kerja aku.Takut tak boleh terima suasana baru.Tapi aku dah kol awal2 senior kat tempat sane.Diorang pun dah kenal aku even aku tak masuk kerja lagi.Aku kan mesra alam.hehe

Aim aku tahun ni nak beli kereta.Mak aku dah cakap awal2.Simpan duet sikit2 nak buat deposit.InsyaAllah.kene buat aim awal2,nanti semangat sikit nak kerja.Chaiyok Liyana!!! u can do it!!

p/s:Tapi skrang duet habuk pom xda,Nak beli tilam pun mintak dgn ayah.gaga



Wednesday, July 13, 2011

My 1st career

Dua hari dah tunggu kol selepas interview hari tu.Memang sangat2 susah hati sebab saya sangat berharap status penganggur itu hilang dari kamus hidup saya.Padahal baru sebulan lebih tanam anggur.hehe

Dan petang kelmarin,sedang enak bergolek atas katil,dapatlah jgak panggilan dari HQ yang saya diterima kerja.Muahaha.Perasaan tak boleh nak cakap hokey.Speechless.Walaupun aku tahu,hidup aku akan berubah mulai minggu depan.Terima dengan redha.
Dulu saya praktikal kat sini tapi di cawangan Kuala Terengganu.Sangat penting ye adik-adik memilih tempat praktikal yang terbaik supaya anda mampu diserap masuk kembali.So jangan cakap..ek eleh..praktikal je baru..ingat tuh..

Saya minta kerja di bawah jabatan audit.Berani kau nak odit yup..silap nanti,nahas kau..Pagi tadi tetiba ada perasaan bimbang.Mcm mane kalau saya tak boleh buat?Tapi kalau tak cuba,mcm mane nak tahu.

Semalam ngedate dgn en.boyfie.yelaa ada 2 ari je lagi kat rumah ni.Semalam beliau sgt diam.Sedih nye.huk3.Tak puas lagi nak ngedate,dah kene tinggal lagi.Beliau bimbang benda yang ngarut2.Takut sy jumpa org lain la..I pergi kerja hokey..huhu

Tak start packing lagi..Penat balik kelmarin tak habis lagi,kene pergi kL lagi esok..

p/s:dah takde nak enjoy lagi..wootttt

Last weekend

Minggu lepas ada macam-macam perasaan.Tak tahu nak cakap cam ne.Sbtu saya bertolak ke Shah Alam sebab ada interview isnin lepas.Alhamdulillah saya berjaya dapat kerja tu tapi saya pilih nak cawangan di Wangsa Maju.yeay!!

Dah setel semua urusan saya.Alhamdulillah tuhan memudahkan urusan saya di Shah Alam mahupun di UKM.Sakit sikit-sikit tu biasala kan.Lepas siap semua urusan,saya memang suka merayap sorang-sorang.This is not my 1st tyme.Dulu pernah saya lepak kat Mid.

Hari ni terasa nak amik angin kat the mines.Mines ni dekat giler dgn rumah kakak saya.So tak heran sape2 yang nampak saya kat situ.Kadang2 saya pergi tengok wayang sorang2.Shopping sorang2.Makan sorang2.

Best jgak spent masa sorang2.Rasa tenang je.Saya dah terbiasa jadi lone ranger.Itu buat saya jadi lebih berdikari.

Saya suka lepak kat the mines sebab saya suke tengok ikan-ikan yang kussss semangat.Gemuk-gemuk.Comel je kan..

Mak..byk nye ikan serang kite..takuttt.Eh masak lomak pom sodap ni

Kruk..kruk..eh bunyi ayam plak

Jangan berebut.Tuhan marah

Terleka plak tengok ikan-ikan ni.Tapi rse enjoy je..

Kat the mines ni tak best sgt shopping tapi butik kitschen tak pernah gagal memuaskan nafsu ku.hahaha.terembat dress satu.Suke2..

next week dah start busy.Welcome to audit's life!!

Wish me luck babeh ;)