pengunjung

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah..Cuti 3 hari korang buat ape ar?tuan tanah just stay kat rumah.Plan mcm2 tapi tak menjadi.Sakit hati tuhan saje yang tahu.Cuti-cuti mcm ni memang ramai lah kenduri orang kahwin kan?

Tapi weekend kali ni agak busy memandangkan parents nak datang plussss kami busy nak berpindah.Malas hokey! Tapi kami pindah beberapa buah rumah je dari rumah sekarang.hehe

Cuma plan hari ni nak ke kenduri di Sungai Buloh.Wedding adik kawan Kak Mama.Mak ayah pun datang sekali dari Terengganu.Parents saya ni kalau jemputan,memang wajib pergi walaupun ke hujung dunia.Tak kira saudara atau tak.Ni pun ayah baru balik dari wedding di Indonesia.Bau-bau bacang punya kenduri.Kalu aii memang liat nak ngikut makan bekwoh.ngee

Pengantin lelaki..eh2 bukan..si rambut pacak,hidung temek2..

Pelamin simple tapi cantik.Ada yang nak naik pelamin 2 kali kewww?

dan yang terakhir,harus lah gambar tuan tanah yang suka syok sendiri.......




























Lame nye tak bermekap.Tunggu pergi kenduri atau time datang bulan je.kwang3

Frust tgk bola lawan Bahrain tadi.Ku dah bagai kene rasuk tapi pasrah.Apex,tibe2 i hate u...Btw,salam maal hijrah.Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan azam2 tahun lepas terlaksana dengan jayanya.Suka dgr berita org2 terdekat 'berisi' termasuk my sis.i love baby sooo much!

p/s:nazmi faiz tu comel kot.ngeee




Friday, November 25, 2011

Breaking dawn!

Yuhuuu..dah tengok twillight ke??Tuan tanah dah!!..Kelmarin ari jumaat lepas kerja,berdezupp terus ke Alamanda dgn Sis Mama.Adam tinggal kat rumah.papa dia jaga.Kak Mama nak feelingg orang bujang letewww...

Tiket ni dah beli awal.Mula2 pergi kaunter,sold out..Memang hangin la kan..tapi bila cek online,available lagi..So beli lah on9 pkai m2u.Rasa nya ada had tiket kne jual brape2 kan..memandai je aku ni.


Sebenarnya penant tahap dewa.Kepala pun dah tingtong tapi demi jacob.....

Sentiasa jadi mangsa pow manusia kat atas ni

Next date,ombak rindu!

Overall,two thumbs up!! Bagi org yang ikut movie ni,memang wajib lah tengok.Yang last2 tuh sedih sangat dan suspen,adakah Bella tu jadi vampire gak??Lame nye nak tgu tahun depan..Tapi saya lagi suke Jacob.Macho je kan.ihik3

  • 'If you kill her,you kill me' - Jacob
  • Wedding gown Bella cantik sangat
  • kalau baby boy,Bella nak letak name E.J.Stands for Edward Jacob.hehe
  • Edward mantain romantic and cool..ngee
p/s: Kalau nak tahu details lagi,pergilah tengok sendiri!!






Monday, November 21, 2011

Sizzling Yee Mee

Kita sambung entry memasak lagi......Disebabkan duk umah kakak,maka memang rajin memasak becoz aiii kan part-time bibik.Kalau duk umah,balik kerja mak dah siap masak.Baju pun dah siap basuh n jemur.Automatik jadi gila pemalas kuasa empatpuluhempat.

Kalau anda dah bosan sangat masak mee goreng ke bihun goreng,sekali sekali moh la mencuba yee mee atau mee sanggul.So mula2 haruslah menggodek encik google dahulu.Cubaan pertama kalau tak menjadi,sangatlah boleh dimaafkan.Tapi kalau menjadi,perghh harus diberi award!

Bahan-bahan:
  • Alat-alat tumisan: bawang putih n merah,cili padi atau cili kering dan halia
  • Ayam
  • Yee Mee
  • Kicap pekat n cair
  • Sos tiram
  • Serbuk lada hitam atau sos blackpepper
  • Telur
  • Sayuran seperti carrot,jagung,sawi
  • Cendawan yang itam besar2 tuh (tapi aii xletak pun)
  • Garam gula
  • Kiub ayam maggi
  • Tepung jagung


Macam biasa lah tumis mcm goreng mee tapi make sure air letak banyak.tepung jagung pun nak banyak coz bagi pekat.Baru terangkat.hehe.Sedap sgt2 sampai jiran datang pun sayang nak hidang.Gila buruk perangai.hahaha.Kalau agak2 tak reti lagi nak goreng mee,sila terjun bangunan hokey.

Maaf,ilustrasi sangat buruk.Maklumlah camera bapak ayam.eh2 cap ayam.Sebenarnya cantik!

p/s:makan sambil tengok bola.gomo malaysia gomo!



Friday, November 18, 2011

Obsession

Baru terasa serius nak kurus.Tapi nak kurus tang peha je.Bulih?ihik3





Kalau ada collectin mcm ni,setahun aku tak shopping hokey!Hari ni pink,esok biru plak.Cool kan?Alalala shuke nyeeee!

p/s:berapa puluh entry psl kurus tapi failed memanjang.puiii


Thursday, November 17, 2011

Ku panjat kesyukuran

Bismillah..Alhamdulillah dengan segala nikmat yang diberikan dan tak terluah dengan kata-kata.Walaupun masih berbaki 1 bulan lebih untuk melabuh tirai tahun ini,namun saya panjat kesyukuran buat 2011 yang terlalu indah.Alhamdulillah..

Sakit perit yang dirasai tahun lalu memang berbaloi untuk kita lebih menghargai erti hidup.Oh teramat sentimental entry kali ni.Adalah liyana kamaludin yang menulis nya?*pangg muka sendiri.Memang aku yang tulis

Untuk setiap insan-insan yang hadir dalam hidup ini,terima kasih yang tak terkata untuk kehidupan yang sangat bermakna dan untuk insan-insan yang berlalu pergi,terima kasih jua kerana menggantikan insan yang lebih baik.Walaupun aku rasa xperlu wujud dalam hidup kalian.Semak sajaa!

Untuk keluarga yang tiada ganti,suka duka bersama.jeles.sporting.benci.merajuk.Semua diadun bersama.Untuk mak ayah,kalau duk dekat asyik bertekak tapi bila duk jauh,itu yang dicari setiap hari.Untuk anak2 buah yang comel cerdik pandai,ayiyie sayang adam n auni.Nanti dapat lagi anak buah tahun depan.yeay!!




Kawan-kawan yang sentiasa setia,terima kasih.Rasanya inilah kawan-kawan terbaik yang pernah aku jumpa.*Sorry eti,fiza n tirah xda dlm gmbar.Sebab guna pc opis.hewhewhew

Bestfren bagi aku,orang yang kita keep in touch everyday.Sms.fb.chat.call.not just bila kita perlu baru terhegeh nak cari dan ada je topik nak ckp.jarak atau status kawen or tunang itu bukan penghalang.

Dengan rezeki kerja,Alhamdulillah.Aku terlalu syg apa yang aku ada sekarang.Ya Allah terima kasih.Kau berikan ujian,dan Kau iringi dengan rezeki dari Mu.Jgn terlalu sedih dengan setiap dugaan.Sabar itu indah.

p/s:entry pun mengikut kematangan tuan tanah.next year dah 24!oh emm jeeeee



Wednesday, November 9, 2011

Homemade steak

Yuhuu...tuan tanah dah lama tak buat entry resepi. Hari ni makk semangat nak masak sebab melambak daging dalam peti ais. So makk nak buat steak. Steak kalau makan kat kedai faham2 jela. Tadi pergi mydin,cari brg yang tak cukup lagi. Total nya tak lebih RM15.00.Haaa kalau ko makan kat kedai,harga tu untuk sekepala je taw.

Steak hari ni simple je sebab kesuntukan masa. Perap pun sekejap je. Saya memasak dengan baju kerja lagi taw.

Bahan-bahan

Untuk perap daging
  • lada hitam
  • bawang putih
  • halia
  • sos bbQ
  • sos blackpepper
Tumbuk lada hitam,bawang putih dan halia lumat2.Pastu kacau dengan sos2 yang lain.Pastu perap kat daging paling kurang 30 minit.

Untuk sos
  • lada hitam (tumbuk)
  • fresh milk
  • tepung jagung
  • kiub ayam
  • kicap pekat
  • butter
  • cendawan (hiris halus-halus)
  • garam n secukup rasa
Panaskan butter sehingga cair.Pastu tuangkan freshmilk.kalau nak byk kuah,letak la banyak.kacau-kacau sambil letak kiub ayam,cendawan,lada hitam.Bancuh tepung jagung dengan air dan masuk kan dalam bahan-bahan tadi.Kacau jangan bagi ketul2.Kalau nak pekat,letak lah tepung lebih sikit.Pastu rasa dan letak garam dan kicap.Nak sedap sikit,letak lah sos black pepper.

Saya agak-agak je berapa banyak yang perlu letak.Tiada sukatan pun.Untuk hiasan,goreng lah fries.Tak pun buat coleslaw.Perghh menyengat!

Antara bahan-bahan yang digunakan.Sebenarnya sos bbQ n blackpepper tak perlu pun xpa kalau dah cukup rasa.Tapi aii kan beginner.huahaha


Tumbuk-tumbuk untuk perap daging


Perap dan letak dalam peti ais dulu.

Cubaan pertama berjaya.Lepas ni boleh la nak buat chicken chop plak.

Burpppp..seminggu ni kita makan daging je la.Esok daging masak ape lagi?

p/s:gemuk itu sexy lah.Kau ado?



Friday, October 28, 2011

Go baby Go

Currently I'm happy with my life.Hidup ini amat rugi untuk ditangisi.Jatuh bangun itu biasa.Minggu lepas smpai tak tidur malam sebab fikirkan masalah kerja.Yeah saya dah bertukar kerja dan tak lagi bekerja dengan hotel itu.Cuma agak terkilan, di Malaysia ni masih tak kuat rules bekerja untuk orang islam.Come on lah tak bankrap pun kalau pakai tudung kan.


Seminggu lepas itu,saya terus dapat offer kerja lain.Dua sekali gus.Usaha saya yang tak henti2 attend interview sana sini.Dah la duit tak ada,saya seorang diri mencari company itu company ini.Niat saya satu,nak cari kerja.


Finally,saya ditemukan dengan Datin yang sangat baik.Datin tu terima saya kerja pada hari interview itu jgak.Setiap yang terjadi ada hikmahnya yang penting kita tidak boleh lari dari landasan agama dan jangan lupa pada yang Esa.


Harapan saya,semoga kerja ini bertahan lama.hehe


p/s:ngeeeeee ;)